Sabtu, 13 Disember 2014

KUCING BERWAJAH DUA AKHIRNYA MATI.

VIDEO Akhirnya Kucing berwajah Dua Mati di Usia 15 Tahun

Pastinya hari yang menyedihkan kepada pencinta haiwan apabila Frankenlouie, kucing berwajah dua tertua di dunia, dilaporkan mati pada usia 15 tahun.

Kematian kucing itu yang juga dikenali sebagai Frank dan Louie berlaku Khamis lalu di Sekolah Veterinar Cummings, Massachusetts.

Pemiliknya, Marty Stevens memberitahu Telegram of Worcester, kematian Frankenlouie disebabkan kanser.

Selain dua wajah, kucing berkenaan juga memiliki dia hidung, dua mulut dan 3 mata berwarna biru.

Frankenlouie memegang Guinness World Record pada 2012 sebagai Kucing Janus paling tua di dunia ketika itu.

Janus adalah Dewa Roman yang memiliki dua wajah.

Tempoh hidup selama 15 tahun yang ditempuh Frankenlouie adalah sesuatu yang ajaib untuk kucing dalam kategori berkenaan.

Lihat Video di bawah ini



Sumber tabekpuang.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan