Sukan berbasikal lasak bantu tingkat kecergasan
RAJA Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penglibatan masyarakat dalam sukan berbasikal lasak dan riadah boleh membantu meningkatkan kesihatan fizikal.
Baginda bertitah aktiviti sukan itu juga dapat mengawal emosi, berat badan dan memastikan setiap sel badan berada dalam keadaan optimum.
"Ia juga merupakan satu senaman kardio pernafasan yang menguatkan badan, membolehkan pengamalnya aktif, ceria serta bersosial, membantu mengelakkan penyakit seperti kencing manis, obesiti, arthritis dan kemurungan," titah baginda pada perasmian litar basikal lasak Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis di Arau dekat sini, hari ini.
Litar sepanjang 333 meter itu dibangunkan oleh 27 pelajar Kursus Sains Sukan dan Rekreasi dengan menggunakan tanah yang dikerok daripada kolam berhampiran Kompleks Sukan UiTM, untuk dijadikan halangan.
Ia mempunyai lapan bahagian halangan bagi menguji ketahanan dan ketangkasan seseorang penunggang basikal lasak.
Tuanku Syed Faizuddin juga yakin Perlis berpotensi menjadi lokasi utama kegiatan berbasikal lasak dan santai yang boleh disenaraikan sebagai satu daripada produk pelancongan terkemuka.
Baginda berharap dengan kewujudan litar berkenaan ia mampu menawarkan pakej terbaik kepada penggemar sukan berkenaan, bukan sahaja di Perlis malah di peringkat antarabangsa.
Menurut baginda, sukan lasak berbasikal kini mula digemari masyarakat serta mempunyai ramai pengikut tegar yang ingin menguji ketangkasan dan ketahanan mental mereka.
Turut hadir, Rektor UiTM Perlis Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd. Rahman. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN
- Sukan berbasikal lasak bantu tingkat kecergasan
- Jelajah Vietnam: Rizuan juara peringkat kelima
- TSG cari jurulatih baru ganti Julian Winn
- Basikal: Malaysia tuan rumah kejohanan dunia
- Dua kejohanan penanda aras ke ACC 2014
- Ibrahim Omar dilantik Penasihat Teknikal ACC 2014
- 200 sertai Kejohanan Berbasikal Kritarium Kelantan
- Sukan berbasikal: UCI sedia bantu Malaysia
- Mohd Fauzan juarai kategori lelaki elit
- 1,000 pelumba sertai acara berbasikal Cyberjaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan