Subhanallah! Apabila Saat Pintu Kaabah Dibuka

Saat melihat pintu kaabahdibuka di hadapan mata merupakan satu peluang keemasan yang tidak patut dilepaskan. Baru-baru ini pintu kaabah telah dibuka dan dikatakan ia bertujuan untuk melakukan proses pembersihan di bahagian dalamnyaKami berkongsi beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua. Oh ya, saksikan juga di atas ini, klip video solat di Masjidil Haram yang diimamkan Sheikh khalid Ghamidi pada 29 Nov 2012 di atas ini.
Semalam pintu Kaabah di Masjidil Haram dibuka untuk kerja-kerja pembersihan di dalamnya dan memberi peluang kepada para pembesar, diplomat dan tetamu kerajaan Arab Saudi memasukinya kira-kira pukul 11 pagi.
Kebiasaannya anggota kanan keluarga diraja Arab Saudi dan agensi keagamaan bersama-sama mencapai penyapu dan kain disirami air mawar untuk membersihkan bahagian dalam Kaabah, yang menjadi kiblat umat Islam.
Kerja membersihkan Kaabah selalunya diketuai gabenor Makkah, yang melakukannya bagi pihak Raja Arab Saudi.
Upacara selalunya bermula sejurus selepas solat Subuh, apabila anggota keluarga al-Shaybi yang menjadi penjaga pintu Kaabah sejak berabad lalu mengeluarkan kunci struktur itu dari beg hijau.
Berkaki ayam dan berpakaian jubah putih tradisi, golongan lelaki menamatkan majlis dengan mengelap tembok marmar dan lantai bilik kecil itu dengan minyak wangi, menghidupkan semula tradisi dimulakan Nabi Muhammad SAW lebih 1,400 tahun lalu.
Upacara itu, yang dijalankan dua kali setahun, memberi peluang untuk menjenguk ke dalam struktur yang digelar umat Islam sebagai pusat bumi itu.
Umat Islam menganggap Kaabah, yang terletak di tengah Masjid Haram diMakkah sebagai kawasan paling suci dalam Islam kerana Allah mencipta alam semesta dari tempat ia berada.
Kesucian tempat berkenaan memberikan kepentingan khas kepada upacara membersihkannya.
Ia dilakukan sebelum Ramadan dan selepas sambutan Aidiladha.
Waktu lain Kaabah dibuka ialah apabila pembesar Islam seperti ketua negara meluahkan hasrat memasukinya.
Suara sebaknya ketika membaca surah Al-Quran cukup membuatkan kita merasa sebak mengenangkan kebesaran Allah SWT.

Incoming search terms:

  • mimpi melihat kaabah
  • mimpi masuk kaabah
  • mimpi kaabah
  • kaabah makkah
  • tafsir mimpi masuk kedalam kaabah dimekkah
  • tafsir mimpi kaabah
  • rahsia dalam kaabah
  • pintu dan kunci kaabah
  • mimpi pintu
  • mimpi memasuki kaabah