Selasa, 8 Julai 2014

UGUT BUNUH IBU KRN SOLAT DAN MENGAJI AL-QURAN..

Lelaki ugut bunuh ibu kerana marah dengar ibu solat dan mengaji di Tepoh

Ismail mengaku salah membuat ugutan terhadap ibunya di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam.
Seorang penganggur mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengugut mahu membunuh ibunya kerana bengang dan melarang mangsa menunaikan solat serta mengaji al-Quran. Tertuduh, Ismail Mansor, 34, dari Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayahdibacakan di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah.
Ismail didakwa melakukan kesalahan jenayah dengan mengancam mahu mendatangkan cedera kepada ibunya, Mek Azizah Yusof, 55, dengan niat menyebabkan mangsa merasa cemas. AT-M Ad Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman mereka di Tepoh, di sini, jam 9 malam pada 13 Jun lalu.
Bagi kesalahan itu, Ismail yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Sejurus pengakuan bersalah Ismail direkodkan, Nurunaim menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan Ismail diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.
Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu menonton televisyen didatangi Ismail yang hendak menghentak kepalanya dengan lesung batu sambil mengugut mahu membunuh mangsa beberapa kali. Terkejut dengan situasi itu dan melihat keadaan Ismail yang seperti dirasuk itu, mangsa masuk ke dalam bilik tidurnya sebelum mengambil keputusan melarikan diri ke rumah jirannya bagi mendapatkan bantuan. Bimbang keselamatan diri dan ahli keluarga pada masa akan datang, mangsa nekad membuat laporan polis dan tertuduh ditahan di rumahnya pada jam 2.15 pagi pada 15 Jun lalu.-Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan