Sabtu, 2 Ogos 2014

SAMBUTAN SELAMATKAN ANAK-ANAK GAZA PALESTIN DI DATARAN MERDEKA.


Satu perhimpunan yang dinamakan 'Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza' telah berlangsung di Dataran Merdeka pada hari ini.

Perhimpunan yang bertujuan untuk menyatakan sokongan terhadap penduduk Gaza itu telah dianjurkan oleh Viva Palestin dan juga Aqsa Syarif. Selain dari memberi sokongan, perhimpunan itu juga dijalankan bagi mengecam tindakan Zionis menyerang warga Palestin yang tidak bersalah.

Gambar-gambar perhimpunan telah dimuat naik oleh Aqsa Syarif di laman facebooknya. Diamati gambar-gambar tersebut, dapat dilihat kelibat-kelibat selebriti tempatan yang menyertai perhimpunan tersebut antaranya Faizal Tahir, Heliza Helimi, Afdlin Shauki dan Amin Idris.




Selain dari umat Islam, dapat juga dilihat rakyat Malaysia yang beragama Kristian muncul bagi menyertakan kecaman mereka terhadap kekejaman Zionis. CCU Majlis Pemuda Gereja-gereja Kristian, Dessony Tuzan dapat dilihat menyertai perhimpunan terbabit.


Banyak gambar yang dikepilkan oleh Aqsa Syarif di laman Facebooknya, tapi berikut disertakan beberapa gambar di perhimpunan tadi - SiakapKeli.com





Tiada ulasan:

Catat Ulasan