Jumaat, 16 Mei 2014

MENEROKA GUA GENDANG PENGKALAN HULU , PERAK .

Perak Trip : Meneroka Gua Gendang, Pengkalan Hulu, Perak



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, entry ini kesenambungan Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail ! bagi anda yang terlepas membaca entry saya yang terdahulu mengenai kemeriahan warna warni Pesta songkran yang di adakan di Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak boleh rujuk link di bawah :


Selepas sudah puas merasai kemeriahan pesta songkran dan bermain air, now it time for advanture! jom saya bawa anda semua menikmati keindahan alam semulajadi dan menerokai Gua Gendang & Gua Itik yang sangat popular di Pengkalan Hulu, Perak. Gua itik dan Gua Gendang antara tarikan utama yang ada di daerah Hulu Perak terutama Gua Gendang, kalau diikutkan ini kali kedua saya meneroka Gua Gendang subhannallah dia punya advanture nak sampai ke Gua memang terbaik! dan persekitaran dalam gua masih tidak berubah, masih sama kekal terpelihara keaslianya kalau korang peminat aktiviti outdoor Gua Gendang antara senarai tempat yang harus anda pergi! dia punya advanture macam nii! A+++++

Untuk entry kali Perak Trip: Expedisi Ke Gua Gendang, pengkalan Hulu Perak credit gambar sepenuhnya kepada semua bloggers mashur lagilah tersohor dan Page Facebook Tourism Malaysia Perak.

Inilah blog bloggers mashur lagi tersohor :P


Sebelum saya menceritakan dengan lebih mendalam pengalaman meneroka Gua Gendang, rasa macam nakmenari-nari sambil bergendang bila masuk gua punyalah advanture, bila kita masuk gua tu mengingatkan diri sendiri bertapa bersyukurnya dengan nikmat tuhan berikan sekarang mungkin nasib kita tidak sebaik orang itu tapi kita tidak tahu rezeki yang akan tuhan berikan pada masa hadapan, banyakkan berusaha, tidak mudah putus asa dan sentiasa bersyukur - sorry teremosi sikit, sebab terlalu menikmati persekitaran dalam gua yang gelap, tanpa cahaya, sempit dan gua Gendang pernah dijadikan antara jalan komunis masuk ke Pengkalan Hulu, cukup terasa penderitaan hidup pada zaman dahulu, cuba bayangkan di sesetengah tempat di dalam gua gendang kegelapanya x 7 kali gelap malam, can you imagine how dark the cave? :P *tazkirah sebentar bersama Abang Sobri* 

ok, sebelum abang sobri! *tetiba jadi abang* menaip dengan lebih panjang mengenai Pengalaman memasuki Gua Gendang dan Gua Itik, moh la kite berkenalan dulu dengan sejarah Gua Gendang yop & Yong oii :P 

Sejarah Gua Gendang 

Gua Gendang satu tarikan yang unik yang terletak di daerah Pengkalan Hulu, Perak. Ianya terletak dikawasan semulajadi yang sangat menarik dan dikelilingi oleh kehijauan dan keaslian hutan tropika.Gua Gendang jugan ialah sebuah gua yang bersejarah kerana ianya pernah digunakan sebagai tempat persembunyian manggota komunis semasa di zaman darurat lebih kurang 50 tahun yang lalu. Terdapat sebatang sungai yang mengalir dibawah gua tersebut sambil menjelajah melihat keindahan ukiran-ukiran semulajadi hasil daripada hakisan yang berlaku di dalam gua. 

Lokasi Gua ini berada lebih Kurang 8 Km daripada tempat penginapan kami, Good View Motel sebelumsampai ke lokasi kita akan menjumpai dahulu perkampungan siam kampung tasek, ingat tak lagi entry sebelum ini mengenai Pesta Songkran yang diadakan di Kampung Tasek lepas itu terus memandu sehingga jumpa Kompleks Perlancongan dan Rekreasi Gua gendang, atau dikenali juga sebagai Gua Gendang Resort, dekat situ ada Motel / Rest house yang diuruskan oleh Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak yang dijadikan sebagai tempat penginapan. Jadi anda ada pilihan sama ada nak stay di situ atau bermalam ni pekan Kroh. Apa yang sangat best mengenai tempat penginapan ini yang terletak diatas gua gendang itu sendiri serta design rumah rehat ini dibuat seolah-olah sebuah perkampungan. 


Inilah Gua Gendang Resort, dia punya design memang sangat cantik, paling best kemudahan dekat sini lengkap daripada Dewan, surau, tandas, tempat makan dan bilik berkonsepkan Dorm! memang best. Kalau anda mencari lokasi untuk tenangkan diri dan bersemadi dengan alam smulajadi anda boleh menginap di sini. 

Boleh Hubungi Pengurusan Gua Gendang Resort 

Hisyam : 019-4139216 
Baha : 016-446 0449 
Azian : 016-447 0449 
Pejabat : 04-431 0684 
Faks : 04-431 0319 
Email : guagendangresort@gmail.com 
Facebook : Gua Gendang 


Bagaimana Cara Untuk Sampai ke Lokasi
 Gua Gendang, Pengkalan Hulu Perak 

Senang sahaja pertama boleh ikut / setkan Koordinat GPS Gua Gendang : N 05°38.736' E100°57.793' atau boleh ikut laluan di bawah 

Gua Gendang terletak di Kampung Tasek iaitu kira-kira 9 Km dari bandar Pengkalan Hulu, Perak iaitu bandar sempadan Malaysia, Thailand. Dari Malaysia anda boleh meneruskan perjalanan ke Baling, Kedah ataupun melalui Gerik di Perak dan terus ke Pengkalan Hulu yang dahulunya lebih dikenali sebagai Kroh. 

Jika anda dari Baling, Kedah, sepanjang perjalanan anda akan berpeluang melihat kehijauan dan keindahan bukit bukau dan setelah di Pengkalan Hulu, anda akan bertemu dengan simpang menuju ke Kampung Tasek dan ikutlah jalan tersebut dan ia akan membawa anda ke tempat ditujui. 

Untuk ke Gua Gendang dari Thailand pula, anda perlu melalui Bandar Bentong dan berurusan dengan Jabatan Kastam dan Eksais yang terletak di sempadan Pengkalan Hulu, Perak.Setelah selesai urusan yang berkaitan Kastam dan Imigresen, teruskan perjalanan anda menuju ke Pengkalan Hulu iaitu Bandar pertama yang anda temui selepas sempadan. 


Acara wajib Group Selfie la iols, kat sini semunya suka selfie kecuali i ok! maklumlah muka berjerawat kalau nak berselfie ramai-ramai kena duduk hujung sekali nak cover rupa:P 



Antara cabaran untuk sampai ke gua, Lokasi pertama kami terjah ialah ke Gua Itik dan kemudian ke Gua Gendang,setakat naik bukit dan turun bukit adalah perkara biasa untuk sampai ke lokasi. Untuk pengetahuan anda juga terdapat satu lagi gua di sini yang diberi nama Gua Khalid, tapi kami tidak berkesemapatan masuk, mungkin trip lain kali kami boleh pergi melawat Gua khalid dan air terjuh 7 Tingkat. 

Lokasi gua Gendng adalah sekitar 9km daripada pekan pengkalan hulu terletak di lokasi ditengah-tengah ladang getah dan kelapa sawit jadi dalam perlanan untuk ke gua ini kita kan menjumpai kebun getah dan kelapa sawit. Apa yang membuatkan gua gendang ini best dan unik berbanding gua-gua lain di Malaysia adalah keadaannya yang masih berbentuk asal, tidak rosakkan dengan nilai komersial. Masih dalam bentuk asal.Bayangkanlah nak sampai ke gua ini kita perlu daki bukit, turun bukit, naik bukit balik dan lastly baru jalan melalui anak sungai sebelum sampai ke gua. sangat mencabar so dont expect trext dijalankan seperti di gua kelam atau gua tempurung , tambahan kalau hari hujan jalan licin dan kena berhati-hati dan berjaga-jaga bila berjalan



Untuk tujuan keselamatan disediakan juga lampu suluh untuk diletakkan di kepala dan Topi keselamatan oleh pihak resort, diingatkan juga untuk memakai pakaian dan kasut yang sesuai, jadi jangan terfikir sama sekali nak pakaiskiny jeans dengan kasut selipar jamban! itu namanya buat menyeksa diri, lainlah korang selalu masuk gua dan dah hafal selok belok kawasan ni, ataupun  korang ni spesis rambo atau  tarzan bolehlah buat :P



Seronok bro Fariz bergambar dalam air, maklumlah dekat pengkalan hulu alhamdulilah tak ada masalah catuan air  :) Satu-satunya cameraman yang sangat gigih dan efisyen dalam menjalankan tanggungjawap mengikuti trip ini daripada Mob Tv, bro tak sabar saya  nak tunggu final touch video yang direcords sepanjang trip untuk pengatahuan abang selama ni saya saja buat semak buat lalu-lalang depan camera dengan harapan dalam video yang bakal siap di My Tourism Tv  ada rupa saya 2, 3 seconds! :P Nanti kalau ada saya belanja KFG  KFC kat gerik ya :P

Ini pulak daripada rombongan Travel Agensi Abang zul, Shai, kak faiza, Boi, Fer, kecik dan lain-lain


Ini pula gambar daripada rombongan media daripada paper utusan, kosmo dan berita harian, bloggers :P

Bergambar dulu di tengah perjalanan menuju ke Gua Itik, buat bukti dekat anak cucu! nanti senang bila dah tua nanti boleh story kat cucu yang kononya nenek dan atuk orangnya advanture! love nature, tapi baru masuk sikit dalam hati dah mencarut dah give up! itu cerita orang lain ye uols ya! team Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail semuanya suka advanture dan alam semulajadi kan? kalau tak tidaklah kome sanggup kasut crocs harimau bintang dan selipar motel masuk hutan :P



Perjalanan untuk sampai Ke gua Itik memang terpaksa meredah anak sungai, kedalaman sungai bergantung kepada arus air sungai dan berubah-ubah mengikut cuaca, waktu kami melalui air sungai agak keruh, so kadang-kadang akan terpijak jugak ke kawasan air yang agak dalam.. itu semua bergantung kepada nasib. Untuk tujuan keselamatan boleh gunakan ranting kayu untuk cucuk ke sungai dari situ anda boleh agak kedalaman sungai. 


Akhirnya sampai juga ke Gua Itik, Gua itik tidak berapa panjang dan tidak terlalu gelap masih boleh kelihatan cahaya di dalam gua dan akan menjumpai pelbagai bentuk batu-batu yang menarik kesan daripada hakisan dan pembentukan gua.

Menunggu giliran untuk masuk ke Gua Gendang, seorang demi seorang :)

Destinasi seterusnya selepas menjelajah Gua Itik ialah ke Gua Gendang, untuk ke gua gendang kita terpaksa meredah bukit dan belukar lagi, jarak dari satu gua ke gua lain agak jauh dan perjalanan agak mencabar! 

Finally sampai juga ke Gua Gendang, mau lencun baju berpeluh baru sampai sini, banyak cabaran yang perlu anda tempuhi untuk sampai ke sini, cabaran yang pertama terpaksa mendaki dan turun bukit yang jalanya agak licin terutama selepas hujan antaranya cabaran lain untuk masuk ke dalam gua di mana laluanya kecil dan sempit memerlukan tangga tali untuk masuk ke dalam! 



Menggunakan tali untuk masuk ke dalam gua, tapi jangan risau  sekiranya anda datang kesini perjalanan anda akan diawasi oleh ranjer yang bertauliah. Terima kasih kepada Pasukan Bomba yang membantu, menjaga keselamatan dan menjadi tour guide sepanjang kami menjelalah Gua Itik dan Gua Gengang. Stedy Pn Mariyatul dari Tourism Malaysia Perak begitu teruja dan bersemangat sepanjang trip Pengkalan Hulu Trip :The Undiscovered Trail ewahh :P 



Meh saya cerita sikit apa yang menarik yang ada di dalam gua ini, mengikut maklumat yang saya dapat daripada bomba yang mengiringi team kami, yang menariknya mengenai Gua Gendang ialah kepelbagaian batu yang wujud di dalam gua antaranya staligmate yang berusia beratus tahun dan masih dalam proses pembesan, anda amat dilarang untuk menyentuh staligmate ini kerana akan membantutkan proses pembesaran kerana masa untuk staligmate membesar adalah sangat lama.

Selain itu wujud juga mamar hitam yang wujud di dinding gua dan antara aset atau harta yang paling bernilai ada di gua gendang ini ialah kewujutan batu kristal di penghujung gua yang bernilai jutaan ringgit tapi jangan anda terfikir nak bawa balik kerana batu kristal itu masih kurang matang memerlukan ratusan tahun untuk matang antara pesanan pihak bomba sebelum kami masuk ke gua anda amat sekali dilarang untuk mengambil apa-apa barang yang dijumpai di dalam gua, setakat boleh tegur dah puji untuk mengelakkan perkara lain yang berlaku! misteri nusantara pulak saya :P

Nak mistik lagi, meh saya ceritakan disebabkan bentuk formasi batu di dalam gua pelbagai bentuk dan amat unik. Mungkin kerana terbentuk dari 3 jenis batuan utama iaitu batu kapur, granit dan marmar hitam. Ada beberapa formasi berbentuk binatang seperti babi, anjing, anjing laut dan juga manusia. Disuatu tempat akan berpeluang bertemu pochong dan anaknya di dalam gua tersebut, bukan penunggu gua tapi akibat formasi dan bentuk batu yang terhasil di dinding Gua.

Di sesetengah tempat di dalam Gua kegelapan dianggarkan 7 kali gelap daripada biasa! perh gelap betul, jadi bagi sesiapa yang ingin merasakan pengalaman seperti cerita tanah kubur jemputlah datang disini, pasti mengisafkan :P



Akhirnya selepas 3 jam lebih akhirnya kami berjaya juga sampai ke penghujung gua! yahoo Malaysia boleh, satu kepuasan yang tidak dapat dirungkai dengan kata-kata! nak tahu macam mana rasa advanturenya dekat gua Gendang dan Gua Itik mari datang dan merasai sendiri pengalaman menjelajah gua-gua yang ada di pengkalan hulu semestinya Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail memang tidak boleh dijangka! 

Maaf saya tiada gambar farmasi batu / staligmate, mamar hitam, batu kristal dan mineral yang ada di dalam gua gendang sebab saya tak bawa camera masuk gua, tapi untuk tidak menghampakan pembaca setia blog aku Vs kehidupan anda boleh baca di blog bloggers lain yang mengikuti trip ini di blog Bro Sham :www.shamphotography.com dan Bro Shahril: dkosonglapan.blogspot.com ini semua blogers yang tersohor dan masyur di Malaysia, di situ ada banyak cerita dan gambar menarik yang saya tidak letak di blog saya ada di sana :P


En Dshahril Hakimie, Puan Mariyatul, Cik Noor Rashiela, wakil daripada Tourism Malaysia Perak, dan lain-lain bergambar selepas berjaya menamatkan expidisi meneroka Gua Itik dan Gua Tempurung :P


Acara wajib bergambar beramai-ramai secara berjemaah membuktikan kami semua telah berjaya meneroka gua gendang dengan jayanya, tahniah semua :P


Selepas selesal makan dan diadakan majlis penutup yang dihadiri oleh Tetamu VIP, Ucapan jutaan terima kasih atas layanan yang terbaik telah diberikan sepanjang Team Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail berkampung di Daerah Hulu Perak, Perak , Malaysia 

P/s: pendapat saya, gua gendang antara gua yang paling susah pernah saya terokai bermula daripada awal perjalanan sehingga ke akhir, memang sangat mencabar, bagi anda semua yang sukakan alam sekitar dan suka melakukan aktiviti yang mencabar Gua Gendang dan Gua Itik mungkin jawapanya dengan ekosistem yang masih asli belum tercemar dengan aktiviti manusia, sesungguhnya Gua Gendang di Hulu Perak, Perak ada segala-galanya!   Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail! it true babeh!!!



Sekiranya anda semua ada sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini perlancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak

Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
like Facebook Tourism Malaysia Perak
Website : www.tourism.gov.my


1 ulasan:

  1. Salam tuan...
    Sy mohon nak share penulisan2 berkaitan Pengkalan Hulu tuan di FB MDPH & FB Tourism MDPH
    Terima kasih kerana menulis tentang Pengkalan Hulu.

    BalasPadam