Selasa, 15 Julai 2014

MALAYSIA SEDIA HANTAR MISI BANTUAN KE GAZA- PM..

Malaysia sedia hantar misi bantuan ke Gaza - PM

email
comments
Malaysia sedia hantar misi bantuan ke Gaza - PM
Penduduk Palestin berkumpul di masjid mengelilingi jenazah Saddam Abu Muamer yang terbunuh dalam serangan terbaru Israel pada Isnin di bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. - AP Photo/Lefteris Pitarakis
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk SeriNajib Razakberkata, bantuan itu akan dapat disalurkan sebaik sahaja mendapat kelulusan kerajaan Mesir untuk membuka pintu sempadan di Rafah.

"Tempoh dua minggu ini anggaran kasar kita, secara spesifik kita tidak tahu bila kebenaran boleh diperoleh, ini kerana keadaan di sempadan Rafah boleh berubah," katanya pada sidang media di Seri Perdana di sini.

Najib berkata beliau telah meminta Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membuat persediaan misi kemanusiaan seperti bantuan makanan dan perubatan.

Misi tersebut akan turut membawa doktor ortopedik dan pakar bedah untuk menolong mereka daripada segi perubatan dan sebagainya.

"Malam tadi saya berhubung melalui telefon dengan Ketua Biro PolitikHamas, Khaled Meshaal untuk sampaikan rasa simpati yang amat sangat dari semua kaum di Malaysia yang terasa dengan penderitaan rakyat Palestin.

"Beliau ada memaklumkan meminta bantuan dan kita buat persediaan untuk menghantar bantuan kemanusiaan dalam bentuk makanan dan perubatan", katanya.

Dalam perbualan telefon selama 10 minit antara beliau dengan Khalid, Najib berkata beliau juga menyatakan pendirian Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejimZionisyang telah mengorbankan orang awam yang tidak berdosa.

Najib dalam masa sama turut mengalakkan pembabitan badan bukan kerajaan, (NGO) untuk sama-sama menghantar bantuan ke Gaza namun ia perlu diselaraskan.

"Pusatnya adalah melalui Biro Kebajikan UMNO, bantuan-bantuan ini akan diselaraskan mereka yang akan melakukan misi menghantar bantuan ini nanti.

"NGO lain yang berhasrat untuk turut serta bolehlah berdaftar dengan biro berkenaan," katanya

Mengulas tindakan terhadapIsrael, Najib berkata Malaysia telah membuat saranan terbuka supaya Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk bertindak.

"Kita akan terus melakukan desakan melalui saluran diplomatik supaya kedua-dua organisasi ini dapat bertindak," katanya.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my
B 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan