Khamis, 25 Disember 2014

BANJIR DI PANTAI TIMUR SEMAKIN BURUK.

(13 Gambar) Banjir di Kelantan Semakin Buruk.


KOTA BHARU – Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila beberapa daerah terutama di Gua Musang dan Kuala Krai, hampir lumpuh sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya 10 rumah hanyut di Gua Musang, manakala berpuluh lagi kediaman rosak dalam kejadian banjir paling buruk melanda seluruh Hulu Kelantan yang berlarutan sejak pagi kelmarin.

Kampung terjejas teruk ialah Kampung Baru Hulu, Kampung Tiong, Kampung Kolam Mas, Serian dan Limau Kasturi, malah ramai mangsa banjir terperangkap berikutan kenaikan paras air yang mendadak di beberapa sungai utama.

Dalam kejadian banjir besar yang melumpuhkan Bandar Lama Gua Musang itu turut menyaksikan detik cemas bot bantuan mangsa banjir dinaiki lapan orang terdiri daripada pasukan penyelamat dan orang awam terbalik, namun mereka sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, kira-kira 100 mangsa banjir dilaporkan terperangkap dan terputus bekalan makanan di asrama Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Gua Musang berikutan paras air naik mendadak menenggelamkan pusat pemindahan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan penduduk di Kota Bharu dan beberapa daerah lain dalam keadaan berjaga-jaga apabila air Sungai Kelantan dari hulu dijangka melimpah.

Ia ditambah dengan hampir semua lokasi catatan paras air di Dabong, Tualang, Tangga Krai, Tambatan Diraja, Rantau Panjang dan Pasir Puteh melepasi paras bahaya.

Mengikut e-portal banjir Kelantan, sehingga jam 6 petang semalam, seramai 6,673 keluarga melibatkan 21,600 mangsa banjir ditempatkan di 96 pusat pemindahan seluruh negeri ini.

Daerah Pasir Mas masih lagi mengekalkan angka tertinggi mangsa pemindahan dengan 8,753 orang melibatkan 31 pusat pemindahan, diikuti jajahan Gua musang seramai 4,459 mangsa.

Ia diikuti daerah Kuala Krai dengan 3,663 mangsa, diikuti Tumpat, (3,820), Tanah Merah (307), Kota Bharu (86), Machang (68).

Jalan Kuala Krai-Kota Bharu-Kuala Krai di Sungai Durian antara 20 jalan yang masih ditutup kepada kenderaan. Begitu juga Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang, Jalan Banggul Kulim tidak boleh dilalui semua kenderaan. -Sinar Harian



DUA lelaki terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung rumah kerana air naik mendadak di Bandar Lama Gua Musang. -Hmetro



Kampung Pasir Tumboh Jerek Gua Musang.



felda chiku 7 gua musang



Orang ramai tidak dapat meneruskan perjalanan akibat limpahan air Sungai Durian di Jalan Kota Bharu-Gua Musang yang memutuskan hubungan pengangkutan darat di Kuala Krai hari ini. – Foto Bernama



Keadaan banjir di Kolej Vokasional Kuala Krai.



Kuala Krai, Kelantan




Banjir di Kelantan.

Banjir: Kelantan bakal lumpuh

KOTA BHARU 23 Dis. – negeri ini bakal lumpuh sepenuhnya. Itu gambaran yang kepada situasi banjir yang melanda negeri ini.

Keadaan tersebut ekoran daripada bahagian Kelantan Selatan iaitu daerah Gua Musang dan Kuala Krai yang ditenggelami air dan terputus hubungan darat.

Malah operasi untuk menghantar bantuan melalui udara ke Gua Musang pada hari ini tidak dapat dilakukan kerana cuaca buruk.

Bandar Lama di Gua Musang seperti sebuah pulau dan 13 orang nyaris maut apabila bot penyelamat terbalik ketika membawa mereka keluar dari kawasan sekitar Resort Kesedar Inn.

Pada masa sama, bahagian utara negeri ini terutama daerah Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh pula diancam fenomena air pasang besar.

Hujan lebat yang turun di bahagian selatan sejak beberapa hari lalu menyebabkan sebahagian besar daerah Kuala Krai dan Gua Musang, termasuk kawasan yang tidak pernah terjejas sebelum ini mula dinaiki air.

Laluan Lebuh Raya Timur-Barat dari Jeli ke Gerik, Perak ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh di Kilometer 66 malam ini.

Berikutan itu, beberapa sungai utama di negeri ini iaitu Sungai Galas, Dabong; Sungai Lebir, Tualang; Sungai Golok, Rantau Panjang dan Sungai Kelantan terus meningkat melebihi paras bahaya.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan lebat dijangka berterusan sehingga 28 Disember ini.

Sementara itu, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh yang berada di bahagian utara pula berdepan ancaman air pasang sehingga mencetuskan banjir kilat dan ombak luar biasa terutama di kawasan pesisir pantai.

Keadaan tersebut dikatakan dicetuskan oleh fenomena ‘New Moon’ iaitu kedudukan bulan yang agak berhampiran dengan bumi, sekali gus menyebabkan air pasang besar di kawasan Pantai Timur. -Utusan

Sumber asal : http://terengganutimes.com/

RELATED POSTS :



Nak Copy Boleh, bagi la kredit sikit yer.!! : http://sehinggit.blogspot.com/2014/12/13-gambar-banjir-di-kelantan-semakin.html#ixzz3MuueZeWz 
Follow us: SehinggitMedia on Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan