Ahad, 17 Mei 2015

APB MASJID DIBAKAR API TERPADAM DGN SENDIRI DGN KUASA ALLAH.

SUBHANALLAH! - KEBESARAN ALLAH MASJID INI DIBAKAR TETAPI API PADAM SENDIRI

TAOTAUAJER - Di tengah-tengah siri serangan di Eropah, sebuah lagi masjid di sini dibakar, menjadikan jumlah laporan serangan kerana Islamopobia ke atas penduduk muslim dan pusat Islam di negara itu meningkat sejak beberapa bulan lalu.


Kelmarin, Masjid Sultan Ahmet Cami di sini dibakar kira-kira jam 11.30 malam waktu tempatan, lapor akhbar Jerman, DerWesten.

Veysel Arslan yang tinggal di bangunan yang menempatkan masjid berkenaan berkata, beliau bangun untuk solat apabila menyedari asap memenuhi ruang solat.

“Bagaimanapun, api itu terpadam sendiri. Hanya sebahagian permaidani di ruang solat yang rosak,” katanya.

Katanya, suspek dipercayai memasuki masjid itu selepas memecahkan tingkap belakang, dan menggunakan minyak petrol sebelum menyalakan api dan melarikan diri menerusi pintu masuk masjid.

Hanya permaidani di ruang solat di Masjid Sultan Ahmet Cami di Witten, Jerman rosak selepas api terpadam dengan sendiri.

Masjid itu turut mengandungi beberapa unit kediaman di mana empat keluarga bersama lima kanak-kanak tinggal. Mereka bagaimanapun, tidak cedera.

Sejak tahun 2012, sebanyak 81 serangan terhadap masjid dilaporkan berlaku di seluruh Jerman yang dianggarkan mempunyai empat juta umat Islam, termasuk 220,000 di Berlin.

Antara tahun 2001 hingga 2012, sebanyak 219 serangan yang menyasarkan kumpulan penganut agama minoriti, khususnya umat Islam dilaporkan di seluruh Eropah. Keadaan ini mencerminkan satu perkembangan yang membimbangkan.

Kumpulan rasis dan Islamopobia turut menyasarkan serangan ke atas masjid di Belanda, Denmark dan United Kingdom. – Agensi 


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
:
:
:
Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

RELATED POST

FENOMENA AJAIB AWAN ARCUS DI LANGIT AUSTRALIA.

SUBHANALLAH! - FENOMENA AWAN ARCUS YANG MENGGERUNKAN (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Pernah korang tengok awan yang seram atau luar biasa di langit? Subhanallah inilah Kehebatan Keajaiban Keindahan Kuasa Allah awan yang terbentuk ini sangat menakjubkan. Fenomena awan seperti ini jarang- jarang sekali dapat kita saksikan.


Awan sungguh menakjub dan menggerunkan ini jarang-jarang kita dapat melihatnya. Cuba korang bayangkan sekiranya awan ini bersifat pejal kemudian runtuh masyallah! tak tau la ape jadi. Seperti mana langit runtuh di Austrailia berjaya dirakamkan oleh David Dullaway pada tahun 2009

Gambar-gambar menakjubkan ini berjaya di tangkap oleh Jurugambar terkenal dan pemburu ribut iaitu Ryan McGinnis menangkap gambar-gambar yang menakjubkan awan arcus yang berlaku di Kearney, Nebraska, pada 7 Ogos.





TAOTAUAJER : Subhanallah betapa hebat ciptaan Allah, kalau korang nak tau melihat awan ciptaan Allah dapat menghasilkan pahala dan damai di hati. Ianya kerana setiap hidupan yang dicipta Allah di dunia ini sentiasa berzikir memuji kebesaran Allah. Kita ni bagaimana?  Ucapkanlah Subhanallah Allahuakbar - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa.

.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
:
:
:


Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

RELATED POST

TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR BILA PADANG PASIR BERTUKAR MENJADI TEMA AIR.

SERIUS! - PADANG PASIR BERTUKAR MENJADI TAMAN TEMA AIR TERBESAR DI DUNIA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR (9 GAMBAR)

TAOTAUAJER -    Allahuakbar ... sudah dekat dan semakin dekat . Janji allah dan sedang mendapat tanda-tanda bahawa kiamat semakin dekat . Semoga beberapa keping gambar ini mampu sedarkan kita bahawa DUNIA SUDAH TUA dan akan berundur berbalik kepada Pencipta.


Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Terletak di Al Ain, sebuah bandar oasis pedalaman yang merupakan sebahagian daripada emiriah Abu Dhabi, Wadi Adventure adalah taman tema paling besar di dunia dengan gelombang ombak tiruan, sungai untuk berkayak, kolam kanak-kanak dan dewasa serta di lengkapi pelbagai kemudahan permaian lasak.




.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
:
:
:
: