Jumaat, 31 Oktober 2014

GELOMBANG ANGIN PUTING BELIUNG DI ALOR SETAR.

15 Gambar Angin Buting Beliung Di Kota Alor Setar  31.Oktober 2014

Lebih 30 rumah di sekitar daerah Kota Setar rosak teruk selepas dilanda puting beliung dalam kejadian kira-kira 5 petang tadi.
Difahamkan, antara kampung yang terbabit ialah Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa Satu, Taman Inang dan Kampung Sungai Baru.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima laporan awal berhubung kejadian pada jam 5.22 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja dengan kekuatan enam anggota diketuai Pehawai Bomba Khairil Anuar Said dikejarkan ke lokasi salah sebuah lokasi iaitu di Taman Mergong Jaya.
“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati rata-rata rumah penduduk rosak teruk di bahagian bumbung dan garaj rumah akibat diterbangkan angin.
“Berikutan kejadian angin kuat pokok-pokok landskap berhampiran rumah penduduk dan di tepi jalan utama juga tumbang. Jumlah sebenar rumah yang rosak masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya.
Video Puting Beliung Di Kota Setar 31 Oktober 2014
Gambar Puting Beliung Di Kota Setar 31 Oktober 2014

Isnin, 27 Oktober 2014

HIJRAH : 1436 H/2014.

HIJRAH: Sepatutnya muslim paling hebat bukan hampas


DALAM sunatullah, makhluk Allah bumi, bulan, matahari dan banyak lagi planet di jagat raya berputar, maka hadir semula tanggal 1 Muharam. Kita sebut Maal Hujrah.  Hari pertama dalam bulan pertama kalendar Hijrah. Seperti biasa, kita cuti umum satu negara dan  ada majlis di beberapa peringkat. Kemuncaknya ialah perisytiharan tokoh Maal Hijrah.

Dalam ceramah selalunya dikenang zaman penghijrahan Nabi dan umat Islam dari Makkah ke Madinah. Rupa-rupanya peristiwa hijrah itu membawa zaman cemerlang dalam Islam sehingga khalifah Umar al-Khattab mengisytiharkan tahun hijrahnya Nabi dan umat Islam itu sebagai permulaan tahun dalam kalender Islam.  Maknanya pada 25 Oktober ini bersamaan dengan 1 Muharam 1436 Hijrah. Untuk rekod, semua negara sepakat 25 Oktober ini bersamaan 1 Muharam tanpa berselisih seperti tarikh 1 Ramadan, 1 Syawal dan 1 Zulhijah. Mengapa tidak berselisih pendapat? Sebabnya, kita umat Islam memang ‘wajib’ berselisih dalam urusan ibadah! 1 Muharam tidak ada penetapan ibadah khusus, tidak ada. Maka semua bersatu.

Ada hadis Nabi menyatakan tidak ada lagi hijrah selepas penghijrahan Nabi dan umat Islam ke Madinah.  Oleh itu para ilmuan Islam berijtihad bahawa kalau ada hijrah atau perpindahan dalam kalangan umah ialah perpindahan daripada yang buruk kepada yang baik.  Kalaulah semua generasi sejak dahulu benar-benar menghayati dan melakukan hijrah daripada yang buruk kepada yang baik, hari ini umah satu dunia berada pada tahap gilang-gemilang. 

Sepatutnya catatan sejarah hari ini ialah segala imej yang positif dipegang oleh umat Islam. Komuniti masyarakat paling bersih, ialah masyarakat Islam. Negara paling kurang rasuah mestilah dijuarai Indonesia sebab negara itu memiliki jumlah umat Islam terbanyak di dunia. Negara yang paling maju dalam sains dan teknologi, tentulah negara Pakistan, Bangladesh dan Mesir. Negara-negara ini antara jumlah penduduk Islamnya melebihi 100 juta atau majoriti dalam negara berkenaan.

Mengapa begitu? Sebabnya sangat mudah. Bahawa umat Islam mendakwa mempunyai buku manual panduan hidup paling benar iaitu al-Quran. Umat Islam tidak mengiktiraf kitab Bible sebab dikatakan sudah ditokok tambah, maka al-Quran saja yang masih tulen.  Sebab kedua, ialah sikap yang ‘sewajibnya’ melakukan perubahan daripada buruk kepada baik atau daripada kurang baik kepada terbaik. Setiap tahun diulang supaya umah berubah.  

Setelah lebih 1000 tahun, mustahil umat Islam sedunia masih dalam jumud, miskin, jahil, sarang wabak penyakit, paling mundur pemikiran sainsnya dan 1001 imej busuk!  Namun jika kesemua itu yang berlaku jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa yang tidak menganut Islam, janganlah menyalahkan bangsa-bangsa berkenaan.  Jangan salahkan British, Belanda, Portugal dan Sepanyol yang menjajah umat Islam hingga dikatakan mundur.  Salahkan diri sendiri. Salahkan perangai buruk sendiri. Salahkan kemalasan sendiri. Salahkan diri sendiri yang suka cakap besar. Salahlah sikap semberono dan tidak ada tolak ansur.  Salahkan sikap suka mengambil keuntungan atas nama agama.

Siapa yang selalu bangun tidur lewat dan tahu kebaikan bangun awal, sila bangun awal pagi-pagi esoknya.  Siapa yang masih merokok dan tahu  keburukan merokok, berhentilah merokok. Siapa yang tahu malas bekerja menyebabkan mundur dan miskin, berubahlah jadi rajin. Siapa yang tahu berbual kosong di kedai kopi hanya membuang masa, bangunlah membuat kerja-kerja yang membawa faedah. Siapa yang sedar ilmu dalam pekerjaannya rendah, belajar lagi.

Sebenarnya terlalu banyak peluang dan ruang untuk kita sebagai umat Islam berubah, jika mahu berubah. Kita sedar banyak keburukan yang selama ini dipegang, maka berubahlah.  Tidak perlu menunggu orang lain untuk sama-sama berubah, biar dilakukan sendiri. Masyarakat kita perlukan contoh atau teladan baru mahu berfikir.  Selagi tidak ada orang yang sanggup menjadi contoh di tengah-tengah masyarakat, selagi itulah kebanyakan masyarakat kita tidak mahu berubah pemikirannya. Jika pemikiran pun tidak berubah, jangan haraplah ada perubahan fizikal.


Yang sedar dan mahu berubah, ayuh berubah. Tuhan tidak mensia-siakan setitis hasil  kerja baik hamba-Nya.

Rabu, Oktober 22, 2014

Khamis, 23 Oktober 2014

MAKHLUK SEBELUM NABI ADAM A.S.

"Al-Hin", Makhluk Sebelum Nabi Adam A.S dan JIN

Jom baca kisah seorang pengamal perubatan Islam yang merawat seorang pesakit yang telah dirasuk oleh satu makhluk yang dinamakan Al-Hin..

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin masih belum ada rasi ubat . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan teknik scan dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin badan tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?

Pesakit: Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit?

Saya: Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat..

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.

Saya: Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?

Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam....

Saya: Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?

Pesakit: Agama Monoteisme

Saya: Agama apa tu..?

Pesakit: Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?




*Terkena jugak RIDAM..

Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang....

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: Poppy..? Makhluk apa tu..?

Pesakit: Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia..

Saya: Ceritakan...aku nak tahu..

Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri..

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami....

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa....

Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu...

Saya: Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat Scan kau tadi? Mana kau menyorok?

Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah...

Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?

Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la..

Saya: Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?

Pesakit: Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu..

Saya: Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?

Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia...

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?

Pesakit: Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?

Saya: Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah...

Pesakit: ku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran...

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Pesakit: Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah..

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?

Pesakit: Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi...

Saya: Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?

Pesakit: Sekarang..tapi dengan syarat..

Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la..

Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?

Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?

Pesakit: Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?

Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?

Pesakit: Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?

Saya: Aah...kenapa?

Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi...

Saya: Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu..

Pesakit: Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat...

Saya: Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?

Pesakit: Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun..

Saya: Mak aiiii...lama nya kau hidup..

Pesakit: Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku..

Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?

Pesakit: Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?

Saya: Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu...

Pesakit: Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?

Saya: Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman..

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

---------

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

----------

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahualam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..


Jawapan Ustaz Azhar idrus



p/s : ...Fakul innamal ghaibulillah. Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)


Sumber akustressgiler.blogspot.com

PENGALAMAN DAN CARA MASUK KE ALAM BUNIAN.

Pengalaman dan cara Masuk ke Alam Bunian

Sebagai seorang muslim yang mukmin, beriman kepada perkara ghaib seperti wujudnya alam lain selain alam manusia yang kita huni, tidak harus dipersoalkan. Misteri wujudnya alam ghaib seperti alam bunian telah menjadi buah mulut masyarakat kita sejak dahulu hingga kini. Jika ianya hanya sekadar mitos,mengapa ia masih dibualkan sehingga kini? Malah, kewujudan alam ini dibuktikan dengan pengalaman sebenar mereka-mereka yang pernah ‘tersesat’ ke sana.

Bagi yang pernah secara sengaja atau tidak sengaja menjengah ke alam bunian, anda tentunya beruntung kerana berpeluang meneroka keindahan alam ciptaan Allah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia yang lain.

cara masuk ke alam bunian
Namun, bagi yang tidak pernah meneroka ke alam bunian, kami ingin kongsikan beberapa langkah atau steps yang kami dapat dari blog tokmat tentang cara-cara untuk masuk ke alam bunian.
Di Malaysia, ada beberapa tempat yang sesuai yang sering menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin masuk 

ke alam bunian. Antaranya:
1) Rawang temple park- air terjun tingkat 4, situ ada 1 batu yang boleh dan selesa untuk baring
2) Gunung Ledang – Kolam Dayang, di situ ada 1 batu juga boleh baring
3) Gunung berlumut – di batu gigi boleh juga baring disebelahnya
4) Di Gunung Jerai – Kawasan mendatar hampir dengan Kubah masjid
5) Di Puncak no2 Gunung Santubong – Baring beralas

Tatatertib dan cara:
1. Semasa berbaring, pastikan tubuh penuh tenaga, bukan dalam keadaan penat atau letih atau kepala kusut.

2. Dengarkan bunyian alam seluruhnya.

3. Fokuskan kepada aliran air ( kerana aliran air mempunyai arus tenaga yang membantu kita memasuki alam).

4. Fokuskan kepada bunyi air terjun atau pancutan air sehingga bunyian lain ( cengkerik, burung, angin lenyap ), yang perlu dengar cuma bunyi air sahaja…terus fokus dan rileks.

5. Fokus hanya kepada bunyi deruan air sahaja, di dalam keilmuan batin, anda sebenarnya sedang menyerap tenaga dari air, tenaga yang dihasilkan oleh deruan air.

6. Dalam sekejap bunyi air ini akan hilang tiba tiba, dan serentak dengan itu juga anda akan dapati bahawa anda sudah berada di satu tempat lain….di alam yang berbeza dengan alam kita…..jauh berbeza.
Di sana, suasananya damai, sunyi, aman dan tenteram sekali. Anda mampu berjalan-jalan ke mana sahaja selagi terdaya, selagi adanya tenaga alam ( tenaga deruan air tadi ) , tenaga ini akan digunakan sepanjang pengembaraan anda, jika tenaga ini sikit, maka perjalanan anda juga singkat dan pendek. Jika tenaga ini besar, insyallah anda mampu menerokai lebih jauh namun perlu diingat, habisnya tenaga Alam ini, maka anda akan kembali ke alam nyata dan sedar semula. Ingat..jasad tetap di sini, yang pergi hanya Sukma anda sahaja….

Awas….ada risikonya jika anda terlalu lama di sana ( energi Alam terlalu besar ), jika terlalu lama, maka tidak mustahil apabila bangun anda mendapati diri anda totally 100% jasad juga berada di sana. Bangun bangun, anda bukan berada di alam kita. Haru biru jugak kan..?
Bagaimana jika tiba-tiba anda tidak kembali ke alam nyata?
Jangan cemas.

Ada 1 cerita orang yang sesat ke alam sana, beliau berjalan dan terjumpa warung, beliau bertanya pada seorang pakcik ” Pakcik, saya sesat..bagai mana saya nak pulang “…. pakcik tersebut bertanya ” kamu ni manusia ya, tak apa… kamu berjalan terus ke sana, sambil menuding jari..insyallah kamu akan pulang ke alam manusia “, orang ini mengikut apa yang disuruh, dan alhamdulillah tiba tiba beliau jatuh terduduk dan mendapati beliau sudah berada di alam kita, di mana pemandangannya berbeza sekali dengan pemandangan alam tadi…alhamdulillah….

Ada 1 cara yang lebih profesional lagi ialah dengan mencari penghulu kawasan tersebut, insyallah akan ditunjukkan, bila sampai ke rumahnya, jika dia ada anak dara, AWAS!!! Jangan pandang terlalu lama ( pandangan tergoda atau menggoda ), nanti dibuat menantu. Haru juga tak boleh balik selamanya, jaga tertib dan kesopanan walau rock macam mana pun kita, Insyallah akan dilayan dengan baik, diberi minum kopi dan sajian. Rasa kopi dia pun dah cukup buat anda macam lupa dan tak mau pulang ke sini…hahaha…jaga jaga…..

Berikut merupakan pengalaman salah seorang daripada mereka yang pernah meneroka alam bunian:
Dulu ketika remaja aku pertama kali ikut tok guru aku, cara aku masuk ialah memegang tangan tok guru aku lepas itu aku dipimpin ke alam bunian oleh tok tanpa jasad, pertama kali aku masuk di salah sebuah perkampungan bunian yang terletak di sebuah kebun di parit buntar, semua di situ nampak normal dan biasa tetapi sebaik sahaja aku masuk melalui pintu tak berdinding aku dapat melihat sebuah perkampungan yang pada mulanya aku tidak nampak.

Dari jauh aku melihat seseorang sebaya dengan tok guru aku berlari kecil menghampiri kami, memang depa berdua nampak rapat selepas itu aku diperkenalkan kepada dia, rupa rupanya dialah penghulu kampung bunian itu. Kami terus dipelawa masuk ke rumah tetapi dalam perjalanan ke rumah aku dipandang dengan pelik aneh oleh penduduk kampung tersebut, awalnya aku berasa agak takut tetapi tok guru aku sentiasa berpesan ingat Allah, betulkan niat insyallah kita selamat.

Ok, sekarang dah tahu cara macam mana nak ke alam bunian kan? Apa lagi, buat rombongan terus la! :P
p/s: Kalau tiba-tiba terpikat dekat puteri bunian, menjanda awek/bini korang…HAHAHA

Sumber http://www.waszap.com/