Rabu, 25 Jun 2014

UMAT MUHAMMAD KINI BANYAK MENCABAR HUKUM ALLAH BILA KITA BERHAMBA KPD GLAMOUR DAN KEBENDAAN,NILAI SYARIAT AGAMA DIKETEPIKAN.

7 Gambar Hani Al Zehra Peluk Anjing

on Tuesday, June 24, 2014 

Menyentuh anjing sememangnya haram di sisi agama Islam apatah lagi menjadikan haiwan itu sebagai binatang peliharaan.

Namun begitu, seorang gadis bertudung yang dikenali Hani Al Zehra menerusi akaun Facebook telah bertindak memegang dan memeluk seekor anjing kini sedang hangat diperkatakan di Facebook.




Ads by Rich Media ViewAd Options



Ads by Rich Media ViewAd Options

Menyentuh anjing sememangnya haram di sisi agama Islam apatah lagi menjadikan haiwan itu sebagai binatang peliharaan.Namun begitu, seorang gadis bertudung yang dikenali Hani Al Zehra menerusi akaun...
AANS BLOG
SukaSuka ·  · 
  • Muhammad Yushak Daripada Abdullah bin Umar r.a. dia berkata : " Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda : " Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak , maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." - ( Hadis no. 5059 dalam Shahih Bukhari dan no. 2940 dalam Shahih Muslim )
  • Nik Adzhar dah takde binatang lain ke yop?
  • Iqbal Idham Pelihara memang tidak digalakan, tapi untuk kata haram pegang anjing memang kena masuk sekolah agama balik. Hehe..
    11 hrs · Suka · 1
  • Muhammad 'Azizul 'Azim Maliki Sejak bila haram sentuh anjing? Tak sama kot najis dengan haram. lol~
    1 jam · Suka
Sumber

Isnin, 23 Jun 2014

IBU

09:20
anda lihat ?
anda dengar ?
anda nilai ?
pasti air mata anda akan mengalirkan air mata ...
sharelah agar kita dapat menyedarkan yang diluar sana yang masih dibuai mimpi diatas dunia yang mereka cipta sendiri ...
SukaSuka ·  · 

KANAK-KANAK OKU DI RANTAI DI PERHENTIAN BAS DI MUMBAI INDIA.

Kanak-kanak OKU dirantai di perhentian bas
  • Kanak-kanak OKU dirantai di perhentian basKanak-kanak OKU dirantai di perhentian bas
 1 / 1 
MUMBAI - INDIA. Seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui diikat dengan rantai besi pada tiang di sebuah perhentian bas di tengah Bandar Mumbai hari ini.
Lakhan Kale, merupakan salah seorang dari 26.8 juta golongan OKU yang dibiarkan tanpa pengawasan dan penjagaan oleh keluarga mahupun pihak berkuasa di India.
Menurut banci terakhir dijalankan pada tahun 2011, jumlah tersebut bersamaan dengan 2.2 peratus dari jumlah keseluruhan rakyat India berjumlah 1.2 billion yang menghuni negara tersebut.
Menurut neneknya, Sakubai, Lakhan mempunyai masalah Cerebral Palsy dan tidak mampu mendengar dan bercakap.
“Semasa dilahirkan, dia adalah seorang bayi yang montel dan sihat, beberapa bulan kemudian, dia mengalami demam panas dan pada satu malam  dia diserang sawan.
"Sejak itu, keadaannya tidak pernah sama," ujarnya.
Menjelaskan keadaan Lakhan yang dirantai ditiang perhentian bas, Sakubai berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain dan ia dilakukan demi keselamatan kanak-kanak terbabit.
"Dia pekak dan tidak dapat mendengar jika ada kenderaan dating melintas, saya ikat dia supaya dia tidak berlari dan terbunuh di jalan raya supaya dia tidak dapat trafik beliau akan datang. Jika dia melarikan ke jalan raya, dia akan dibunuh," jelasnya lagi.
Menurut neneknya lagi, bapa Lakhan telah meninggal dunia empat tahun yang lalu manakala ibunya dan kakaknya hilang tanpa dapat dikesan.
Sakubai terpaksa menyara hidup mereka berdua dengan menjual mainan kecil dan barang perhiasan di pantai popular di tengah-tengah Mumbai, Chowpatty.
Di himpit kemiskinan, mereka berdua telah menjadikan perhentian bas tersebut sebagai tempat berteduh di mana hanya hamparan sari mampu dijadikan alas tidur dan makanan pula hanya diperoleh dari warung tepi jalan.
Menurut pihak penguasa, SA Jadhav, pihaknya akan cuba mencari pusat perlindungan buat Lakhan kerana pusat eprlindungan yang ada kini telah pun dipenuhi dengan pesakit OKU yang lain.
“Kekurangan pusat perlindungan di Mumbai adalah satu masalah yang serius dan kian meruncing, perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian,” katanya ketika ditemui oleh wartawan CNN di sana baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN

WARDINA HENTAM KERAJAAN KRN ABAI OKU.

Wardina ‘hentam’ kerajaan kerana abai OKU

Selebriti Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot selar kerajaan gagal beri bantuan secukupnya kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU. – Gambar ihsan Wardina Saffiyah Facebook, 23 Jun, 2014. Selebriti Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot selar kerajaan gagal beri bantuan secukupnya kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU. – Gambar ihsan Wardina Saffiyah Facebook, 23 Jun, 2014.Selebriti terkenal, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot menyelar kerajaan kerana gagal memberi bantuan secukupnya kepada ibu bapa yang terpaksa mengurung anak Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun yang ditemui baru-baru ini.
Melalui laman Instagramnya, Wardina berkata penemuan remaja lelaki OKU yang dikurung dan diabaikan ibu bapanya berpunca daripada kegagalan mendapatkan bantuan kerajaan ekoran kelemahan polisi dalam memberi peruntukan kepada golongan tersebut.
"Ini berlaku salah satunya berpunca daripada ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan," katanya dipetik daripada laman Instagram.
Wardina yang merupakan salah seorang Ahli Majlis Perpaduan Nasional (MPKN)  turut membandingkan peruntukan dan keistimewaan diberikan negara “kafir” kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU berbanding Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam.
"Ya, itu negara kafir. Anak istimewa dan OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah.
“Saya mahu bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,” katanya.
Wardina memberi contoh negara Australia di mana ibu bapa yang mempunyai anak OKU diberikan pelbagai peruntukan seperti elaun bulanan selain dapat menjalani sesi terapi dengan percuma.
Selebriti itu berkata, dengan segala kemudahan yang diberikan Australia kepada golongan demikian membuktikan betapa kerajaan negara itu memahami kesukaran dan kesulitan ibu bapa membesarkan anak OKU.
“Malah kawan saya mempunyai anak OKU, kedua-dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU.
“Anak OKU dihantar  terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun," katanya.
Jumaat lalu, rakyat di negara ini dikejutkan dengan insiden penemuan remaja OKU terabai di Flat Taman Semarak Nilai, Negeri Sembilan.
Remaja OKU itu dipercayai diabaikan ibunya tanpa memberi makan berdasarkan keadaannya ketika ditemui.
Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui oleh Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi bersepadu 6P di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan.
Remaja lelaki itu kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.
Ibu Firdaus yang ditahan reman oleh pihak berkuasa mendakwa kesempitan hidup dan tidak mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai punca tidak dapat menjaga anaknya. – 23 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wardina-hentam-kerajaan-kerana-abai-oku#sthash.Iajddbl2.dpuf

GAMBAR IBU DAN ANAK OKU DI FACEBOOK.

Monday, June 23, 2014
 
Gambar Ibu Dan Anak OKU di Facebook | Masih hangat diperkatakan kisah remaja lelaki OKU yang ditemui pegawai Imigresen ketika operasi mencari PATI sebaliknya menemui seorang remaja OKU yang kurus kering dan dikurung didalam bilik yang kotor serta berpakaian reput.

 Gambar Ibu Dan Anak OKU di Facebook

Pencarian di Facebook menemui satu akaun wanita bernama Imashima Lola yang dipercayai ibu kepada remaja OKU tersebut.

Apa yang menjadi persoalan ramai ketika ini ialah, kenapa si ibu membiarkan anaknya itu berada dalam keadaan yang sangat menyediahkan dan menyayat hati.

 Gambar Ibu Dan Anak OKU di Facebook

Alasan beliau ketika tampil di pejabat NST dilihat sangat lemah. Adakah beliau terlalu sibuk menguruskan kerjaya sehingga mengabaikan tanggungjawabnya, sedangkan dia dan seorang lagi anaknya dilihat agak bergaya.


Kini, ibu remaja terbabit telah ditahan reman pihak berkuasa sehingga Rabu ini untuk proses soalsiasat.


Bukan mahu menjatuhkan hukuman, sebaliknya kita juga perlu melihat punca sebenar ibu tersebut bertindak begitu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Biarlah pihak berwajib menjalankan tugas mereka, kebenaran pasti akan terbongkar juga satu hari nanti.




 
 138 Google +2  0  145

CARI SI BAPA SAMPAI DAPAT.

Cari si bapa sampai dapat
  • Muhammad Firdaus Dullah
 1 / 1 
SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan hari ini sedang menggiatkan usaha mengesan bapa kandung kepada remaja kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui pihak imigresen kira-kira jam 2 pagi dalam keadaan tidak terurus di Taman Semarak, dua hari lalu.

Dalam pada itu, usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan sendiri  perkembangan maklumat dari Timbalan Pengarahnya, Mohamad Hapil berhasil apabila beliau mengesahkan pencarian bapa remaja itu bertujuan untuk urusan hak penjagaan dan dokumentasi.

“Buat masa ini pihak JKM masih belum mendapat perkembangan positif dalam usaha menjejak, namun kami tidak akan berputus asa dalam teruskan usaha,” katanya.

Mengulas lanjut, buat masa kini, pihaknya masih gagal menghubungi bapa kandung Firdaus namun beliau menjamin usaha pihak JKM untuk mencari bapa Firdaus tidak akan terhenti begitu sahaja.

Jelasnya, JKM N9 turut menerima bantuan dari pelbagai pihak dan agensi lain bagi menyatakan usaha dan kerjasama membantu pihaknya mengesan bapa remaja berkenaan.

 “Kami menggunakan semua saluran bantuan yang ada, bukan hanya JKM sahaja yang terlibat mengesan bapa terbabit malah agensi lain turut membantu.

“Kita cuba kesan bapanya melalui alamat lama dan juga saudara-mara terdekat, kami yakin maklumat terbaru akan diperoleh tidak lama lagi,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, pihak polis telah menahan ibu remaja OKU terbabit bagi membantu siasatan yang dijalankan ke atas keadaan Firdaus yang terlalu kurus dan kelihatan seperti mayat hidup, dipercayai akibat kekurangan zat makanan.

Wanita berkenaan ditahan reman hingga Rabu ini.
 
ARTIKEL BERKAITAN