Khamis, 10 Julai 2014

FELIXIA TELAH MENGANUT AGAMA ISLAM.



Alhamdullilah, Felixia Sah Seorang Muslimah Pada Pukul 6.30 Petang Semalam. Maka bertambahlah seorang saudara kita.

Felixia telah mengucapkan Dua Kalimah Syadah di sebuat masjid di Taman Tun Dr Ismail pada tarikh yang sama dengan hari lahirnya dan ia bagaikan kelahiran barunya yang mana sebagai seorang muslim.

Menerusi Facebook beliau sepatah dua kata yang menggambarkan betapa bersyukurnya beliau.

“Alhamdulillah, selamat bergelar seorang Muslimah walaupun diberi ‘extra’ dugaan hari ini.

“Amat bersyukur dengan kawan-kawan yang hadir tadi,”

Walaupun dengan extra dugaan katanya yang mana beliau terpaksa menukar beberapa lokasi masjid kerana dapat dihidu pihak media untuk dibuat liputan esklusif.

Bagaimanapun beliau menggunakan nama yang asal tetapi dengan menambah Raniadihadapan. Nama asalnya dikekalkan kerana nama yang diberikan oleh ibunya itu juga mempunyai makna yang baik.

Semoga Felixia terus mendapat hidayah dan dapat menjadi seorang muslimah yang sejati. -SiakapKeli.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan