Selasa, 15 Julai 2014

ISRAEL LANCAR SERANGAN UDARA KRN GENCATAN SENJATA GAGAL.

Anda di sini: Laman Utama | Dunia »

Israel lancar semula serangan udara, gencatan senjata gagal

email
comments
Israel lancar semula serangan udara, gencatan senjata gagal
Lebih dari suku yang terkorban terdiri daripada kanak-kanak
GAZAIsrael melancarkan sekurang-kurangnya dua serangan udara di Gaza tengahari Selasa, selepas gencatan senjata gagal dilaksanakan, koresponden AFP yang berada di sana melaporkan.

Koresponden AFP melaporkan satu serangan udara berlaku di Gaza dan salah seorang saksi melaporkan serangan kedua berlaku di selatan Khan Yunis.

Terdahulu, jumlah korban serangan Israel di Gaza telah meningkat kepada 192 orang apabila enam orang lagi terbunuh pada Selasa sebelum Israel menerima genjatan senjata ditaja oleh Mesir.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra memberitahu tiga orang terbunuh di dalam dua serangan berbeza di bandar Khan Yunis.

Manakala dua lagi lelaki meninggal dunia akibat cedera parah dan seorang wanita terbunuh dalam serangan di Rafah menjadikan jumlah semua yang terkorban hari ini adalah enam orang.

Kesemua mangsa meninggal dunia sebelum Israel menerima cadangan genjatan senjata oleh Mesir namun cadangan itu ditolak oleh Hamas.

Setakat ini tiada rakyat Israel yang terbunuh hanya empat mengalami cedera parah dalam serangan bertalu-talu di Gaza.

Seorang Pegawai Kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBBB) berkata lebih daripada suku yang terkorban terdiri daripada kanak-kanak.

Sabtu dikatakan hari paling berdarah kerana telah mengorbankan 56 orang rakyat Gaza.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan