Khamis, 10 Julai 2014

AQSA SYARIF TENTERA HAMAS DAN FATAH BERGABUNG PUNCA ISRAEL LIPAT GANDA SERANGAN.

Anda di sini: Laman Utama | Dunia »

Kerajaan perpaduan punca Israel lipat ganda serangan - Aqsa Syarif

email
comments
Kerajaan perpaduan punca Israel lipat ganda serangan - Aqsa Syarif
Kerajaan perpaduan Hamas dan Fatah punca Israel lipat ganda serangan - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kejayaan pembentukan kerajaan perpaduan Palestin dari gabungan pergerakan Hamas dan Fatah dilihat faktor utama Israel melipatgandakan serangan di Gaza.

Pengerusi Aqsa Syarif, Professor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor berkata, ia sekali gus menimbulkan kesulitan jangka pendek dan panjang kepada rejim Zionis itu.

"Sejak dahulu, rundingan damai antara kedua-dua pergerakan tersebut gagal kerana masing-masing enggan mengalah dalam tuntutan mereka, apabila mereka berjaya mencapat kata sepakat...Israel rasakan ini satu ancaman kepada mereka.

"Israel tahu kerajaan perpaduan ini akan menjadi pencabar dan menimbulkan banyak isu yang menyusahkan mereka," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Awal Jun lepas, pergerakan Hamas dan Fatah akhirnya membentuk kerajaan perpaduan baharu Palestin dalam satu majlis angkat sumpah di hadapan Presiden, Mahmoud Abbas selepas 10 tahun terlibat dalam pertelagahan.

Majlis ringkas yang diadakan di ibu pejabat Abbas di Tebing Barat itu, turut menyaksikan pembentukan barisan Kabinet baharu yang terdiri daripada 17 anggota dari kalangan teknokrat, diketuai Perdana Menteri, Rami Hamdallah.

Pada 2007, Hamas merampas Genting Gaza menyebabkan pergerakan Fatah pimpinan Abbas hanya mentadbir Tebing Barat.

Penubuhan kerajaan perpaduan tersebut akan menjadi langkah terbaik untuk menamatkan perpecahan politik dalam mencapai pembentukan negara Palestin di Tebing Barat, Gaza dan timur Baitulmaqdis, yang dirampas Israel pada 1967.

Pada Rabu, serangan udara Israel di selatan dan tengah Semenanjung Gaza meragut 20 lagi nyawa pada Khamis termasuk tujuh wanita dan kanak-kanak menjadikan jumlah korban sejak tiga hari lalu kepada 70 orang.

Dalam pada itu kata Dr. Hafidzi, pertarungan merebut kuasa politik di antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman turut dilihat persaingan yang memburukkan keadaan di Gaza.

Jelasnya, Netanyahu kini dilihat cuba menjadi 'hero' di mata rakyat Israel dengan mengerahkan peningkatan serangan di Gaza.

"Masing-masing hendak buktikan tentang semangat membela dan melindungi rakyat Israel.

"Cabaran antara dua pemimpin ini disifatkan terbuka dan cubaan mengaut sokongan rakyat Israel dilihat dapat ditunjukkan dengan menyerang Gaza," ujarnya.

Dr. Hafidzi menambah, tuduhan Israel dalam kes penculikan tiga remaja di Tebing Barat dijadikan justifikasi yang memberi gambaran seolah-olah penduduk Gaza merupakan penjenayah.

"Israel menuduh dan tidak menyedari mereka sendiri telah memasukkan dalam penjara dan membunuh lebih 40,000 rakyat termasuk kanak-kanak Palestin selama ini," jelasnya.

Sementara itu, Mahmoud pada Selasa  menggesa supaya serangan tersebut dihentikan dengan segera.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my


Tiada ulasan:

Catat Ulasan