Sabtu, 9 Ogos 2014

EBOLA: PRESIDEN LIBERIA ISYTIHAR DARURAT.


Monrovia – Presiden Liberia, Ellen Johnson Sirleaf malam tadi mengisytiharkan darurat selepas wabak maut Ebola semakin merebak.

Beliau mengumumkan perintah darurat itu selama 90 hari dan dekri tersebut akan dibentangkan ke Parlimen hari ini.

Kira-kira 300 penduduk telah disahkan dijangkiti virus Ebola sejak ia mula dikesan pada awal tahun ini dan hampir separuh disahkan maut.

“Ancaman itu terus meningkat,” tegas Sirleaf.

Angka rasmi Pertubuhan Kesihatan Sedunia mencatatkan sejumlah 932 kes kematian dicatatkan sejak awal tahun ini dengan 1,711 kes.

Wabak itu dilaporkan di Guinea, Liberia dan Sierra Leone. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan