Jumaat, 16 Mei 2014

KESAN TAPAK KAKI BERSAIZ BESAR JADI TANDA TANYA.

Kesan Tapak Kaki Bersaiz Besar Jadi Tanda Tanya


JOHOR BAHRU – Sesuatu yang aneh apabila tiga pasang tapak kaki berlumpur, yang pertama kelihatan seperti tapak kaki harimau, kedua kelihatan seperti tapak kaki gajah dan yang ketiga menyerupai tapak kaki manusia tetapi dengan saiz besar ditemui.

Jejak dan kesan tapak kaki yang menjangkau hampir 1km berhampiran hutan simpan Endau Rompin membuatkan pesara Sia Chwee Khim, 64, dan suaminya Lim Teong Kheng, 66, hairan dan sangat teruja.

Mereka percaya kesan tapak kaki yang ketiga mungkin kesan tapak kaki ‘Bigfoot’ yang selama ini menjadi cerita mitos.

Pasangan itu, bersama dengan anak perempuan mereka Joanna, 30, dan sekumpulan rakan-rakan dari Singapura mengambil keputusan untuk menjejaki trek kesan tapak kaki yang ditemui sepanjang lebih dari 1km pada 10 Mei.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan