Mahasiswa lancar Bantah protes GST
- Antara mahasiswa dan mahasiswi yang menyertai bantahan Perlaksanaan GST di hadapan Sogo semalam.
Menurut Pengerusi Gerakan Anak Muda Bantah GST (Bantah), Abdul Malik Abd Razak, cukai GST yang baru diluluskan oleh kerajaan pada Isnin yang lalu bakal membebankan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, khususnya dari kalangan anak muda.
“Kerajaan telah memilih jalan pintas bagi menyelesaikan hutang Negara dengan mengenakan GST ke atas rakyat, namun pada masa yang sama terus membiarkan masalah ketirisan dan pembaziran terhadap dana awam.
“Penubuhan Bantah adalah manifestasi bantahan anak muda terhadap kerajaan yang terus menekan rakyat selepas kenaikan harga barang keperluan terus meningkat saban hari tanpa sebarang pembelaan,” katanya.
Dalam pada itu, pihaknya turut menekankan kerajaan supaya menangguhkan perlaksaan GST sehingga dana negara diurus dengan berkesan.
Pihaknya juga turut menggesa kerajaan supaya menghentikam monopoli dan pemberian kontrak secara langsung, menurunkan cukai pendapatan, menuntut pakej bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah dan menyelesaikan gejala rasuah dalam system pentadbiran negara.
ARTIKEL BERKAITAN
- Mahasiswa lancar Bantah protes GST
- GST tidak akan tingkatkan penyeludupan
- GST, Getah: PR rancang Himpunan Rakyat
- KPDNKK pikul peranan perjelas GST kepada rakyat
- Perlaksanaan GST mungkin senasib PPSMI
- RUU GST 2014 dilulus Dewan Rakyat
- Anwar bantah Erdogan haramkan Twitter
- Kerajaan kaji kenakan atau kecualikan 255 produk
- Syarikat layak GST kena penalti jika gagal daftar
- Hampir 5000 program kesedaran GST dijalankan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan