Sabtu, 2 Ogos 2014

AKHIRNYA RAHSIA SADDAM HUSSEIN TERBONGKAR KINI.

Akhirnya Rahsia Saddam Hussein Terbongkar

 | July 29, 2014 2 Comments
 
Akhirnya Rahsia Saddam Hussein Terbongkar | Mungkin anda pernah dengar di media dimana Allahyarham Saddam Hussein adalah pemimpin yang kejam,beliau membunuh sebahagian rakyat di negaranya sendiri di era 80 dan 90an. Tetapi pasti ramai yang faham mengapa pemimpin negara tersebut bertindak sebegitu. Berikutan dari hal tersebut berjuta-juta orang mengecam dan menyumpah serapah terhadap Saddam . Beliau digelar dan di’cop’ sebagai seorang pembunuh kejam .
20131117-1618062066543135
20 tahun kemudian , terungkap bahawa orang – orang yang dibunuh oleh Saddam tersebut adalah penganut mazhab Syiah di negerinya . Selama lebih dari dua dekad , kenyataan itu dilindungi dan disembunyikan oleh media Barat .
Sejak dahulu lagi Saddam sudah tahu akan bahaya Syiah .
Di zamannya berbondong-bondong penganut Syiah dari Iran masuk ke negerinya . Jika hanya sekadar tinggal , mungkin Saddam tidak akan begitu peduli .
Namun para pengikut mazhab Syiah merosakkan semua tata cara kehidupan sedia ada di bumi Iraq terutama dengan konsep kahwin mut’ah – yang sememangnya tak ada bezanya dengan pelacuran.
Saddam juga curiga dengan penduduk Syiah Iraq yang cenderung kepada menyokong kerajaan Syiah Iran. Saddam yakin mereka tidak akan memperlihatkan kesetiaan kepada Iraq kerana fahaman mazhab melebihi patriotisme kenegaraan mereka
Perang dengan Iran yang selalu Saddam sebut sebagai mewakili dunia sunni dan arab di Timur Tengah menambahkan curiga Saddam terhadap pengikut Syiah.
Di kawasan rantau Timur Tengah sendiri , satu – satunya negara yang menyedari kehadiran Iran sebagai negara Syiah adalah Iraq . Saddam telah memerintah hampir bersamaan dengan Khomeini pada tahun 1979 dari awal sudah melihat pengaruh besar Iran ke Iraq dan negara-negara Arab yang lain .
Sejarah juga menunjukkan bahawa Iran adalah antara negara yang kemudian mendesak PBB untuk memerangi Saddam Hussein.
Beberapa ulama di Tanah Arab mengambil kesimpulan bahawa Saddam mati dalam keadaan khusnul khatimah. Allahuakbar!
Kredit kepada sahabat di Taotauajer via Addin
Komen:
Allah jua Maha Mengetahui.. ada yang tak setuju dengan artikel tetapi itu hak peribadi masing-masing. Saya tidak setuju kezaliman yang dibuat oleh Saddam. Yang menjadi musykil, kenapa dahulu Amerika berbaik dengan Iraq sewaktu perang Iran dan Iraq.
Dan apabila menjadi musuhnya, menjadi suatu penghinaan kepada umat Islam apabila Saddam dihukum dibunuh pada pagi hari raya Aidiladha. Tidak terdetikah kita kenapa Saddam dimusuhi oleh Amerika sehingga sebegitu sekali?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

POST BERKENAAN YAHUDI DISEKAT TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD MAHU KERAJAAN TAPIS INTERNET..


Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau kini berpendirian bahawa sudah tiba untuk menapis Internet selepas beliau sendiri menjadi mangsa tapisan internet.

Menurutnya, beliau menyedari perkara itu apabila tulisannya tentang kaum Yahudi tidak dapat disiarkan di Facebook.

"Saya berbuat demikian (ubah fikiran) kerana mereka yang mengawal server menjalankan tapisan mereka sendiri terhadap perkara yang boleh diterbitkan di media alternatif.


"Saya sendiri menjadi mangsa tapisan demikian," katanya.

Menurutnya lagi, beliau sendiri sebelum ini terpaksa menukar platform blognya sebanyak tiga kali kerana satu firma antarabangsa enggan memberi perkhidmatan untuk penerbitan blognya.

"Sekatan juga adalah satu bentuk tapisan. Internet ini bukan alternatif percuma kepada media cetak dan elektronik yang dikatakan dikawal oleh kerajaan. Ia tertakluk kepada lebih banyak tapisan berbanding yang diamalkan oleh kerajaan.

"Mereka yang menjadi tuan rumah kepada pelantar dan pelayan ini boleh menapis. Dan ada banyak cara lain tersedia buat pengawal media baru yang berkuasa ini untuk menapis demi kepentingan politik mereka," katanya.

Katanya, beliau berpendirian bahawa akhbar perlu ditapis, dan media baru pula menurutnya menikmati kebebasan yang lebih terhad berbanding media tradisional.

"Tiada kebebasan di media alternatif. Kerajaan dan pemilik server dan platform serta pihak lain boleh menapis media alternatif.

"Kebebasannya lebih terhad berbanding media cetak dan elektronik yang beroperasi dengan lesen kerajaan.

"Saya rasa tiba masanya kita berhenti bercakap mengenai kebebasan akhbar. Kita perlu akui yang akhbar juga perlu ditapis. Ia perlu ditapis kerana kebebasan, sebarang bentuk kebebasan akan sentiasa terdedah kepada salah guna,” katanya.

Beliau mengajurkan agar tapisan di Internet itu menyekat kandungan pornografi untuk mengelakkannya dari dilihat oleh kanak-kanak.

"Salah guna paling teruk adalah daripada segi moral.

"Saya tidak peduli betapa sucinya kebebsan tetapi saya rasakan masanya sudah tiba untuk kerajaan, sekurang-kurangnya kerajaan Malaysia untuk menapis internet," tulisnya. -Malaysia Kini

AS BEKALKAN ISRAEL SENJATA.

AS bekalkan Israel senjata

Washington: Amerika Syarikat semalam mengesahkan ia membekalkan senjata tambahan kepada Israel untuk membunuh rakyat Palestin di Gaza.
Pengesahan itu dibuat selepas ia menyelar serangan terhadap sebuah sekolah yang ditadbir Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kem pelarian Jabaliya di utara Gaza yang menyebabkan sekurang-kurangnya 16 penduduk Palestin yang berlindung di situ terbunuh.

Washington bagaimanapun enggan menerima hakikat bahawa rejim Zionis yang mengebom sekolah itu walaupun ia disahkan oleh agensi bantuan untuk Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).
Ketika menjawab soalan wartawan di Washington, timbalan jurucakap Jabatan Negara AmerikaSyarikat Marie Harf berkata: “Kami tidak tahu siapa yang mengebom sekolah berkenaan. Pada masa sama kita perlu mengumpulkan fakta mengenai serangan itu.” Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika, Bernadette Meehan pula menyalahkan penduduk Palestin kerana berlindung di sekolah berkenaan yang didakwanya menjadi tempat simpanan senjata Hamas.

Dalam pada itu, Pentagon mengesahkan Israel memohon bekalan senjata baru bagi meningkatkan simpanan yang semakin merosot selepas ia digunakan untuk membunuh rakyat Palestin dan memusnahkan Gaza.

Jurucakap Pentagon Laksamana Muda John Kirby berkata, pihaknya menerima permohonan itu 20 Julai lalu dan kelulusan untuk memenuhi permintaan itu dibuat tiga hari kemudian.
FotoAds by Media Watch
ANTARA kanak-kanak Palestin yang terbunuh dalam kekejaman Israel dikebumikan semalam.
“Amerika Syarikat komited dengan keselamatan Israel. Ia amat penting bagi Amerika Syarikat membantu Israel dalam usaha meningkat dan mengekalkan pertahanannya,” kata Kirby.

Selepas 23 hari melancarkan keganasan, Israel dengan bantuan senjata Amerika Syarikat membunuh lebih 1,360 rakyat Palestin.
Washington sejak dulu lagi membekalkan senjata kepada negara Zionis itu, termasuk membiayai Kubah Besi, sistem pertahanan peluru berpandu yang bertujuan melindungi Israel daripada serangan roket Hamas.

Anggota Dewan Senat negara itu kini berusaha menyediakan pakej sokongan tambahan ketenteraan berjumlah AS$225 juta (RM720.5 juta) kepada Israel walaupun kumpulan hak asasi manusia Amnesty International menggesa Washington menghentikan bantuan itu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/01

SAMBUTAN SELAMATKAN ANAK-ANAK GAZA PALESTIN DI DATARAN MERDEKA.


Satu perhimpunan yang dinamakan 'Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza' telah berlangsung di Dataran Merdeka pada hari ini.

Perhimpunan yang bertujuan untuk menyatakan sokongan terhadap penduduk Gaza itu telah dianjurkan oleh Viva Palestin dan juga Aqsa Syarif. Selain dari memberi sokongan, perhimpunan itu juga dijalankan bagi mengecam tindakan Zionis menyerang warga Palestin yang tidak bersalah.

Gambar-gambar perhimpunan telah dimuat naik oleh Aqsa Syarif di laman facebooknya. Diamati gambar-gambar tersebut, dapat dilihat kelibat-kelibat selebriti tempatan yang menyertai perhimpunan tersebut antaranya Faizal Tahir, Heliza Helimi, Afdlin Shauki dan Amin Idris.




Selain dari umat Islam, dapat juga dilihat rakyat Malaysia yang beragama Kristian muncul bagi menyertakan kecaman mereka terhadap kekejaman Zionis. CCU Majlis Pemuda Gereja-gereja Kristian, Dessony Tuzan dapat dilihat menyertai perhimpunan terbabit.


Banyak gambar yang dikepilkan oleh Aqsa Syarif di laman Facebooknya, tapi berikut disertakan beberapa gambar di perhimpunan tadi - SiakapKeli.com





SEMANGAT PERJUANG TENTERA HAMAS LEBIH RELA MATI KRN ALLAH,TANAH AIR, BANGSA DAN AGAMA ALLAH INI.


Djazlam Zainal telah mengongsi gambar Rossem Sem.
1 jam · 
hanya indah untuk dibaca...
ra putih meski hanya tersisa satu pejuang, satu senapang, dan satu roket. Para pejuang Hamas akan berjuang menghadapi kematian tanpa rasa gentar dan takut dan mereka lebih siap mati demi negeri, agama dan Tuhan mereka. Justeru, pertarungan dengan pejuang Hamas sesuatu yang sagat sukar, mereka adalah tentera yang sangat berdedikasi, kombatan yang tidak takut mati,” demikian dikutip laman theblaze.com, Jumat (01/08/2014).
Baskin yang pernah menjadi mediator bagi pihak Israel dalam perjanjian pertukaran tentera Gilad Shalit yang ditawan Hamas suatu masa dulu menegaskan Hamas kini memiliki 3000 pasukan yang siap mati membela agamanya. Mereka sangat yakin dengan perjuangan yang mereka hadapai.
Mereka berjuang membela kampung halaman mereka, siap berkorban agar generasi masa depan hidup bebas, tukas Baskin.
Baskin menambahkan, tidak ada seorangpun di dunia ini yang mengingkari bahwa masalah Palestin memerlukan solusi adil, kecuali Israel sendiri. Yang diminta oleh Hamas saat ini tidak lebih dari pembebasan sekatan ekonomi dari Jalur Gaza, dan memperluas jangkauan laut untuk nelayan Palestin, membebaskan tawanan dan membuka sekatan transfer gaji pegawai Palestin dan mengakui pemerintah terpilih, semua tuntutan Hamas tidak ada yang tidak logik untuk diikuti.
“Saya melihat kemenangan di mata Hamas. Ya benar, mereka mengorbankan sangat banyak. Tidak perlu dibandingkan antara kekuatan kita dan kekuatan mereka. Mereka tidak memiliki bom berton-ton. Namun mereka melihat kerugian yang diderita oleh Israel kerana serangan roket yang memaksa warga Israel harus lari ke tempat persembunyian, dan meninggalkan rumah mereka.”
Peneliti Israel itu mengkritik kedustaan yang dipromosikan di media massa melalui jurucakap tentera Israel tentang Hamas dan masa depan perang di Gaza yang dituding oleh Baskin sebagai pembohongan publik.Ia mengaku apa yang diketahuinya tentang Hamas berbeda dengan yang disiarkan melalui media massa Israel.
Sistem pertahanan Hamas melalui terowongan telah membuat Israel ketakutan, ditambah roket yang menggempur tanpa henti. Hamas juga dinilai diuntungkan dalam pertempuran opini publik. Gambaran kehancuran akibat serangan Israel, pembunuhan anak-anak wanita telah memaksa dunia melihat Israel dan tenteranya sebagai penjahat. (Hidayatullah.com)
SukaSuka ·  ·