Isnin, 19 Januari 2015

PIHAK SEKOLAH HALAU PELAJAR PAKAI BAJU KURUNG MINTA MAAF.

Pihak Sekolah Halau Pelajar Pakai Baju Kurung Minta Maaf




Kuala Lumpur: Semalam dua orang pegawai pendidikan daerah dilaporkan telah membuat lawatan mengejut ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara di Cheras dipercayai untuk menyiasat kes pelajar bukan Islam dihalang memasuki kelas kerana memakai baju kurung.

BACA: Pelajar Perempuan Bukan Melayu Berbaju Kurung Tidak Dibenarkan Masuk kelas

Perkara ini adalah ekoran pendedah media mengenai luahan hati seorang baca pelajar terbabit, Lawrence Jayaraj yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara di Cheras.

Beliau ketika dihubungi mengesahkan, pengetua dan ketua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut telah membuat permohonan maaf kepadanya berhubung insiden terbabit.

“Anak perempuan saya, Britney, akan memakai baju kurung esok dan akan pergi ke sekolah,” katanya.

Sebelum ini pihak sekolah tidak membenarnya anak beliau memakai baju kurung dengan menyatakan bahawa hanya pelajar Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung manakala bagi bukan Melayu tidak dibenarkan.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara, Mohd Amir Abdul Ghani, telah tampil menjawab perkara ini dengan berkata pihak sekolah tidak pernah menghaang perkara ini cume cara pemakaian baju kurung tersebut mestilah dipakai dengan cara yang betul.

Masalah komunikasi dan salah faham  menjadi punca utama tercetusnya isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan Melayu.

“Kalau hendak pakai baju kurung, pelajar mestilah memakai dengan betul iaitu memakai kesemua butang baju tersebut. Apabila kata begini, mereka anggap kita (sekolah) tidak benarkan pakai baju kurung.

“Sekolah tidak pernah menghalang sesiapa pakai baju kurung kerana ia adalah baju kebangsaan. Malah guru-guru bukan Melayu pun boleh pakai baju kurung,” katanya.

Pihak sekolah cuma pesan kepada pelajar yang ingin memapai baju kurung metilah memakai baju tersebut dengan betul dengan memakai semua butung bagi menjaga aurat pelajar sekali gus menjaga keselamatan pelajar itu sendiri.

Satu perbincangan untuk menyelesaikan hal ini antara beliau, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan penjaga kepada murid berkenaa telah diadakan pada hari semalam.

Beliau menegaskan pelajar perempuan yang terlibat akan kembali ke sekolah dan bebas memakai baju kurung.-Siakapkeli.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan