Ahad, 28 Disember 2014

Salam.my - Kalimah Basmallah Tercatat Dalam Bible Berbahasa Arab Tertua Di Dunia

Kalimah Basmallah Tercatat Dalam Bible Berbahasa Arab Tertua Di Dunia







BUKTI API MENYALA DI DLM AIR .BENARLAH FIRMAN ALLAH DI DLM AL-QURAN.

SUBHANALLAH! - BUKTI API YANG TERUS MENYALA DI DALAM AIR, BENARLAH FIRMAN ALLAH DALAM AL-QURAN

TAOTAUAJER - BANYAK sekali keajaiban-keajaiban yang telah di tunjukkan oleh Allah SWT kepada kita. Bahkan, yang tidak rasional sekalipun. Apalagi, bila kita ingin menirunya, pasti tidak akan sama sama seperti apa yang dicipta oleh Allah SWT. Seperti mana, api di dalam laut. Namun, apakah benar ada api di dalam laut?


Satu fenomena retakan di dasar lautan yang mengeluarkan lava telah membuktikan kebenaran sepotong ayat Al-quran. Dimana lava ini menyebabkan air mendidih hingga suhunya lebih dari seribu darjah Celcius. Meskipun suhu lava tersebut luar biasa tingginya, ia tidak dapat membuat air laut menguap, dan walaupun air laut ini berlimpah luah, ia tidak dapat memadamkan api. Allah bersumpah dengan fenomena kosmik unik ini. 

Firman-Nya:
(وَالْبَحْرِ الْمَسْجُورِ) [الطور: 6].
Firman Allah dalam Surah At Thuur ayat ke 6 "dan laut yang di dalam tanahnya ada api"

Dua ahli geologi berbangsa Rusia, Anatol Sbagovich dan Yuri Bagdanov bersama rakannya saintis Amerika Syarikat (AS), Rona Clint pernah mengkaji tentang kerak bumi dan retakannya di dasar laut.

Para saintis tersebut, menyelam ke dasar laut sedalam 1.750 kilometer di pantai dalam Miami. Sbagovich bersama kedua rakannya menggunakan kapal selam canggih yang kemudian berhenti di batu karang dasar laut. Di dasar laut itulah, mereka dikejutkan dengan fenomena aliran air yang sangat panas mengalir ke arah retakan batu.

Kemudian aliran air itu disertai dengan semburan lava cair panas menyembur seakan api di daratan, dan disertai dengan debu gunung berapi seperti asap kebakaran di daratan. Tidak terkata panasnya suhu api tersebut didalam air tersebut ternyata mencapai 231 darjah celcius.

Bagaimana api boleh bertahan di dalam laut?

Mereka mencari fakta bahawa fenomena alam itu terjadi akibat aliran lava gunung berapi yang terjadi di dasar laut, seperti gunung api bila di daratan. Dan kemudian mereka menemui lebih banyak lagi gunung api aktif di bawah laut, yang tersebar di seluruh lautan.

Sesungguhnya, Al-Quran telah menyebutkan fakta itu sejak 1400 tahun. Firman Allah SWT berikut ini: 
"Demi bukit. Dan apa yang ditulis. Pada lembaran yang terbuka. Dan Demi Baitul Makmur (Kaabah). Dan demi syurga langit yang tinggi. Dan Demi laut, yang di dalam tanahnya ada api." (QS: At-Thur: 1-6).

Al-Quran menjelaskan api di dalam lautan itu dengan istilah 'Masjur'. Dalam bahasa Arab, 'Masjur' dimaknai dengan sesuatu yang berada di atas, dipanaskan dari oleh panas di bawahnya.

Dalam video ini anda boleh saksikan api yang menyala tidak dapat mendidihkan air laut dan air laut pula tidak dapat memadamkan api yang terus menyala.



BAYI LAHIR BERSAMA AL-QURAN DARI RAHIM IBUNYA.

SUBHANALLAH! - BAYI LAHIR BERSAMA AL-QURAN DARI RAHIM IBUNYA (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Satu keajaiban berlaku di bumi Nigeria dimana seorang bayi yang dilahirkan keluar bersama-sama dengan Al-Quran pada 7 Mei lepas. Ibunya, Puan Kikelomo Ilori, 32, ahli kecantikan, memberitahu kita bahawa dia telah lahir pada hari Isnin selepas dia telah mengandung selama kira-kira 10 bulan.


Keajaiban bayi yang lahir dengan Al-Quran

Ibu tunggal tersebut mendakwa dia telah ditinggalkan oleh suami yang menafikan tanggungjawab untuk kehamilan dan digalakkan untuk menggugurkan kandungan terseubt. Wanita itu juga berkata: "Saya enggan untuk menggugurkan kehamilan" Mrs Ilori melahirkan rasa terkejut dengan kelahiran anak lelaki. Seorang ulama Islam, Ustaz Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, menamakan bayi lelaki Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo.





Walau bagaimanapun, ulama Islam memberi amaran kepada ibu bayi tidak samakan atau hubungi budak lelaki itu Nabi Allah.

Beliau berkata ia kehendaki Allah untuk membawa bayi itu ke dunia dengan cara yang ajaib dan yang tidak menjadikan dia khas dari kanak-kanak lain.

Ulama Islam lain yang menyaksikan upacara menamakan termasuk Sheikh Abdulraman Sulaimon Adangba, Pendakwah Ketua Persatuan Nigeria Nasrulifathi, NASFAT, Alhaji Abdullahi Akinbode dan rakan sejawatannya dari Persatuan Islam Alifathiaquareeb Nigeria, aka Quareeb, dan Dr. Ramoni Tijani.

Terdahulu, pada hari Ahad, ibu bayi, Kikelomo Ilori, 32, ahli kecantikan memeluk agama Islam. Beliau mengambil Sherifat sebagai namanya.

Menurut beliau, dia dilahirkan Islam tetapi kemudiannya memeluk Kristian.Nenek bayi juga memeluk Islam dan mengambil nama Islam.

Hal serupa juga dilakukan oleh nenek si bayi yang dulu memeluk agama Kristian sekarang menjadi seorang Muslim dan menukar namanya dengan nama Islami. Di luar rumah si bayi, berpuluh pedangang tumpah ruah menjual pelbagai cenderamata tentang bayi tersebut, mulai dari baju, tasbih, dan foto-foto si bayi yang lahir membawa Quran tersebut.

Kelahiran si bayi tersebut hingga saat ini masih mengundang kontroversi, di mana para sekularis menganggap sesuatu yang mustahil bagi seorang bayi dilahirkan dengan memegang (membawa) Quran dari rahim sang ibu. Namun di lain pihak, banyak yang berpendapat bahawa apa pun boleh terjadi jika Allah berkehendak.


BAYI LAHIR DLM KEADAAN MENGANDUNGI DI CHINA.

SUBHANALLAH! - BAYI DI CHINA LAHIR DALAM KEADAAN MENGANDUNG

TAOTAUAJER - Kebesaran kuasa Allah, apabila seorang kanak-kanak berusia dua tahun telah menjalani pembedahan selepas doktor mengesan dia `mengandung’ sewaktu di lahirkan.

Kanak-kanak tersebut di telah mengesan dia mengandung kembar parasit dalam perutnya.

Kanak-kanak lelaki itu, Xaio Feng, dibawa ke hospital selepas perutnya membesar dan mula mengalami masalah pernafasan.

Sebaik sahaja x-ray dan MRI dijalankan, doktor mendapati perutnya mengandungi janin yang tidak menjadi, iaitu kembarnya sendiri, menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan dengan segera.


Doktor berjaya mengeluarkan janin berukur 20 sentimeter dan janin itu mempunyai mempunyai jari dan kaki serta hampir sempurna.

Kembar parasitnya itu telah membesar dalam perut Feng, dengan menguasai kira-kira dua pertiga daripada perutnya.

Kembar terbentuk apabila telur berpecah dua ketika proses pembiakan namun dalam kes ini, telur tersebut gagal berpecah dengan sepenuhnya.
SUMBER : MyNewshub

TAOTAUAJER : Ingat lagi ke kisah ibu kepada Nabi Isa iaitu Maryam yang melahirkannya suatu ketika dahulu. Ramai orang menuduh Maryam berzina kerana tidak berkahwin. Sedangkan itulah adalah kekuasaan Allah SWT. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa


.

SEJARAH LAMBANG BULAN, BINTANG DALAM ISLAM.

Sejarah Lambang Bulan Bintang Dalam Islam 

        


 Beberapa versi ahli sejarah mengatakan bahawa sebenarnya asal usul lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khilafah Turki Utsmaniah. Khilafah ini adalah warisan terakhir kejayaan umat Islam. Memiliki luas wilayah yang membentang dari hujung barat sampai hujung timur dunia. Wilayahnya mencakupi tiga benua besar dunia, Afrika, Eropah dan Asia. Ibukotanya adalah kota yang sejak 1400 tahun yang lalu telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW sebagai kota yang akan jatuh ke tangan umat Islam. 


         Rasulullah bersabda, “Qonstantinopel akan kalian bebaskan. Pasukan yang mampu membebaskannya adalah pasukan yang sangat kuat. Dan panglima yang membebaskannya adalah panglima yang sangat kuat..” Berabad-abad lamanya umat Islam memimpikan realisasi khabar gembira Rasulullah itu. Namun sejak zaman Khilafah Rasyidah, Khilafah Bani Umayah hingga Khilafah Bani Abbasiyah, khabar gembira itu tidak pernah juga terlaksana. Memang sebahagian Eropah sudah jatuh ke tangan Islam, iaitu wilayah Sepanyol dengan kota-kotanya antara lain: Cordova, Seville, Granada dan seterusnya. Namun jantung Eropah belum pernah jatuh secara penuh ke tangan Islam. Sehinggalah ketika Sultan Muhammad II yang lebih dikenali dengan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi panglima, jatuhlah kota yang pernah menjadi ibu kota Eropah itu.


        Semasa pertempuran yang sangat dahsyat dengan menggunakan senjata paling moden di masa itu, iaitu CANON, atau meriam yang sangat besar, Muhammad Al-Fatih berjaya menjatuhkan kota konstantininopel itu dan menjadikannya sebagai ibu kota Khilafah Turki Utsmaniah serta menjadikannya pusat peradaban Islam. Wilayahnya adalah tiga benua dengan semua peradaban yang ada di dalamnya. Pada masa itu bulan sabit digunakan untuk melambangkan posisi tiga benua itu: - hujung yang satu menunjukkan benua Asia yang ada di Timur, - hujung lainnya mewakili Afrika yang ada di bahagian lain dan - di tengahnya adalah Benua Eropah. Sedangkan lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istanbul yang bermakna: Kota Islam. Bendera bulan sabit ini adalah bendera rasmi umat Islam pada masa itu, kerana seluruh wilayah dunia Islam berada di bahawa satu naungan khilafah Islamiyah. 

         Tidak seperti sekarang ini yang terpecah-pecah menjadi sekian ratus negara yang berdiri sendiri hasil dari penjajahan barat. Wajar kalau lambang itu begitu melekat di hati umat dari hujung barat Marocco sehingga hujung Timur Marauke. Inilah lambang yang pernah dimiliki oleh umat Islam secara bersama, bulan dan bintang. Dan lambang ini kemudian seolah menjadi lambang rasmi umat Islam dan selalu muncul di kubah-kubah masjid kredit: openminda 

SAJAK UNTUK NABI MUHAMMAD S.A.W. DARI MAHARAJA CHINA.

Sajak Untuk Nabi Muhammad S.A.W Dari Maharaja China

SAJAK UNTUK NABI MUHAMMAD S.A.W DARI MAHARAJA CHINA | Percaya atau tidak, seorang maharaja yang dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China pernah menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sembilan abad yang lampau.
Maharaja yang dikenali sebagai Maharaja Hongwu(1328-1398) adalah pengasas kepada Dinasti Ming yang mendominasi Tanah Besar China selama 276 tahun. Maharaja Hongwu terkenal sebagai maharaja yang bertolenrasi terhadap agama terutama agama Islam.
Baginda tidak pernah melarang ajaran Islam tersebar di wilayah jajahannya bahkan pernah bertitah supaya mendirikan beberapa masjid bagi memudahkan umat Islam beribadat. Antara masjid yang ‘mendapat’ jasa bakti daripada Maharaja Hongwu adalah di Yunnan, Nanjing, Guangdong dan Fujian.
Panglima-panglima Muslim
Baginda dipercayai memiliki beberapa pegawai Istana yang beragama Islam. Maharaja Hongwu begitu mempercayai pegawai-pegawai Istana ini. Antaranya adalah
Chang Yuchun(1330-1369)
Chang Yuchun adalah panglima kepada Maharaja Hongwu yang paling dipercayainya. Dikenali sebagai ‘Chang Ten Thousand’ kerana kehebatan dan ketangkasan beliau di medan perang menyamai 10,000 tentera. Beliau meninggal dunia semasa Maharaja Hongwu baru sahaja mengasaskan Dinasti Ming. Kematian panglima kesayangan baginda itu menyebabkan baginda menulis sebuah sajak khas yang mengambarkan kesedihan baginda.
Lan Yu(meninggal dunia pada 1393)
Salah seorang panglima Maharaja Hongwu dan juga adik lelaki kepada isteri panglima Chang Yuchun. Lan Yu terkenal dalam sejarah Dinasti Ming sebagai seorang pemberontak apabila cuba merampas kuasa melalui pengaruh putera mahkota. Lan Yu dihukum mati dan lebih 15,000 pengikut setianya turut sama dihukum.
Mu Ying(1345-1392)
Mu Ying dianggap antara panglima kesayangan Maharaja Hongwu. Beliau adalah anak angkat kepada Maharaja Hongwu. Mu Ying ditugaskan oleh Maharaja Hongwu untuk mempertahankan wilayah Yunnan daripada ancaman musuh. Sehingga ke akhir kejatuhan Dinasti Ming, keluarga Mu Ying masih lagi ditugaskan di wilayah yang bersempadan dengan Vietnam dan Burma itu.
Hu Dahai(meninggal dunia pada 1362)
Dipercayai mempunyai darah Parsi dan China. Hu Dahai adalah panglima yang sangat berkebolehan. Miskipun dikenali sebagai seorang yang tidak pandai membaca namun beliau mampu memimpin tentera beliau dengan hebat. Beliau pernah berkata, “Tentera aku tidak mampu menulis, namun mereka hanya tahu tiga tugas; tidak membunuh atau berkelakuan ganas pada kanak-kanak dan wanita dan tidak membakar rumah dan bangsal”. Beliau meninggal dunia selepas disabotaj oleh musuh ketatnya, puak Miao.
Maharani Ma
Menurut beberapa sumber, isteri kesayangan Maharaja HongWu iaitu Maharani Ma(1333-1382) juga beragama Islam melalui susur-galur keturunan daripada Asia Tengah. Kajian daripada Perpustakaan Oriental di University of Colombia, AS menyatakan keturunan Maharani Ma berkemungkinan besar berhijrah secara besar-besar daripada Asia Tengah ke Tanah Besar China semasa pemerintah Dinasti Song sekitar tahun 961 Masihi. Menurut rekod Ming Shi pula, bapa kandungnya adalah Lord Ma iaitu seorang pemimpin daripada Shuzhou yang kemudiannya berhijrah ke Anhui semasa lewat pemerintahan Dinasti Yuan selepas kejadian pembunuhan. Ibu kandung Maharani Ma meninggal dunia ketika beliau masih lagi kecil.
Semasa berada di perantauan, Lord Ma berkenalan dengan seorang lagi panglima muslim yang dikenali Guo Zhixin. Guo kemudian menjadi bapa angkat kepada Maharani Ma dan daripada Guo inilah Maharaja HongWu berkenalan dengan Maharani Ma dan seterusnya berumah-tangga.
Maharani Ma sangat disayangi Maharaja Hongwu sehingga baginda tidak berkahwin lain selepas kematian Maharani Ma pada 1382. Maharani Ma melahirkan seorang anak lelaki yang kemudian menaiki takhta dengan gelaran Maharaja Yongle. Maharaja Yongle adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap perintah peluasan kuasa di seberang laut yang dilaksanakan oleh panglima muslim terkenal, Panglima Zheng He atau Cheng Ho.
Sajak Maharaja China yang telah di translate kan,
The One-Hundred Word Eulogy:
Since the creation of the Universe,
Sejak terciptanya galaksi ini
God had decreed to appoint,
Tuhan telah mengangkat seseorang
This great faith-preaching man,
Satu manusia akhlak beriman
From the West he was born,
Dari barat telah dilahirkan
He received the Holy Scripture,
Baginda menerima wahyu agung
A Book of thirty parts,
Buku yang mengandungi 30 bahagian
To guide all creation,
Untuk membimbing semua makhluk
Master of all Rulers,
Tuan kepada semua raja
Leader of Holy Ones,
Pemimpin 1 yang tersuci
With Support from Above,
dengan bimbingan dari atas
To Protect His Nation,
Untuk melindungi negaranya
With five daily prayers,
Bersama dengan solat 5 waktu
Silently hoping for peace,
Dalam diam mengharap rahmat
His heart towards Allah,
Hatinya lurus kerana Allah
Empowering the poor,
Mengangkat darjat si miskin
Saving them from calamity,
Menyelamatkan mereka dari sengsara
Seeing through the darkness,
Melihat melalui kegelapan
Pulling souls and spirits,
Melalui hadir jiwa & roh
Away from all wrongdoings,
Ma’sum dari salah dan silap
A Mercy to the Worlds,
Rahmat kepada sekalian alam
Traversing the ancient majestic path,
Menyelusuri rahsia yang silam
Vanquishing away all evil,
Memadam segala kejahatan
His Religion Pure and True,
Agamanya Suci dan Benar
Muhammad,
Muhammad
The Noble & Great one.
Yang dihormati lagi terhebat
P/S : SubhanALLAH !!

Khamis, 25 Disember 2014

SEMUGA SEMUA MANGSA BANJIR SELAMAT DAN DILINDUNGI ALLAH HDK-NYA.

BERSAMALAH berdoa semoga seluruh saudara kita yang ditimpa bencana ini berada dalam perlindungan-Nya. Amin..

FENOMENA ' NEW MOON ', MONSUN TIMUR LAUT CETUS BANJIR LUAR BIASA.

Fenomena 'New Moon', Monsun Timur Laut cetus banjir luar biasa

email
comments
Fenomena 'New Moon', Monsun Timur Laut cetus banjir luar biasa
Penduduk Kuantan melalui Jalan Kuantan-Gambang yang dinaiki air selepas semua paras air sungai di Kuantan melebihi paras bahaya. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Fenomena 'New Moon' iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.

"Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena 'new moon' yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa.

"Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu, akan berterusan sehingga awal Januari depan.

"Namun keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada hari ini hingga esok berikutan ramalan kami menunjukkan hujan hanya berlaku di satu atau dua tempat di negeri-negeri berkenaan," katanya.

Dr Mohd Hisham menjelaskan musim Monsun Timur Laut yang membawa kepada hujan lebat terbahagi kepada tiga episod, iaitu episod pertama yang berlaku pada akhir bulan November, episod kedua pada 16 hingga 19 Dis diikuti dengan yang ketiga iaitu Isnin lepas hingga esok.

"Walaupun cuaca dijangka baik pada dua hari tersebut, namun kami menjangkakan ada lagi episod keempat iaitu bermula pada 28 Dis sehingga 31 Dis dan mungkin akan berterusan sehingga awal bulan Januari," katanya.

Dr Mohd Hisham berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan banjir akan berlaku lagi selepas 28 Dis ini di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan berdekatan dengan sungai.

"Ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari pada November hingga Januari 2015, serta kawasan barat Sarawak dan Sabah pada Januari hingga Mac 2015.

"Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai dan rendah dinasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir," katanya. - Soon Li Wei

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

KERAJAAN AKAN TAMBAH ASET SELAMAT MANGSA BANJIR- TPM.

Kerajaan akan tambah aset bagi selamatkan mangsa banjir - TPM

email
comments
Kerajaan akan tambah aset bagi selamatkan mangsa banjir - TPM
Penambahan aset itu dibuat bagi menyokong aset sedia ada yang berdepan cabaran berikutan cuaca buruk. - Gambar Fail
SUBANG JAYA: Kerajaan akan menambah dan menggerakkan lebih banyak aset ke negeri-negeri yang terjejas akibat banjir bagi menyelamatkan mangsa bencana alam itu.

Aset seperti bot penyelamat, helikopter, trak tentera juga akan digunakan bagi memastikan bekalan dapat diberi kepada mangsa.

Menurut timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, aset itu membabitkan tiga cabang angkatan tentera iaitu darat, laut dan udara.

Katanya, keadaan kini adalah serius dan tindakan susulan untuk menyelamatkan nyawa mangsa terperangkap perlu diutamakan.

Beliau juga akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara, MKN sekiranya aset kerajaan sedia ada tidak mencukupi.

"Saya telah minta urusetia apa lagi yang diperlukan kalau semua sudah dikerah tetapi tidak memadai, contohnya saya akan arahkan helikopter swasta yang ada, mesti beri keutamaan untuk menyelamat mangsa banjir ini,"

"Saya hendak beri jaminan kerajaan akan guna segala apa yang perlu untuk kurangkan beban rakyat walaupun ia akan melibatkan perbelanjaan yang banyak, tetapi nyawa rakyat harus diutamakan," katanya selepas menghadiri sambutan Krismas di gereja Full Gospel Tabernacle di sini.

Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara turut menegaskan tiada keperluan mengisytiharkan darurat ketika ini.

Pada masa sama beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai keadaan banjir sehingga menimbulkan keadaan panik di kalangan rakyat.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my