Selasa, 13 Januari 2015

KISAH BILAL MENINGGAL DLM SITUASI SUJUD.

Isteri Cerita Kisah Bilal Yang Meninggal Dalam Keadaan Sujud


Isteri Cerita Kisah Bilal Yang Meninggal Dalam Keadaan Sujud | Alhamdulillah... Muslimat TJ telah menziarahi balu Allahyarham siak surau Taman Desa Surada 

Satu pertemuan yang cukup menginsafkan, memanggil diri untuk bermuhasabah tentang kehidupan yang telah dikemudi selama ini. 

Beberapa mutiara keikhlasan, zuhud & kecintaan kepada Allah dan Rasul yang dapat dikutip dari perkongsian kak Mar (balu) untuk tatapan bersama... 

Allahyarham bersara awal pada umur 40an. Sejak itu Beliau bersama-sama bekerja untuk jamaah dan bertugas sebagai siak surau di Taman Desa Surada. Surau itu menjadi rumah kedua malah menurut kak Mar mungkin lebih dari rumahnya sendiri. 

Allahyarham seorang yang berpegang kepada kata-kata ustaz dalam ceramah² & kuliah yang diikutinya. 


Oleh kerana itu beliau:
1. Tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di surau walaupun hujan beliau tetap ke surau dengan menaiki motor dan berpayung. 

2. Sentiasa membaca Al Quran, tidak pernah ketinggalan dalam hari2 kehidupan beliau. Di surau itu lah tempat beliau berjamaah, mengaji dan membersihkan surau. 

3. Menyampaikan apa yang didengar ketika kuliah kepada anak-anak dan sentiasa berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan mengerjakannya diawal waktu, kalau berkesempatan berjemaah di surau. 

4. Berpesan supaya rajin membaca Al Quran kerana kata Allahyarham kepada anak-anaknya Al Quran ini lah yang akan menemani kita dan membantu kita kelak. 

5. Kata beliau lagi jangan terlalu sibuk mencari harta dunia kerana hanya 3 benda sahaja yang kita bawa bila mati - "ayah tidak ada harta nak infaq, ini lah saja.... ke surau berjamaah, membaca Al Quran, bertugas membersih dan menjaga surau.... (amal soleh.... & insya Allah anak2 beliau yang soleh). 

6. Kurang melayan kehendak dunia - tidak suka berjalan jauh-jauh kerana kata Allahyarham nanti solat jamaah beliau (surau) macamana pula... 


Itu lah antara amalan beliau yang istiqamah kerana Allah. Beliau tidak bekerja lagi walaupun bersara awal kerana nak menghabiskan sisa hidup dengan beramal soleh. 

Beliau pernah berkata rentetan peristiwa kematian di Mekah/Madinah (tidak berapa ingat) yang meninggal dalam keadaan sujud.... kata beliau....orang biasa macam kita tidak boleh dapat ke macam tu....maka hajat dan doa beliau dimakbulkn Allah SWT. Rakan beliau yang pernah mendengar beliau berkata begitu menangis mengenangkan kata-kata Allahyarham. 

Kata kak Mar hujan renyai-renyai ketika jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Jenazah beliau pun lembut semasa diluruskan & ditanggalkn pakaian untuk dimandikan dan seperti sedang tidur. 

Melihat kepada Kak Mar yang sederhana dan lembut orangnya... yang sentiasa menolong suami membersih surau (kerja kak Mar basuh toilet), saya dapat merasakan ketenangan dalam keluarga ini. 

Hanya Kak Mar sedikit terkilan kerana hari itu... rutin hidup seperti biasa tanpa Allahyarham menunjukkan tanda-tanda kelainan dan Kak Mar tidak banyak bercakap dengan suami beliau sebelum keluar mengambil anaknya.... dan tiada di sisi ketika Allahyarham pergi. Tapi beliau redha atas ketentuan Allah dan urusan jenazah pun dipermudahkan Allah SWT... Al Fatihah... 

Semoga kita yang hidup beroleh iktibar dalam melayari bahtera kehidupan yang singkat ini. Bila-bila masa kita akan dipanggil pergi mengadap Maha Pencipta...- fb PHR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan