Khamis, 15 Mei 2014

DIUSIA MUDA KUMPUL HARTA HARAM .

Usia muda harta haram RM1 juta

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
Pelabuhan Klang: Rahsia pemuda berusia 21 tahun yang mampu memiliki aset yang dianggarkan bernilai RM1 juta selain pendapatan mencecah puluhan ribu ringgi sebulan, terbongkar apabila dia ditahan kerana didapati menjalankan kegiatan memalsukan pas pekerja asing.
Suspek yang juga ketua satu sindiket pemalsuan pas pekerja asing terbesar di negeri ini ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang dalam serbuan di kondominium di Selayang, jam 11 malam, Isnin lalu. 

Taktik licik suspek dikesan apabila penguat kuasa Jabatan Imigresen menahan seorang lelaki warga Indonesia di Jeti Pelabuhan Selatan, pada 9 Mei lalu, ketika mahu pulang ke negaranya kerana pasport miliknya terdapat pas pekerja asing palsu.
Foto
AMRAN (tengah) menunjukkan antara dokumen palsu dan barangan yang dirampas penguat kuasa imigresen.

Ekoran penahanan lelaki berusia 35 tahun itu, pihak berkuasa menjejaki majikannya yang akhirnya membawa kepada penahanan suspek.

Pengarah Imigresen Selangor Amran Ahmad berkata, suspek yang menyamar sebagai ejen pekerja asing itu hanya menjalankan operasi di rumah dan mengenakan bayaran RM4,000 untuk setiap pas pekerja asing yang dikeluarkannya. 

Katanya, majikan hanya perlu membawa pasport pekerja mereka sebelum mendapat pas pekerja asing palsu dalam tempoh satu hingga dua hari tanpa perlu melepasi prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa. 

“Suspek juga boleh menyediakan pelbagai dokumen palsu daripada Jabatan Imigresen yang secara kasarnya dilihat seakan tulen dan turut mempunyai pelbagai cop daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan