Khamis, 25 Disember 2014

KERAJAAN AKAN TAMBAH ASET SELAMAT MANGSA BANJIR- TPM.

Kerajaan akan tambah aset bagi selamatkan mangsa banjir - TPM

email
comments
Kerajaan akan tambah aset bagi selamatkan mangsa banjir - TPM
Penambahan aset itu dibuat bagi menyokong aset sedia ada yang berdepan cabaran berikutan cuaca buruk. - Gambar Fail
SUBANG JAYA: Kerajaan akan menambah dan menggerakkan lebih banyak aset ke negeri-negeri yang terjejas akibat banjir bagi menyelamatkan mangsa bencana alam itu.

Aset seperti bot penyelamat, helikopter, trak tentera juga akan digunakan bagi memastikan bekalan dapat diberi kepada mangsa.

Menurut timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, aset itu membabitkan tiga cabang angkatan tentera iaitu darat, laut dan udara.

Katanya, keadaan kini adalah serius dan tindakan susulan untuk menyelamatkan nyawa mangsa terperangkap perlu diutamakan.

Beliau juga akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara, MKN sekiranya aset kerajaan sedia ada tidak mencukupi.

"Saya telah minta urusetia apa lagi yang diperlukan kalau semua sudah dikerah tetapi tidak memadai, contohnya saya akan arahkan helikopter swasta yang ada, mesti beri keutamaan untuk menyelamat mangsa banjir ini,"

"Saya hendak beri jaminan kerajaan akan guna segala apa yang perlu untuk kurangkan beban rakyat walaupun ia akan melibatkan perbelanjaan yang banyak, tetapi nyawa rakyat harus diutamakan," katanya selepas menghadiri sambutan Krismas di gereja Full Gospel Tabernacle di sini.

Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara turut menegaskan tiada keperluan mengisytiharkan darurat ketika ini.

Pada masa sama beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai keadaan banjir sehingga menimbulkan keadaan panik di kalangan rakyat.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan