Hujan gagal tingkat paras Empangan Sungai Selangor
KUALA LUMPUR - Hujan sejak beberapa hari lalu masih gagal meningkatkan paras air Empangan Sungai Selangor walaupun berjaya menambah sedikit aliran air di sungai itu, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini.
Syabas berkata, berikutan itu, pelan catuan air akan diteruskan seperti dijadualkan, dan perkara ini telah disahkan oleh Lembaga Urus Air Selangor (Luas).
Pengguna diingatkan untuk terus berjimat cermat dalam penggunaan air, serta tidak melakukan sebarang kerosakan, terutamanya kepada sistem paip agihan milik syarikat itu.
"Para pengguna juga ditegah daripada melakukan aktiviti-aktiviti terlarang dan menyalahi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan bekalan air kerana perbuatan ini akan mengakibatkan pembaziran dan kehilangan lebih banyak bekalan air," kata syarikat itu.
Pengguna digalakkan melayari lawan web Syabas di www.syabas.com.my untuk maklumat lanjut mengenai Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat yang sedang dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN
- Hujan gagal tingkat paras Empangan Sungai Selangor
- Air terawat meningkat, catuan tetap dilaksana
- Catu air: Kedai serbaneka nikmati rezeki berganda
- Tiada catuan air di P Pinang bulan ini
- Catuan bekalan air ditambah sebulan lagi
- Syabas: Jangan lakukan sambungan haram
- Perak pula kena catu air
- Syabas lanjut catuan bekalan air
- Pelan catuan air Selangor tetap diteruskan
- Sedili catu air Isnin ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan