• Saranan kembali dekati al-QuranPengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub (kanan) dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Mohd Nasir Hamzah menyampaikan senaskhah al-Quran terbitan syarikat itu sebagai cenderahati kepada Mufti Ismail Menk
 1 / 1 
SHAH ALAM - Mufti Zimbabwe menyarankan agar umat Islam menggunakan teknologi masa kini sebagai salah satu alternatif mendekatkan diri kepada ALLAH.

Menurut Ismail Menk, al-Quran pada zaman serba canggih cukup senang didapati dengan hanya menekan sebuah telefon pintar yang mempunyai aplikasi tersebut.

“Ramai dalam kalangan kita hari ini memberi alasan tidak mempunyai masa membuka Quran kerana sibuk dengan kerja dan tidak kurang juga merasakan diri mereka cukup jauh dengan Quran.
“Tidak kira di mana jua kita berada, al-Quran merupakan pedoman hidup manusia yang bergelar muslim dan jangan sesekali kita meninggalkannya,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Islam Back To Basics di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
Katanya, ramai yang mengaku diri muslim tetapi telah meninggalkan ajaran yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.
“Islam cukup indah dan senang tetapi mengapa perlu kita menyusahkan diri memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya sehingga membelakangi ALLAH SWT.
“Saya sedikit terkilan dengan generasi muda yang hanya mahukan kegembiraan dan kepuasan sementara.
"Sebagai contoh, pada malam minggu tidak salah sekiranya mengabdikan diri kepada ALLAH dengan melakukan ibadah namun ramai yang memilih untuk berhibur,” katanya.
Beliau yang hadir ke Malaysia dengan lima siri syarahan bermula 21 Mac hingga 23 Mac, bakal menemui penduduk di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur