Ahad, 23 Mac 2014

PIL KUDA DAN WANG RM 296.000 DIRAMPAS DLM OPS CANTAS KHAS PGA.



Pil kuda RM296,000 dirampas

 Oleh Adnan MohamadCetak
Pil kuda RM296,000 dirampasHaliluddin (dua dari kiri) menunjukkan 14,800 biji pil kuda dan sejumlah wang tunai RM90,000 yang dirampas di sebuah rumah di Taman Sri Rantau dekat Rantau Panjang, semalam. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
Dua suspek anggota sindiket dadah ditahan dalam serbuan Ops Cantas Khas PGA

Pasir Mas: Satu longgokan wang kertas berjumlah RM90,000 serta 14,800 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM296,000 dirampas dalam Ops Cantas Khas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan di sebuah rumah dekat Taman Sri Rantau, dekat sini. 
Hasil serbuan itu juga polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan dan warga Thailand yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah. 
Rampasan itu adalah yang terbesar dalam Ops Cantas Khas PGA di sempadan Kelantan-Thailand” Haliluddin Rahim, Ketua Polis Daerah Pasir Mas
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim, berkata rampasan itu adalah yang terbesar di daerah itu dalam Ops Cantas Khas PGA di sempadan Kelantan-Thailand.

Wang hasil jualan dadah

Beliau berkata wang tunai yang dirampas itu dipercayai hasil urusan jual beli dadah dan tidak menolak kemungkinan lelaki negara jiran yang ditahan itu adalah anggota sindiket yang menjadi pembawa dadah ke negara ini.

Katanya, siasatan yang dijalankan mendapati kedua-dua lelaki berusia 38 dan 42 tahun yang ditahan itu tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini kerana dipercayai berjaya mengelak ditahan. 
“Siasatan mendapati suspek penduduk tempatan itu positif dadah dan dadah yang ditemui adalah untuk pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Haliluddin berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota Batalion 7 (PGA7) yang diketuai oleh Inspektor Mohd Kamil Othman hasil pemantauan dan maklumat yang diterima.

Suspek cuba larikan diri

Beliau berkata, ketika serbuan jam 4 petang, Rabu lalu, berlaku sedikit pergelutan apabila suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.

Katanya pemeriksaan di dalam rumah terbabit menjumpai sejumlah 14,800 pil bertulisan WY berwarna kemerah-merahan dipercayai pil kuda.

“Dua motosikal yang mempunyai nombor pendaftaran negara jiran bernilai RM10,000 juga turut disita untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan