Jumaat, 4 April 2014

TEMA MAULIDUR RASUL " WASATIAH TONGGAK KESATUAN UMMAH '' 2014 MESIHI / 1435 HIJRAH.

"Wasatiah Tonggak Kesatuan Ummah" Tema Maulidur Rasul 1435H

SHAH ALAM - Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah peringkat negeri Selangor disambut meriah dengan kehadiran rakyat Selangor yang memenuhi Stadium Malawati Shah Alam seawal jam 8 pagi.

Sambutan pada tahun ini mengangkat tema "Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah"
Majlis ini disempurnakan oleh  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Turut hadir sama adalah Dato' Menteri Besar Selangor, Pengerusi MAIS, Dato' Mufti Selangor dan Setiausaha MAIS.

Sambutan ini dimeriahkan dengan perarakan daripada Stadium Mini ke Stadium Malawati sambil berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Antara jabatan dan badan yang mengambil bahagian adalah daripada jabatan kerajaan, badan berkanun, institut pengajian tinggi (swasta,IPTA), masjid, NGO dan sekolah menengah.
Sebanyak 128 kontinjen yang terlibat termasuk kontinjen MAIS seramai 45 orang.  Disamping itu juga, kontinjen terbaik diberi penghargaan mengikut dua kategori iaitu kategori perarakan dan kategori sepanduk.

Sementara itu, DYMM Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul bagi kategori (Anugerah Umar Abdul Aziz) diberikan kepada Datuk Dr. Haji Yahya bin Haji Baba, Dr. Salasiah Binti Hanin Hamjah (Anugerah Saidatina Khatijah), dan Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam (Anugerah Saidina Ali).
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan