Isnin, 21 Julai 2014

ISRAEL BELANJA BESAR UTK GEMPUR GAZA.

Anda di sini: Laman Utama | Dunia »

Israel belanja RM1.8 bilion untuk gempur Gaza

email
comments
Israel belanja RM1.8 bilion untuk gempur Gaza
Ekonomi Israel dianggarkan menanggung kerugian sehingga lebih RM1 bilion - Gambar Fail
Israel membelanjakan lebih kurang RM1.8 bilion untuk menggempur Semenanjung Gazasetakat Sabtu lalu iaitu hari ke-12 Operasi Perlindungan Sempadan, lapor laman web akhbar Haaretz.

Kos itu semakin meningkat sejak Khamis apabila rejim Zionis itu melancarkan operasi serangan darat yang turut disertai oleh pasukan tentera simpanan.

Laporan akhbar di Israel itu menyebut Kementerian Pertahanan sudah mula mengemukakan permohonan untuk peruntukan tambahan bagi menampung kos serangan ke atas Gaza ini.

Dalam pada itu, ekonomi Israel dianggarkan menanggung kerugian sehingga lebih RM1 bilion termasuk akibat kehilangan hari kerja dan kerosakan kesan serangan roket pejuangPalestin.

Kementerian Kewangan Israel dalam pada itu sudah memulakan perbincangan dengan wakil industri dan buruh berhubung pampasan kepada penduduk dan perniagaan yang terjejas.

Jumlah pampasan yang ditawarkan adalah sama seperti pampasan yang diberikan sebelum ini semasa operasi ketenteraan ke atas Gaza pada 2012.

Israel mula menyerang Gaza melalui udara pada 8 Julai. Ia kemudian memperluaskan operasi dengan melancarkan serangan darat mulai 17 Julai lalu.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan