Selasa, 22 April 2014

FERI KARAM DI PERAIRAN KOREA SELATAN 104 MAYAT DITEMUI.

Feri karam: 104 mayat telah ditemui

email
comments
Feri karam: 104 mayat telah ditemui
KUALA LUMPUR: Ekoran tragedi feri karam di perairan Korea Selatan Rabu lepas, 100 orang disahkan maut dalam kejadian yang melibatkan kebanyakkannya pelajar sekolah menengah.

Pasukan penyelam telah menemui lebih banyak mayat yang dipercayai terperangkap dalam feri tersebut selepas ia mulai condong dan tenggelam sepenuhnya pada hari yang sama.

Keadaan cuaca yang bertambah baik memudahkan operasi pencarian mangsa, namun jarak penglihatan di dalam air adalah terhad menyebabkan pasukan penyelam terpaksa meraba-raba mencari mayat dalam keadaan serba gelap.

Kapal seberat 6,825 tan yang membawa seramai 476 orang itu menyaksikan kira-kira 200 mangsa belum berjaya ditemui walaupun operasi mencari hampir memasuki seminggu.

Pihak pengawal pantai mengesahkan sebanyak 104 mayat telah ditemui setakat ini dan 198 masih hilang.

Ahli keluarga mangsa yang terkesan disebabkan tragedi ini terus menunggu di Pelabuhan Jindo yang terletak tidak jauh daripada lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat terkini.

Feri yang membawa 459 penumpang dan kru itu dalam perjalanan menuju je Pulau Jeju bagi tujuan lawatan sekolah dimana hampir kesemua penumpang merupakan pelajar sekolah menengah bersama 14 guru mereka.

Ia dilaporkan karam pada awal pagi Rabu selepas kapal seberat 6,825 tan ini mula condong dan terbalik sepenuhnya dalam masa dua jam selepas menghantar isyarat kecemasan pada jam 09:00 (0000 GMT).

Anak-anak kapal feri berkenaan telah menerima kritikan kerana lambat memindahkan penumpang, kesilapan besar yang berlaku kerana feri terus tenggelam dengan ratusan penumpang masihterperangkapdi dalamnya.

Seorang pakar berkata lebih ramai lagi boleh diselamatkan jika kesemua penumpang dipindahkan sebelum kapal itu mencondong dan dimasuki air.

Polis Korea Selatanturut menangkap kapten serta dua anak kapal feri itu dimana kaptennya, Lee Joon Seok, 68 tahun, bakal berdepan lima tuduhan termasuk cuai ketika bertugas dan melanggar undang-undang Maritim.

Berita mula diterbitkan pada: April 22, 2014 14:16 (MYT)
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my


Tiada ulasan:

Catat Ulasan