Isnin, 21 Julai 2014

PERTANDINGAN PELITA RAYA SETIAP DAERAH.

Pertandingan Pelita Raya Di setiap Daerah.
SEORANG peserta memasang pelita raya bersempena Pertandingan Tradisi Pelita Raya 20114 di Kampung Alur Limbat, Marang, baru-baru ini.
MARANG 20 Julai - Kerajaan negeri berhasrat menggilirkan penganjuran Pertandingan Pelita Raya yang diadakan hampir saban tahun sejak 2009 ke setiap daerah jika sambutan diterima pada tahun ini memberangsangkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafee berkata, ketika ini, hanya Kuala Nerus dan Marang yang pernah diberi peluang untuk menganjurkan pertandingan berkenaan.
Pada masa yang sama, beliau berharap agar pertandingan itu diadakan dalam skala yang lebih besar tahun depan, sekali gus berupaya menjana ekonomi kepada penduduk setempat.
"Kalau nak diikutkan, kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM70,000 secara keseluruhannya untuk menganjurkan pertandingan tersebut dan bagi saya, ini bukanlah satu jumlah yang besar jika diukur kepada sambutan dan keupayaan untuk menganjurkannya.
"Maka, sebab itulah kita akan berbincang untuk menentukan masa depan penganjuran ini dan jika sambutan diterima baik selepas pertandingan kali ini, mungkin kita akan buat yang lebih besar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Peng­hakiman Pertandingan Pelita Raya 2014 di Kampung Alor Limbat di sini baru-baru ini.
Sebanyak 139 rumah telah men­gesahkan penyertaan mereka dalam pertandingan bertemakan 'Warisan Cahaya Budaya Bangsa' yang berlangsung selama enam hari bermula 15 Julai lalu.
Dalam pada itu, Mohd. Jidin memberitahu, Kampung Alor Limbat dipilih sebagai lokasi pertan­dingan kali ini disebabkan beberapa keistimewaan termasuklah keasliannya sebagai kampung tradisi yang masih kekal, selain pernah dinobatkan sebagai `Desa Lestari Abad Ke-21' oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayahpada tahun 2012.
Malah katanya, kampung itu juga pernah menjadi johan pertanding­an kebersihan kampung peringkat negeri, sekali gus menjadikan kampung itu sebagai lokasi terbaik untuk penganjuran berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan