Sabtu, 15 Mac 2014

HASIL BERKAT SOLAT HAJAT DAPAT PETUNJUK DPD ALLAH TENTANG KEHILANGAN MH 370.

Solat hajat perdana

SOLAT Hajat Perdana warga Universiti Malaya turut diisi dengan selawat, qasidah dan ceramah, baru-baru ini.
TRAGEDI yang menimpa negara apabila pesawat MH370 hilang dalam radar dan dibimbangi terhempas telah mengundang kesedihan dan kebimbangan seluruh dunia.
Turut berkongsi perasaan tersebut adalah warga kampus Universiti Malaya (UM) yang terdiri daripada pelajar, kakitangan akademik serta staf pentadbiran dan sokongan.
Justeru, bagi menzahirkan sokongan moral serta mengukuhkan harapan agar penumpang pesawat berada dalam keadaan selamat, warga kampus telah mengadakan beberapa siri solat hajat bermula pada Sabtu lepas.
Siri solat hajat mencapai kemuncak dengan penganjuran Majlis Solat Hajat: MH370 oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UMalaya Radio dan Sekretariat Sukarelawan (1M4U) yang berlangsung di Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya baru-baru ini.
Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Amin Jalaludin bersama kira-kira 300 warga kampus hadir untuk menunaikan solat Maghrib dan seterusnya solat hajat.
Selain berdoa agar usaha mencari dan menyelamat berjalan dengan lancar, jemaah turut mendoakan kesejahteraan dan perpaduan negara berkekalan.
Menambah keberkatan majlis anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya itu ialah kehadiran tokoh-tokoh terkenal seperti Habib Zaid Yahya, Habib Muhammad Al Junid dan Iqbal Zain Al Jauhari.
Majlis berkenaan diisi dengan selawa, qasidah, ulasan dan ceramah keagamaan yang disampaikan oleh Habib Zaid Yahya.
Dalam ceramahnya, beliau menjelaskan kepentingan program-program seperti ini untuk kebaikan di dunia dan selepasnya.
Sementara itu, Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah telah mengadakan solat hajat pada 8 dan 9 Mac lalu, manakala Kolej Kediaman Ke-4 akan mengadakan solat hajat sepanjang misi pencarian pesawat berlangsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan