Khamis, 25 Disember 2014

KERAJAAN PASTIKAN USAHA TERBAIK BANTU MANGSA BANJIR.-PM.

Anda di sini: Laman Utama | Banjir »

Kerajaan pastikan usaha terbaik bantu mangsa banjir - Najib

email
comments
Kerajaan pastikan usaha terbaik bantu mangsa banjir - Najib
Najib berkata beliau telah berhubung dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi mempertingkatkan lagi usaha membantu mangsa banjir.- Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memastikan segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir yang begitu mencabar tahun ini.

Najib berkata beliau telah berhubung dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi mempertingkatkan lagi usaha membantu mangsa banjir, terutama di kawasan terjejas teruk dan berisiko tinggi.

"Saya telah meminta timbalan perdana menteri mempertingkatkan lagi operasi penghantaran bantuan berupa makanan berikutan wujudnya kesukaran untuk sampai ke kawasan banjir tertentu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana menteri berkata beliau diberitahu bahawa antara punca utama usaha memindahkan mangsa banjir dan penghantaran makanan agak sukar dilakukan di sesetengah tempat adalah disebabkan paras air yang sangat tinggi, arus deras yang berbahaya untuk kenderaan dan bot penyelamat.
Selain itu, beliau berkata ada juga pusat pemindahan yang turut ditenggelami air.

Najib berkata beliau turut dimaklumkan bahawa usaha penghantaran bantuan menerusi helikopter terganggu berikutan cuaca buruk yang menyukarkan penerbangan dilakukan.

Jelasnya, ada juga situasi helikopter tidak dapat mendarat untuk menurunkan bantuan kerana tiada lokasi sesuai berhampiran pusat pemindahan.

Namun, Najib berkata beliau yakin pasukan penyelamat terdiri pelbagai agensi kerajaan dan anggota sukarelawan sedang bertungkus lumus memberi bantuan terbaik termasuk mencari ikhtiar untuk sampai ke lokasi pemindahan yang sukar untuk menyalurkan bantuan.

Lebih 90,000 mangsa dilapor dipindahkan ke pusat pemindahan sementara susulan banjir yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan yang terbaharu Kedah.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

DOA UTK MENGHADAPI HUJAN LEBAT DAN BANJIR.


RAYUAN MANGSA BANJIR UTK MEMINTA BANTUAN SEGERA BAGI MENYELAMATKAN PENDUDUDK YG TERPERANGKAP.

'Tolong kami, air makin tinggi'
  • Keadaan air di Sungai Kelantan bagaikan lautan, semalamKeadaan air di Sungai Kelantan bagaikan lautan, semalam
 1 / 1 
KOTA BHARU - “Tolonglah kami, kami terperangkap dan air semakin tinggi dalam rumah, tiada bantuan dan kami menuju ke bukit berhampiran untuk menyelamatkan diri.”

Itu rayuan seorang mangsa banjir yang menghubungi wartawan Sinar Harian apabila rumah mereka di Manek Urai,  Kuala Krai,  dilimpahi arus deras banjir.

Wanita yang dikenali sebagai Wan Amina memohon bantuan Sinar Harian untuk melaporkan kepada pihak berkuasa kerana keadaan sekitar kampung mereka lumpuh sepenuhnya tanpa mendapat bantuan sebarang pihak.

“Kami sangat takut, anak kecil menangis, ada orang tua yang sakit, tolonglah kami supaya dapat keluar dari sini," katanya sambil menangis teresak-esak.

Keadaan genting itu adalah sebahagian daripada kisah banjir melanda hulu Kelantan, yang dianggap terburuk dalam sejarah negeri ini.

Hujan lebat tanpa henti di kawasan hulu membawa arus deras memasuki beberapa daerah utama di negeri ini, malah kenaikan paras air yang mendadak di beberapa kawasan di sekitar Kota Bharu bagaikan mengimbau kembali pengalaman bencana alam yang sama pernah berlaku pada 1962.

Walaupun dalam kawalan, pihak berkuasa mengakui beberapa lokasi di daerah ini, mangsa tidak dapat dipindahkan berikutan arus deras yang membahayakan anggota penyelamat.

Malah, beberapa helikopter bantuan makanan tidak dapat mendarat, ekoran cuaca yang tidak mengizinkan dan terpaksa berpatah balik ke Kota Bharu.

Bandar Kuala Krai juga  hampir  lumpuh sepenuhnya apabila  banjir memenuhi bandar itu termasuk beberapa pejabat kerajaan.

Pintu masuk ke Kelantan juga turut  terputus apabila Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, air melimpah di Sungai Durian, sementara Simpang Pulai-Cameron Hinglands ditutup kerana tanah runtuh. Selain itu pintu masuk  dari arah utara juga lumpuh berikutan tanah runtuh banjaran
Titiwangsa di laluan lebuh raya Timur-Barat.

Sementara itu di Kota Bharu, setakat jam 7 petang,  air dari hulu Kelantan mula melimpah, malah pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) telah memindahkan beberapa pesakit ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Berdasarkan laporan portal e.banjir kerajaan negeri, sehingga jam 6 petang semalam, sebanyak 126 pusat pemindahan banjir dibuka iaitu pertambahan 30 pusat pemindahan melibatkan 26,749 mangsa banjir daripada 8,101 keluarga yang dipindahkan berbanding kelmarin, hanya 21,600 mangsa.
 
Jajahan Pasir Mas masih lagi mencatatkan jumlah keluarga dipindah paling ramai iaitu 2,294 keluarga melibatkan 21 pusat pemindahan untuk menempatkan 6,641 mangsa .
 
Manakala jajahan Gua Musang pula sebanyak 18 pusat pemindahan masih dibuka bagi menempatkan 7,285 mangsa daripada 1,880 keluarga dan ditempatkan di tiga daerah utama iaitu Galas, Chiku serta  Bertam.
 
Selain itu, beberapa jalan utama beberapa jajahan di sini turut terjejas kesan daripada limpahan air sungai yang mula memasuki bandar dan kawasan perumahan.
 
Jajahan Machang catatkan angka paling tinggi apabila tujuh jalan utama kini ditutup kepada semua kenderaan.


 
ARTIKEL BERKAITAN

SEMUGA DOA DITERIMA ALLAH .

Semoga doa diterima Allah

Putrajaya: Jabatan Agama Islam negeri (JAIN) diminta mengadakan solat hajat dan munajat secara berterusan di masjid dan surau di bawah pentadbiran masing-masing untuk mendoakan supaya banjir yang melanda beberapa negeri di pantai timur, Perak dan Perlis surut dan reda dengan segera.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha berkata, JAKIM melalui masjid di bawah kendaliannya akan mengadakan solat hajat berkenaan di Masjid Negara, Kuala Lumpur; Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya dan seluruh masjid serta surau di Wilayah Persekutuan.
“Saya juga menyeru supaya solat hajat dan munajat yang diadakan ini turut membabitkan alim ulama, pemimpin masyarakat dan seluruh rakyat negara ini bagi mendoakan keselamatan diri dan harta benda, kesihatan yang baik, keteguhan iman dan diberikan kekuatan kepada mereka yang terbabit untuk menghadapi ujian dalam musim tengkujuh ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Pada masa sama, Othman berkata, masjid di bawah pentadbiran JAKIM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan melancarkan Kutipan Derma Khas Masjid bagi mangsa banjir.
Katanya, kutipan sumbangan akan diadakan Jumaat ini (esok) dan ia boleh disalurkan kepada Unit Bantuan Musibah dan Bencana, Bahagian Dakwah JAKIM untuk disampaikan kepada mereka yang berkenaan.
“Kami turut menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa banjir di negeri berkenaan. Semoga usaha dan doa kita ini akan diterima Allah,” katanya.
Permintaan sama disuarakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang mahu rakyat berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT.
“Kita minta semua rakyat, dalam hadapi banjir luar biasa ini supaya pertamanya, berdoa dan bermunajat kepada Allah untuk mudahkan urusan selamatkan semua mangsa.
“Inilah perkara pertama yang perlu dibuat semua pihak kerana banjir kali ini amat luar biasa, air naik dengan cepat dan kawasan paling kritikal adalah Kuala Krai,” katanya selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di Kota Bharu, semalam.
Ahmad berkata, beliau akan pastikan bekalan makanan kepada mangsa banjir, terutama di pusat pemindahan sementara mencukupi dan menyediakan peruntukan khas yang termampu untuk menampung keperluan itu.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Disember 2014 @ 3:08 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18914#sthash.eidgKwwM.dpuf

TNB: 1,266 PENCAWANG ELEKTRIK DIHENTIKAN SEMENTARA.

TNB: 1,266 pencawang elektrik dihenti sementara
  • TNB
 1 / 1 
SHAH ALAM – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menghentikan sementara operasi 1,266 pencawang elektrik (PE) di beberapa kawasan yang ditenggelami air.

Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi TNB, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata, penghentian operasi itu bagi mengelakkan berlakunya litar pintas.

“Sehingga jam 9 pagi ini, TNB telah menghentikan sementara bekalan 1,266 buah pencawang elektrik (PE) di beberapa daerah atau kawasan di negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang ditenggelami air.

“Penghentian operasi pencawang-pencawang ini membabitkan sejumlah 63,221 pengguna. Ia bagi mengelakkan daripada berlakunya litar pintas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihaknya akan terus memantau keadaan semasa dan bertindak sekiranya air mencecah paras bahaya.

"TNB akan terus memantau pencawang elektrik di beberapa kawasan yang terjejas dengan banjir dan menutup bekalan elektrik sekiranya air mencecah paras merbahaya.

"Bilik-bilik gerakan di setiap negeri  juga telah diaktifkan untuk memantau situasi. Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengutamakan aspek keselamatan dan  mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Jumlah pengguna paling ramai terjejas Kelantan dengan seramai 42,625 pengguna dengan penutupan operasi 810 PE di Kuala Krai, Gua Musang, Jeli, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu dan Tumpat.

Di Terengganu, penghentian operasi 138 PE melibatkan Kemaman, Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan Dungun pula menjejaskan 8,105 pengguna  manakala di Pahang 5,878 pengguna berikutan penutupan operasi 18 PE.
ARTIKEL BERKAITAN

HAMPIR 100,000 0RANG MANGSA BANJIR.

Jumlah Mangsa Banjir Hampiri 100,000 Orang





KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di empat negeri  terutamanya di Kelantan, Pahang dan Perak terus meningkat pada petang ini dengan jumlah keseluruhan 97,025 orang.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat lagi petang ini apabila 34,491 orang dipindahkan berbanding 32,731 orang tengah hari tadi.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, ia membabitkan mangsa banjir di sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.
Bacaan paras air di Sungai Kelantan di Tangga Krai, Jambatan Guillemard serta Tambatan Diraja dan Sungai Golok di Rantau Panjang terus naik.

Keadaan cuaca pada sebelah petang adalah mendung.

Sementara itu, sebanyak 157 pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Baharu, dipindahkan sebelum air mula masuk di sesetengah bangunan di hospital berkenaan awal hari ini.

Bagaimanapun, di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun sedikit di negeri ini apabila hampir 1,500 orang mengambil peluang pulang ke rumah masing-masing setelah air di kawasan kediaman mereka beransur surut, berikutan cuaca kembali cerah di beberapa kawasan, petang ini.

Dengan perkembangan itu, jumlah mangsa banjir kini 28,561 orang daripada 7,001 keluarga berbanding 29,057 orang pada tengah hari tadi, demikian menurut statistik portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Kemaman masih lagi menyaksikan mangsa paling ramai iaitu 19,405 orang disusuli daerah Dungun 6,285 orang, Kuala Terengganu 1,612, Hulu Terengganu 654, Besut 490 dan Marang 115 orang.

Pusat operasi keseluruhan 116 iaitu Besut (lima), Dungun (33), Hulu Terengganu (11), Kemaman (53), Kuala Terengganu (12) dan Marang (dua).

Di PAHANG, keadaan banjir belum menunjukkan petanda untuk pulih dengan jumlah pemindahan  mangsa terus meningkat petang ini kepada 28,578 orang daripada 7,244 keluarga berbanding 24,316 orang daripada 6,398 keluarga di lapan daerah yang terlibat tengah hari tadi.

Menurut laporan Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua daerah menunjukkan peningkatan mangsa banjir dengan jumlah mangsa paling banyak di daerah Kuantan iaitu 17,085 orang daripada 4,674 keluarga di 72 pusat pemindahan.

Di Jerantut, 3,926 mangsa ditempatkan di 41 pusat pemindahan diikuti Maran (2,904/20 pusat), Lipis (2,420/30 pusat), Pekan (1,067/21 pusat), Temerloh (736/lima pusat), Rompin (297/tujuh pusat) dan Bera (143/enam pusat).

Laman web Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia menunjukkan paras air di lapan batang sungai utama di Pahang melebihi paras bahaya.

Di PERAK, jumlah keseluruhan mangsa ialah 5,083 orang daripada 1,246 keluarga berbanding 4,335 orang (1,079 keluarga) pagi tadi, di kesemua 46 pusat pemindahan.

Menurut jurucakap MKN Perak, mangsa yang terjejas di daerah Perak Tengah semakin ramai apabila 1,627 orang dipindahkan petang ini berbanding 953 orang di sebelah pagi.

Dua pusat pemindahan baharu turut dibuka di kawasan Lambor menjadikan kesemua lapan pusat dibuka setakat petang ini.

Kuala Kangsar yang meliputi kawasan Sungai Siput masih mencatat jumlah  bilangan tertinggi mangsa banjir dengan 2,842 orang daripada 665 keluarga dan 25 pusat pemindahan dibuka.

Di PERLIS, jumlah terkini mangsa banjir meningkat seorang kepada 279 orang berbanding 12 tengah hari tadi dan kesemua mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan iaitu MRSM Beseri, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abi, Dewan orang ramai Padang Malau, Dewan Beseri Dalam dan Dewan Seri Pilihan.

Di KEDAH, jumlah mangsa yang dipindahkan tidak berubah iaitu sekurang-kurangnya 51 orang di beberapa kawasan di negeri itu terutama di daerah Padang Terap. - Astro Awani

BALA DARI ALLAH BILA SESUATU BENCANA ALAM DITIMPAKAN KE ATAS SETIAP PENDUDUK BUMI INI.

Syeikh Zainul Asri Hj Ramli - Bala Dari Allah





~:: Catatan Kuliah ::~
Kalau dengaq kuliah SYEIKH tadi memang nak nangis

Nabi bila langit mendung, muka Nabi berubah terus. Saidatina Aisyah tanya kenapa muka Nabi berubah bila tengok langit mendung, jawab Nabi, sebab waktu mendung ni bala ALLAH turun. Kesian tengok SYEIKH tadi.

Mcm tak larat ja (Syeikh demam). SYEIKH kata langit sekarang ni di tahap voltan paling tinggi dah. Tunggu masa bala nak turun. Bala, selagi tak turun, kita boleh solat hajat, mintak jangan turun.

Tapi bila dah turun, kita mintak pada ALLAH, ALLAH tolak. ALLAH tak terima dah
SYEIKH kata, dia mcm nak suruh menteri kedah panggil semua rakyat kedah buat solat hajat di stadium darul aman. Doa mintak ampun. Mintak tak turun bala. Keadaan memang tenat dah sekarang ni.

SYEIKH paling takut 26 & 27 ni Langkawi nak buat pesta. Dah pilih tarikh 26 tu tarikh bekas tsunami dulu. Org dok tahan tak bagi bala turun. Depa pi buat pesta pulak. Seolah-olah dok panggil bala ALLAH turun. Tengok langit. Mendung ja. Berapa hari dah takda matahari

Keratan berita dari Bernama : Pesta pantai langkawi yang bakal diadakan 26 dan 27 Disember ini. 


Awan hitam dok tahan air. Tengok langit. Taktau berapa ratus ribu tan air dok ada. Empangan langit besar, tak boleh lawan empangan kita. Kalau turun tu.. Eh, taktau la.

Takut sungguh dengaq SYEIKH cerita. Ni kami cerita balik apa SYEIKH cakap tadi . Bala ALLAH turun waktu malam, siang pagi waktu dhuha. Tengok banjir di perlis, kelantan, terengganu & pahang. Tengok kajian. Air naik waktu malam/waktu dhuha. Tafsir. Kat ayat last tafsir tu, bertakwalah kepada ALLAH dan ketahuilah hukum ALLAH itu teramatlah berat. Lepas habis tu SYEIKH cerita.

Takutt .. SYEIKH kata baru2 ni puting beliung dekat sabak bernam. Allah tak turunkan dekat rumah orang. Allah bagi turun dekat sawah padi. Tengok banjir punya teruk, tak ramai sangat yg mati. ALLAH nak turun bala pun masih Dia bagi rahmat, Allah tak kejam. Tapi manusia yg kejam terhadap diri sendiri.

ALLAH takkan jadikan sesuatu itu sia sia. Mesti ada sebab kenapa ALLAH buat mcm tu
Seolah olah petanda. Tapi kalau kita masih tak paham. Masih tak sedar2, taktau laa.

Mcm banjir di kelantan. Menteri kata banjir luar biasa. Tengok rantau panjang. Kereta habis hanyut mcm tsunami. Sebab apa tu? Sebab kelantan nak buat hukum hudud. Tapi ada hat orang2 yg dok tentang jugak hukum hudud ni. Rahmat ALLAH turun dekat org2 yg baik ja. Tapi bala ALLAH turun tak kira baik jahat, semua akan kena ..

Syeikh Muhd. Zainul Asri Hj. Romli
Masjid As-Solihin - 23/12/2014

Sumber : pemudattbc

BANJIR DI PANTAI TIMUR SEMAKIN BURUK.

(13 Gambar) Banjir di Kelantan Semakin Buruk.


KOTA BHARU – Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila beberapa daerah terutama di Gua Musang dan Kuala Krai, hampir lumpuh sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya 10 rumah hanyut di Gua Musang, manakala berpuluh lagi kediaman rosak dalam kejadian banjir paling buruk melanda seluruh Hulu Kelantan yang berlarutan sejak pagi kelmarin.

Kampung terjejas teruk ialah Kampung Baru Hulu, Kampung Tiong, Kampung Kolam Mas, Serian dan Limau Kasturi, malah ramai mangsa banjir terperangkap berikutan kenaikan paras air yang mendadak di beberapa sungai utama.

Dalam kejadian banjir besar yang melumpuhkan Bandar Lama Gua Musang itu turut menyaksikan detik cemas bot bantuan mangsa banjir dinaiki lapan orang terdiri daripada pasukan penyelamat dan orang awam terbalik, namun mereka sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, kira-kira 100 mangsa banjir dilaporkan terperangkap dan terputus bekalan makanan di asrama Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Gua Musang berikutan paras air naik mendadak menenggelamkan pusat pemindahan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan penduduk di Kota Bharu dan beberapa daerah lain dalam keadaan berjaga-jaga apabila air Sungai Kelantan dari hulu dijangka melimpah.

Ia ditambah dengan hampir semua lokasi catatan paras air di Dabong, Tualang, Tangga Krai, Tambatan Diraja, Rantau Panjang dan Pasir Puteh melepasi paras bahaya.

Mengikut e-portal banjir Kelantan, sehingga jam 6 petang semalam, seramai 6,673 keluarga melibatkan 21,600 mangsa banjir ditempatkan di 96 pusat pemindahan seluruh negeri ini.

Daerah Pasir Mas masih lagi mengekalkan angka tertinggi mangsa pemindahan dengan 8,753 orang melibatkan 31 pusat pemindahan, diikuti jajahan Gua musang seramai 4,459 mangsa.

Ia diikuti daerah Kuala Krai dengan 3,663 mangsa, diikuti Tumpat, (3,820), Tanah Merah (307), Kota Bharu (86), Machang (68).

Jalan Kuala Krai-Kota Bharu-Kuala Krai di Sungai Durian antara 20 jalan yang masih ditutup kepada kenderaan. Begitu juga Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang, Jalan Banggul Kulim tidak boleh dilalui semua kenderaan. -Sinar Harian



DUA lelaki terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung rumah kerana air naik mendadak di Bandar Lama Gua Musang. -Hmetro



Kampung Pasir Tumboh Jerek Gua Musang.



felda chiku 7 gua musang



Orang ramai tidak dapat meneruskan perjalanan akibat limpahan air Sungai Durian di Jalan Kota Bharu-Gua Musang yang memutuskan hubungan pengangkutan darat di Kuala Krai hari ini. – Foto Bernama



Keadaan banjir di Kolej Vokasional Kuala Krai.



Kuala Krai, Kelantan




Banjir di Kelantan.

Banjir: Kelantan bakal lumpuh

KOTA BHARU 23 Dis. – negeri ini bakal lumpuh sepenuhnya. Itu gambaran yang kepada situasi banjir yang melanda negeri ini.

Keadaan tersebut ekoran daripada bahagian Kelantan Selatan iaitu daerah Gua Musang dan Kuala Krai yang ditenggelami air dan terputus hubungan darat.

Malah operasi untuk menghantar bantuan melalui udara ke Gua Musang pada hari ini tidak dapat dilakukan kerana cuaca buruk.

Bandar Lama di Gua Musang seperti sebuah pulau dan 13 orang nyaris maut apabila bot penyelamat terbalik ketika membawa mereka keluar dari kawasan sekitar Resort Kesedar Inn.

Pada masa sama, bahagian utara negeri ini terutama daerah Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh pula diancam fenomena air pasang besar.

Hujan lebat yang turun di bahagian selatan sejak beberapa hari lalu menyebabkan sebahagian besar daerah Kuala Krai dan Gua Musang, termasuk kawasan yang tidak pernah terjejas sebelum ini mula dinaiki air.

Laluan Lebuh Raya Timur-Barat dari Jeli ke Gerik, Perak ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh di Kilometer 66 malam ini.

Berikutan itu, beberapa sungai utama di negeri ini iaitu Sungai Galas, Dabong; Sungai Lebir, Tualang; Sungai Golok, Rantau Panjang dan Sungai Kelantan terus meningkat melebihi paras bahaya.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan lebat dijangka berterusan sehingga 28 Disember ini.

Sementara itu, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh yang berada di bahagian utara pula berdepan ancaman air pasang sehingga mencetuskan banjir kilat dan ombak luar biasa terutama di kawasan pesisir pantai.

Keadaan tersebut dikatakan dicetuskan oleh fenomena ‘New Moon’ iaitu kedudukan bulan yang agak berhampiran dengan bumi, sekali gus menyebabkan air pasang besar di kawasan Pantai Timur. -Utusan

Sumber asal : http://terengganutimes.com/

RELATED POSTS :



Nak Copy Boleh, bagi la kredit sikit yer.!! : http://sehinggit.blogspot.com/2014/12/13-gambar-banjir-di-kelantan-semakin.html#ixzz3MuueZeWz 
Follow us: SehinggitMedia on Facebook