Khamis, 27 Mac 2014

FILEM '' DEEP WATER '' HONG KONG DITANGGUH PERGAMBARAN SEKETIKA KRN HORMATI PENCARIAN MH 370.

Filem pesawat terhempas ditangguh 

hormati MH370

Hong Kong: Sebuah filem mengenai kemalangan pesawat yang terhempas di lautan ketika dalam penerbangan ke Beijing ditangguhkan penggambarannya kerana mempunyai persamaan dengan kejadian yang menimpa pesawat MH370.
Arclight Films, produksi yang menerbitkan filem “Deep Water” itu dalam kenyataannya memberitahu, proses praproduksi terpaksa dihentikan buat masa ini.
“Kami menangguhkannya sebagai menghormati apa yang berlaku sekarang.
Ia kejadian yang tragik,” kata Pengarah Urusannya Gary Hamilton.
Dia bagaimanapun menyangkal persamaan yang terdapat dalam filemnya dengan mengatakan filem itu sebenarnya berbeza tetapi hanya mempunyai persamaan dari sudut kemalangan yang menimpa pesawat.
Deep Water mengisahkan sebuah pesawat yang dalam perjalanan dari Sydney menuju Beijing terhempas.
Ia menyebabkan seorang marsyal udara dan sejumlah penumpang serta krew pesawat yang terselamat menghadapi kesukaran untuk menyelamatkan diri di tengah laut.
Mereka terpaksa berdepan bahaya serangan jerung harimau dan ancaman lain.

- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Tiada ulasan:

Catat Ulasan