Ahad, 11 Januari 2015

ANAK LEMBU MATA TIGA LAHIR DI INDIA.

Ini adalah anak lembu bermata tiga yang disembah sebagai dewa di India. Anak lembu itu dilahirkan dengan organ tambahan di tengah-tengah kepalanya, sama seperti dewa Hindu iaitu Shiva. 

Lembu Mata Tiga lahir di India
Pelawat telah berbondong-bondong ke kampung Kolathur di Tamil Nadu, selatan India, untuk melihat anak lembu yang istimewa itu.

Pemilik lembu, Rajesh, berkata haiwan itu adalah 'keajaiban' dihantar untuk membawa tuah kepada kampung mereka.

Lembu Mata Tiga lahir di India
Shiva merupakan salah satu daripada dewa-dewa utama Hindu, dan "Supreme being" Shaivism, salah satu daripada mazhab yang paling berpengaruh dalam agama Hindu. 

Salah satu ciri-ciri utama mengenal pasti Shiva adalah mata ketiga pada dahinya, yang boleh mengeluarkan api. Apabila Siva hilang sabar, dia membuka mata ketiga untuk membakar sesuatu menjadi abu.

[Mail Online]




p/s: Agama Islam tidak mengajar menyembah makhluk (termasuk haiwan). Yang layak disembah hanya Allah S.w.t iaitu Tuhan Yang Maha Esa. Tiada suatu apa pun yang sama dengan-Nya, kerana Dia Maha Besar, Maha Hebat, Maha Berkuasa. 

Anak lembu di atas hanyalah sebagai ujian kepada manusia. adakah seekor haiwan yang tidak tahu apa-apa pun layak disembah dan dipuja?  :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan