Ahad, 18 Mei 2014

MANCHESTER CITY JUARA BPL.

Anda di sini: Laman Utama | Sukan »

Manchester City juara BPL

email
comments
Manchester City juara BPL
Pemain Manchester City meraikan kejayaan menggondol kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini - Foto AFP
KUALA LUMPUR: SETELAH semusim bertarung, Liga Perdana Inggeris berakhir dengan kejuaraan memihak kepada Manchester City.  Kelab kendalian Manuel Pellegrini mengalahkan West Ham 2-0 dan mengakhiri musim di tempat teratas setelah mengumpul 86 mata.

Walaupun kecewa, Liverpool tetap berbangga setelah mengalahkan Newcastle di Anfield 2-1, mengekalkan kedudukan di tempat kedua dari minggu lepas dan mengakhiri musim ini sebagai naib juara. Liverpool mengumpul 84 mata.

Pada permulaan perlawanan, Liverpool masih mempunyai harapan untuk memintas Man City sekiranya pasukan berjersi biru itu kalah mahupun seri dengan West Ham. Namun harapan untuk pasukan kedua dari Kota Manchester itu kecundang tidak kesampaian setelah gol jaringan Sammy Nasri (min 39) dan Vincent Kompany (min 49) meleburkan harapan peminat Liverpool.

Chelsea yang mengalahkan Cardiff (1- 2) berada di tempat ke 3 dan Arsenal yang mengalahkan Norwich (0-2) meraih tempat ke-4. Kesemua 4 pasukan teratas akan mewakili BPL di saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Pasukan yang tercorot – Norwich, Fulham dan Cardiff – semuanya terkeluar dari saingan BPL untuk musim depan.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan