Khamis, 29 Mei 2014

RAJA DR.NAZRIN SHAH DIISYTIHARKAN SULTAN PERAK KE -35.

Raja-nazrin-Shah
Kuala Kangsar – Raja Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35, menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam.
Baginda akan memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Shah.
wpid-wp-1401348840880.jpeg








Istiadat Pelantikan Raja Pemerintah Perak yang baharu itu diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini, pada jam 3.14petang tadi.
Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen B Mohd Zahidi Zainuddin pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengkebumian Almarhum Sultan Azlan Shah.
Raja Datuk Seri Jaafar Raja Muda Musa dilantik Raja Muda Perak yang baharu.
Istiadat itu berlangsung sejurus sebelum jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah dibawa keluar untuk istiadat pemakaman.
Baginda yang berusia 58 tahun merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah.
Istiadat perlantikan dan pengisytiharan itu turut disiar secara langsung oleh beberapa stesyen televisyen negara.
Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang semalam.
Apabila Sultan mangkat, pemilihan Raja pemerintah baharu ditentukan menerusi mesyuarat khas Dewan Negara Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan