Isnin, 19 Januari 2015

PUSARA PERANG DUNIA KEDUA.

Pusara Perang Dunia Kedua

Susunan Farhin Bohari 

am@hmetro.com.my

Lebih seribu kilometer dari negara terdekat, di dasar Lautan Pasifik, terdampar ratusan rangka kapal dan pesawat yang tenggelam ketika kemuncak Perang Dunia Kedua.
Lebih 40 kapal Jepun dan 250 pesawat ‘berkubur’ di dasar Truk Lagoon yang terletak kira-kira 1,800 kilometer dari Micronesia, menjadikannya yang terbesar seumpamanya
Kapal dan pesawat berkenaan karam dalam Operasi Hailstone yang dilancarkan tentera bersekutu selama dua hari 16 dan 17 Februari 1944 memberi tamparan hebat kepada kehadiran Jepun di Lautan Pasifik.
Sepanjang peperangan yang berakhir 70 tahun lalu, Jepun menggunakan kepulauan sekitar Truk Lagoon yang kini dikenali sebagai Chuuk sebagai pangkalan untuk menentang pasukan bersekutu di New Guinea dan Kepulauan Solomon.
Tujuh puluh satu tahun kemudian, kubur dalam laut itu kian popular dalam kalangan penyelam. Rangka pesawat itu menjadi tukun untuk membolehkan hidupan air seperti ikan membiak.
Nick Blake, 49, dari Woking, menyelam di kawasan berkenaan, Mei tahun lalu.
“Biasanya kami menyelam kira-kira sejam. Jika di kawasan lebih cetek, ia mungkin lebih lama. Selalunya kami melakukan tiga selaman sehari dan ketika berada di situ Mei lalu, saya menyelam 30 kali.
“Apa yang mengejutkan saya ialah kepelbagaian hidupan pada setiap rangka. Selain rangka pesawat dan kapal itu dan hidupan yang hidup di dalamnya, ada juga batu karang yang memberikan peluang untuk merakam gambar hebat.
“Tidak syak lagi, ia destinasi yang menakjubkan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:05 AM

 
LEBIH 40 bangkai kapal dan pesawat perang Jepun terdampar di dasar Truk Lagoo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan