Jumaat, 11 April 2014

MUSIM BUNGA SAKURA DI KEDAH.

Musim Bunga di Kedah (Sakura Malaysia)

SAKURA MALAYSIA. Itulah gelaran orang kita terhadap fenomena 'musim bunga' yang melanda sesetengah tempat di Malaysia. Rimbunan bunga pink persis sakura ini sudah banyak tertanam di tepi-tepi jalan bandar utama terutamanya di Kedah dan Pulau Pinang. Nama sebenar pokok ini adalah Tecoma atau nama saintifiknya Tabebuia.  Berasal dari Mexico, Florida, Argentina, Pulau Carribean dan banyak lagi. Masyarakat tempatan juga menggelarnya Pokok Bongor Besar. Pokok ini berbunga banyak bila cuaca agak panas dek kemarau panjang sebelum ini.

Bunga ini bukan dalam spesis sakura (cherry blossom). Cuma persamaannya, ia mekar pada musim tertentu. Bunga ini mekar sebulan lebih awal dari musim sakura di Jepun. Sebab itu di negara kita menggelarnya Sakura Malaysia kerana gaya musim bunganya seakan-akan sakura. Berbeza dengan sakura, Tabebuia ada lebih 100 spesies dengan pelbagai warna seperti pink, putih, kuning, lavender, magenta dan merah. Sakura pula lazimnya berwarna putih dan berubah kepada pink pada waktu matangnya. Jika sakura selamat dijadikan tanaman hiasan dalam rumah, Tabebuia pula lebih sesuai ditanam di kawasan terbuka atau laman kerana getah dari pokok ini adalah beracun.

Sebagai anak jati Kedah, aku juga tidak mahu terlepas moment indah ini. Jadi, petang Khamis yang lepas aku bersama isteri mengambil kesempatan singgah sebentar di perkarangan Masjid Al-Bukhary, Alor Setar yang banyak tertanam pokok tersebut sebagai tanaman landskap. Dengan suasana nyaman baru lepas hujan, membangkitkan suasana romantis. Cukup sesuai bagi pasangan pengantin baru yang ingin ber'photoshoot'. Tiba-tiba rasa macam nak kahwin lagi. Upss..

Berikut beberapa keping gambar suasana 'musim bunga' menerusi lensa amatur S3 aku yang sempat dirakam serta gambar yang disedut dari facebook Majlis Bandaraya Alor Setar.












Subhanallah.. Cantik kan.

Selesai kami ber'selfie' dan ber'feeling-feeling' berada di Jepun dan Korea , muncul pasangan pakcik dan makcik lengkap berbaju melayu berkopiah dan bertelekung menaiki motorsikal berhenti di situ. Baru lepas keluar masjid agaknya. Rupanya mereka juga berhenti bergambar. Alahai. Tua-tua pun masih sweet. 

Tapi kan, ada juga segelintir manusia yang merungut penuh newsfeed facebook dengan gambar bunga. Aduhai. Dah musim dia, sah-sah ramai orang akan update perkara yang menjadi trending. Kalau pakcik makcik yang berhenti ambil gambar macam aku cakap tadi ada facebook, aku syak diorang pun mesti akan upload gambar bunga tu. Orang upload gambar keindahan ciptaan Allah pun bising? Lainlah kalau upload gambar maksiat. Kepada orang-orang yang macam ni, apa yang anda expect sebenarnya? Semua benda tak kena. Anda sebenarnya ada penyakit hati.

Kan lebih baik bila melihat keindahan ciptaan Allah, sebut SUBHANALLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan