Ahad, 11 Januari 2015

UJIAN- ARTIS DIHINA SELEPAS MENDAPAT HIDAYAH.

KUALA LUMPUR: Dihina, diusik dan dilabel dengan pelbagai gelaran seperti ‘ustazah jadi-jadian’ selain dipulau rakan, saudara-mara dan adik beradik antara cabaran kehidupan empat artis ini selepas mendekatkan diri ke jalan Allah.

Pada zaman kemuncak mereka, siapa tidak kenal Catriona Noorhayati Ross Bahrain Ross (Cat), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).

Mereka bukan asing dalam industri hiburan tanah air. Masing-masing pernah merasai dunia glamor dan menyemarakkan dunia lakonan dan muzik melalui genre R&B dan hip-hop hingga menjadi kegilaan ramai, terutama anak gadis.

Cat kini bergelar penceramah bebas, manakala tiga lagi artis lelaki itu menubuhkan kumpulan nasyid Al Mawlid bersama Abdullah Ahmad (Lah VE) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge). Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, keempat-empat artis ini mengambil kesempatan berkongsi cabaran dan pengalaman dalam mengharungi fasa baru dalam hidup mereka.

[Oleh NORIAH IDRIS dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD - Harian Metro]


Biarkan dihina dan dikeji, sedangkan Nabi Muhammad S.a.w pun dihina dan dikeji semata-mata kerana untuk menegakkan kebenaran, membela, membantu dan menegakkan agama Allah. Bagi orang-orang yang menghina dan mengeji itu, apa yang mereka buat untuk membantu agama Allah? Sedangkan kewajipan Muslim adalah untuk menyeru kepada kebaikan dan melarang membuat kemungkaran serta mengajak manusia agar beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan