Selasa, 15 Julai 2014

PUNCA UMAT ISLAM TIDAK BERSATU MENYEBABKAN PENDUDUK PALESTIN DITINDAS.

Penduduk Palestin terus ditindas kerana umat Islam tidak bersatu - Tun Mahathir

email
comments
Penduduk Palestin terus ditindas kerana umat Islam tidak bersatu - Tun Mahathir
TUN MAHATHIR: Penyatuan ummah di kalangan umat Islam seluruh dunia adalah perkara penting ketika berdepan dengan isu Palestin
ALOR SETAR: Kekejaman rejim Zionis Israel mengebom bumi Palestin sehingga mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa termasuk kanak-kanak dan wanita, adalah kerana kelemahan umat Islam itu sendiri yang tidak bersatu menentang kezaliman rejim Yahudi itu.

Menurut mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, penyatuan ummah di kalangan umat Islam seluruh dunia adalah perkara penting ketika berdepan dengan isu Palestin ini.

Negara Arab seperti Syria, Lubnan, Arab Saudi, Mesir dan beberapa negara lain seharusnya melihat kejadian ini secara bersama dan berusaha menghentikan segera kezaliman yang dilakukan.

Sehingga kini negara-negara Arab termasuk Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) mengambil sikap menyepi tanpa ada tindakan drastik dibuat.

Malah kata beliau, atas sikap berpuak-puak inilah menjadi penyebab mengapa rejim Israel tidak mengendahkan gesaan masyarakat antarabangsa walaupun didesak kuasa-kuasa besar.

“Sepatutnyalah sebagai orang Islam kita kena tolong-menolonglah. Kerana berkelahi sesama sendiri, (sanggup) tahan sampai bekalan apa nama bekalan ubat makanan pun tidak dapat masuk. Ini menyedihkan OIC, OIC dia nampak sahajalah tetapi tidak boleh buat apa. Tak pernah bersetuju,” kata Tun Mahathir.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke pekan Rabu di Alor Setar, Kedah.

Sementara itu beliau berkata, pembinaan semula kompleks pekan Rabu September ini harus dilakukan tanpa menghilangkan terus identiti pekan Rabu yang menjadi ikon kebanggaan rakyat negeri Kedah.

Walaupun ia akan dibuat pembaharuan, namun perlu mengambil kira nostalgia rakyat Kedah terhadap kompleks tersebut dan seni bina yang mengambil kira nasib peniaga.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my
BERITA BERKAITAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan