Siasatan Kes Ular Sawa Gergasi Malaysia
>> 11 NOVEMBER 2011
aku yakin ramai yang dah pernah tengok gambar di bawah ni. kelihatan seekor ular sawa gergasi yang digantung pada sebuah jengkaut ataupun aku panggil kapal korek. tak silap aku, kali pertama aku tengok gambar ni melalui handphone membe aku beberapa tahun lepas...
...sambil dok tayang gambar kat aku, sambil tu jugalah dia bercerita pasal ular ni. lepas dapat satu email baru-baru ni, aku teringat cerita ular ni tapi apa yang aku pernah dengar sebelum ni berbeza dengan apa yang aku baru jumpa dalam internet.
tahukah korang sebenarnya banyak lagi cerita pasal gambar ular gergasi ni? ini antara apa yang aku dah jumpa.
*****
Lahad Datu:
Kisah penemuan ular sawa gergasi dari spesis ular sawa batik oleh kontraktor yang menjalankan pembersihan pembukaan kawasan tanah di Jalan Dam. Ular itu dipercayai mati apabila kepalanya terkena jengkaut yang digunakan di situ. Namun begitu kesahihan perkara ini tidak dapat disahkan kerana perkara itu dikatakan berlaku pada bulan Febuari dan berita tentang kejadian ini hanya diperolehi daripada maklumat orang ramai yang pernah menyaksikan gambar tersebut.
Kontraktar yang dikatakan menjumpai ular ini telah berhenti dari menjalankan kerja-kerja pembersihan di sini dan digantikan oleh kontraktor yang baru dan tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara itu.
Apa yang merisaukan orang ramai ialah mereka mempercayai yang masih ada pasangan ular tersebut yang mendiami kawasan tersebut walaupun perkara ini tidak dapat disahkan.
Ada khabar angin di facebook yang mengatakan ular tersebut telah berjaya dijual pada harga rm25000.
*****
info yang boleh kita dapat daripada entri di atas ni, kejadian berlaku di Lahad Datu. aku rasa macam tu la maksud penulis asal. Jalan Dam tu pun aku tak tau area mana...
*****
Pada bulan Ogos 2008, seekor ular sawa raksasa telah dibunuh kerana cuba menyerang seorang pemandu jentolak. Kejadian ini dikatakan berlaku di Lepar Banjir, Paloh Hinai, Pahang. Terdapat perbincangan sensasi di forum lowyat mengenai kesahihan gambar ular raksasa tersebut. Pendapat kami, sudut pandangan yang diambil menyebabkan ular itu kelihatan lebih besar dari yang sepatutnya. Gambar ular tersebut juga telah disiarkan dalam The Star.
*****
untuk entri di atas ni, kejadian berlaku di Paloh Hinai, Pahang. dekat sangat dengan kampung aku. tak sampai sejam kalau nak pergi Lepar Banjir ni. cuma tak pernah lak dengar cerita pasal ular ni. dalam entri ni juga disertakan beberapa gambar lain. bolehlah masuk tengok...
Read more: http://kongsakongsi.blogspot.com/2011/11/siasatan-kes-ular-sawa-gergasi-malaysia.html#ixzz324hNFsS3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan