Isnin, 10 Mac 2014

Siapa Bakal Juara International Muaythai Challenge Super 4 Edition Series 2014 Nanti ?.

  • Muaythai: Tali pinggang Sinar Harian jadi rebutanShalihem Mohamad atau gelaran Rohim Apollo salah seorang peninju Super 4 kategori 65 kg.
 1 / 1 
SIAPAKAH peninju yang akan berjaya merangkul tali pinggang Sinar Harian kategori 65 kilogram, Kejohanan Kuala Lumpur International Muaythai Challenge Super 4 Edition Series 2014 yang diadakan di Stadium Taman Titiwangsa pada 28 dan 29 Mac ini?

Setiausaha  Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur, Firdaus Yaacop atau Acong berkata, segalanya bakal diketahui dengan Rohim Apollo Kuda Merah, Marco (England) Mat Jan Kayu Kela(Terengganu) dan Julie (Perancis) akan bersaing untuk bergelar juara pada malam kedua kejohanan  itu nanti.

Pemenang akan terus mara ke final bagi kategori merebut tali pinggang yang ditaja oleh Sinar Harian.

“Pada malam pertama pertandingan berlangsung, Ain Kamaruddin (Kelantan), Athur (Perancis), Ewan Anak Tiong (Gua Musang Kelantan) dan Direk (Kelantan) akan beradu kekuatan bagi merangkul satu lagi tali pinggang Super 4 Edition 60kg tajaan oleh FitPro Muaythai Gym," katanya.

Selain itu, Acong memberitahu, dua  tali pinggang pusingan kategori Super Fight Champion pula akan dicabar daripada juara edisi lalu.

“Tali pinggang Farekna Properties yang dipegang Amir Naseri Kambiz Iran dicabar oleh peninju Thailand, manakala tali pinggang Oriental Martial Art milik  Aiman Red Army dicabar oleh peserta Thailand, Ded Kun Krai.

“Acara tumpuan akan terarah kepada  Ewan Big Boyz (Kuda Merah) lawan Zak dari Australia dan Pokku (Kuda Merah) berdepan Sangsayeen (Thailand).

“Ini adalah perlawanan kemuncak yang dijangka hebat dengan setiap mereka miliki kelebihan masing-masing,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan