Sabtu, 9 Ogos 2014

PELANGGAN MELAYU SUDAH TIDAK DATANG.

'Pelanggan Melayu sudah tidak datang'
  • Salah sebuah premis McDonald's di Shah Alam kelihatan sunyi tanpa kehadiran pelanggan, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANISalah sebuah premis McDonald's di Shah Alam kelihatan sunyi tanpa kehadiran pelanggan, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
 1 / 1 
SHAH ALAM - Kempen boikot produk pro Israel yang mengaitkan McDonald's yang bertebaran di media sosial dan aplikasi mesej seperti WhatsApp nampaknya benar-benar memberi kesan kepada rangkaian makanan segera itu.

Mana tidaknya, tinjauan Sinar Harian Online di beberapa kawasan sekitar Shah Alam hari ini mendapati premis makanan segera itu kelihatan lengang berbeza dengan sebelum kempen boikot dijalankan.

Seorang pekerja di kaunter sebuah cawangan McDonald’s mengakui bahawa kempen boikot yang dijalankan bermula beberapa hari lalu mendatangkan kesan ke atas premis berkenaan.

“Sangat-sangat kurang. Tiada pelanggan Melayu yang berkunjung ke cawangan McDonald’s ini manakala, pengunjung berbangsa lain juga kurang,” katanya.

Pemerhatian di premis tersebut sekitar jam 7 hingga 8 malam tadi juga mendapati suasana amat sunyi dan hambar.

Hanya kelihatan beberapa orang pelanggan bukan Melayu menikmati hidangan di situ.

Pekerja berkenaan juga turut terkesan dengan kes boikot ekstrem yang berlaku di Dungun Terengganu baru-baru ini.

Walaupun tiada ancaman diterima, tetapi dia meluahkan ras takut dan tidak selamat dengan ancaman orang ramai yang memboikot keras jenama itu.

“Ada rasa takut juga, saya memakai jaket untuk melindungi pakaian seragam ini,” katanya.


 
ARTIKEL BERKAITAN

ANGIN PELIK MUNCUL DARI LAUT.

Angin pelik muncul dari laut
  • Sudah lebih seminggu namun pihak bertanggungjawab tidak membersihkan pantai awam yang dilanda ribut ini.Sudah lebih seminggu namun pihak bertanggungjawab tidak membersihkan pantai awam yang dilanda ribut ini.
 1 / 1 
BATU FERRINGHI - "Saya nampak seolah-olah angin menyedut air dari laut dan kemudian berpusar dengan laju di hadapan kami," cerita A Supayyah, 64, berkenaan ribut yang melanda di Pantai Miami.

Supayyah yang menetap di situ sejak 40 tahun lalu berkata, ia kali pertama dia melihat angin pelik berhampiran dengan kawasan rumahnya.

“Saya dengan dua lagi kawan duduk di sebuah kedai makan tepi laut dekat dengan rumah saya, tiba-tiba dalam jam 1 pagi, kami terkejut kerana melihat air dari laut seperti naik ke langit.

“Kemudian air itu berpusar dengan laju dan bunyinya kuat, kami tidak boleh buat apa-apa dan hanya berdoa sahaja pada masa itu,” katanya.

Selepas angin berkenaan berpusing dengan bunyi yang kuat, ia kemudiannya bergerak dengan laju ke kawasan berhampiran.

“Pada masa itu kami memang sangat takut kerana tidak tahu ke mana ia ingin bergerak, sehinggalah tiba-tiba angin itu melencong naik ke darat dan melalui kedai makan di Pantai Miami.

“Namun kami bernasib baik kerana semua rumah penduduk di tepi pantai tidak musnah kerana adanya pokok besar yang menghalang, kemudian angin terus naik ke bahagian atas bukit dan memusnahkan pondok hentian bas,” katanya.

Disebabkan itulah pokok berusia ratusan tahun itu tumbang dan memusnahkan tandas serta sebahagian rumah seorang penduduk di situ.

Bagaimanapun penduduk di situ terkilan kerana pihak yang bertanggungjawab masih tidak memotong pokok yang tumbang menghempap tandas awam dan rumah.

Supayyah berkata, kejadian sudah berlalu hampir seminggu dan keadaan masih teruk dengan pokok tumbang merata-rata.

“Memang susah kalau dibiarkan saja pokok ini tumbang, orang yang datang ke Pantai Miami susah hendak menggunakan tandas.

“Kami berharap ada orang yang sudi tolong kami,” katanya.

Tinjauan ke perumahan penduduk di Pantai Miami itu turut disertai pimpinan Pas Teluk Bahang.
ARTIKEL BERKAITAN

PERNIAGAAN CARA RASULLAH BERKESAN.

PERNIAGAAN CARA RASULLAH BERKESAN.

Semua orang faham tentang perniagaan adalah salah satu sunnah Rasulullah. Perniagaan yang tulus dan jujur adalah perniagaan yang berkat hasilnya.

تسعة أعشار الرزق في التجارة

9 per 10 daripada rezeki adalah pada perniagaan.

« التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ »

Peniaga yang jujur lagi amanah akan bersama para Nabi, Siddiqiin dan Shuhadaa'.

Riwayat At Tirmizhiyy : Hasan. Al Albaaniyy pernah melemahkan hadith ini lalu kemudiannya mensahihkannya dlm Silsilah As Sahiihah)

Diatas adalah hadis-hadis yang dibicarakan tentang perniagaan yang diharuskan dalam Islam, Mukan mudah seseorang yang berniaga dan bercakap jujur dengan pelanggan masing-masing. kanapa orang tidak berpegang pada cara Rasulullah meniaga, kenapa? anda takut tidak banyak untung?. Salah! perniagaan yang rasulullah amalkan adalah jelas dan nyata terpulang pada individu lain ingin untung berapa.

Contoh:
Pembeli: berapa tuan jual barang ini?
penjual: modal RM100,saya ingin jual kepada tuan RM110. jika tuan seteju. Jikalau tuan tidak setuju sila bagi harga tuan, kalau sekiranya saya ada untung saya akan jual kepada tuan.

Bukan kah cara macam ini lagi selamat dan menguntungkan anda? bagi saya cara macam ini lebih senang dalam transaksi sesebuah perniagaan, berkemungkinan pelanggan kita akan beli barang kita disebabkan kita jujur dalam perniagaan.

Ikutlah sunnah Rasulullah niscaya anda akan bahagia di dunia dan di akhirat, takda cacat apa yang dibuat Rasulullah semua berguna kepada umatnya.


BAWANG TERBESAR DI DUNIA BERAT 8KG.

BAWANG TERBESAR DI DUNIA BERAT 8 KG/

Petani ini tengah berbangga hati memetik Bawang Terbesar Seberat 8,150 kg Bawang ini pun dinyatakan sebagai bawang terberat di dunia. Mesammesem mania Peter Glazerbook berjaya mencetak rekod baru di dunia dengan memetik Bawang Terbesar Seberat 8kg ini. Pesara pegawai surevei Inggeris berusia 67 tahun ini, memang berniat untuk memecahkan rekod ini selama 25 tahun terakhir.

"Saya tidak tahu berat pastinya, hingga saatnya mereka menghitungnya ditimbangan," ungkap Glazebrook. "Perlu waktu sekira 25 tahun dari 30 tahun saya berkarier sebagai seorang petani, demi mendapatkan Bawang Terbesar Seberat 8kg raksasa ini," lanjut Glazebrook.

Sebelumnya, Glazebrook selalu nyaris mendekati kejayaan mencapai rekod dunia. Dirinya pun selalu menggunakan bibit yang sama setiap tahun untuk meraih rekod yang diiktiraf Guiness World Record.

Ditanya bagaimana kiatnya untuk mendapatkan bawang raksasa ini, Glazebrook mengaku dirinya selalu mengajak bicara tanamannya. Atas kejayaan ini, ia pun merasa bangga dan akan membawa bawang itu ke rumahnya dan memeliharanya dengan baik. "Bawang Terbesar Seberat 8kg ini terlalu berharga untuk dimakan," ucap Glazebrook.



RESPON RAKYAT INDONESIA JIKA MALAYSIA DISERANG ISRAEL.


Jiran sebelah Malaysia, Indonesia sememangnya terkenal dengan sifatnya yang tidak menggemari Malaysia. Dari selepas merdeka sehingga sekarang, perkara ini masih dapat dilihat terutamanya di internet.

Ini terbukti dengan motto Indonesia yang masih lagi popular sehingga sekarang iaitu "Ganyang Malaysia" yang masih lagi menjadi sebutan rakyat Indonesia yang tidak berpuas hati dengan Malaysia.

Walau bagaimanapun, respon yang tidak dijangka telah diberikan oleh rakyat Indonesia tentang isu Malaysia-Israel yang dikatakan tegang sejak akhir-akhir ini. Ada antara mereka berkata sanggup berjuang demi Malaysia sekiranya Malaysia diserang israel.

Walau apa pun, terima kasih ke atas sokongan positif yang diberikan oleh rakyat Indonesia. Harapan agar Indonesia tidak berdiam jika saudara serumpunya diserang oleh musuh yang sama. - SiakapKeli.com

17 Comments:

  1. I guess, religion unites the hearts... :D
    Reply
  2. Bersatu kita tegoh bercerai kita roboh, bagai aur dengan tebing..tolong menolong pada tetangga yg musibah amalan kita yg punya satu kiblat.
    Reply
  3. contact.. 0126634195 call/whatsaps..
    →detailsim
    ※rm70... dalam rm30.
    ※freeboster 
    ※free internet.. tuk sbulan. yg. pertama
    ※data unlimited..tiada kouta
    Reply
    Replies
    1. kau jual ape ni....
      mcm best je....
  4. Zionist berperang utk hidup...muslimin berperang demi agama dn jihad filsabillillah....
    Reply
  5. Malaysia dan Indonesia adalah serumpun dan sedarah. Bak kata bidalan jika dicubit peha kanan, peha kiri akan turut terasa. Gaya hidup serta pegangan agama kita adalah sama serta ramai dikalangan menteri kita juga yang kampung asalnya dari Indonesia. Malaysia dan Indonesia adalah serumpun bangsa. Saudara aku serta isteriku pun masih ramai di Indonesia, walaupun kami adalah warganegara Malaysia (aku adalah bekas anggota ATM dan isteriku adalah pesara guru). Entah mengapa kami juga meminati sinetron dari Indonesia serta rakan rakan FB aku pun ramai juga dari sana. Janganlah disebabkan perbezaan sosio-politik kita bercerai berai pula. Apa pun aku ucapkan syabbas kepada saudara saudaraku di Indonesia sana yg sentiasa menyokong Malaysia......
    Reply
    Replies
    1. Makanya Akhi, kita jangan mau lagi di Adu Domba sama pihak2 yang tidak bertanggung jawab, rapatkan Ukhuwah islamiyah kita.
      Insya Allah segala masalah yang akan kita hadapi ( Indonesia-Malaysia)
      akan terselesaikan dengan baik dan mudah kalau kita saling tolong menolong dalam hal apa saja.

      ( Salam persaudaraan dari Indonesia )
  6. sudah semestinya lah.....
    kita Satu Nusantara, satu Rumpun satu Bangsa dan Agama.
    mana mungkinlah Abang tega lihat Adiknya di Pukul Orang Lain.
    pasti si Abang dengan segala Daya dan Upaya untuk melindungi dan membela Adiknya, itulah perumpamaan Indonesia dan Malaysia.

    ( Salam dari Indonesia )
    Reply
  7. Bermula dari hari ini saya tidak akan berpandangan yang negatif terhadap Indonesia. Saya akan cuba dan akan bersangka baik terhadap Indonesia. Sudah sekian lama saya nantikan kenyataan seperti itu dari pihak Indonesia dan saya amat berharap kedua dua pihak akan sentiasa bersangka baik sesama sendiri dan dapat bantu membantu dalam apa juga lapangan. Terharu dengan statement waroenk cetak Barokah dan musafirdidunia.
    Reply
  8. Alhamdulillah syukur padamu ya Allah.. Cowo cewe indonesia punya jiwa yg luhur.... T.kaseh.. buat aku terharu dengan pernyataan kalian..
    Reply
  9. Alhamdulillah...begitu juga sebaliknya, jika berlaku diIndonesia (GOD forbid) tidak teragak2 Malaysians bangun mempertahankan keharmonian NUSANTARA....In Shaa Allah
    Reply
  10. Alhamdulillah.. syukran.. ternyata ada hikmah atas apa yg terjadi.. gabungan dan tercantum sang silaturohim.. 

    Ikhlas dari singapore..
    Reply
  11. Kita serumpun & bersaudara....
    Reply
    Replies
    1. ramai rakyat Malaysia sekarang asal-usulnya dari Indonesia juga, seperti saya...
  12. Bukan sahaja org Malaysia.. org melayu Singapura juga sedia berdepan bersama2 org Malaysia utk menentang Israel.. Kerajaan Singapura bukan suara org ramai Singapura. Mungkin org Malaysia tak suka org Singapura tapi kami tetap sama melayu
    Reply