Khamis, 10 Julai 2014

AQSA SYARIF TENTERA HAMAS DAN FATAH BERGABUNG PUNCA ISRAEL LIPAT GANDA SERANGAN.

Anda di sini: Laman Utama | Dunia »

Kerajaan perpaduan punca Israel lipat ganda serangan - Aqsa Syarif

email
comments
Kerajaan perpaduan punca Israel lipat ganda serangan - Aqsa Syarif
Kerajaan perpaduan Hamas dan Fatah punca Israel lipat ganda serangan - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kejayaan pembentukan kerajaan perpaduan Palestin dari gabungan pergerakan Hamas dan Fatah dilihat faktor utama Israel melipatgandakan serangan di Gaza.

Pengerusi Aqsa Syarif, Professor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor berkata, ia sekali gus menimbulkan kesulitan jangka pendek dan panjang kepada rejim Zionis itu.

"Sejak dahulu, rundingan damai antara kedua-dua pergerakan tersebut gagal kerana masing-masing enggan mengalah dalam tuntutan mereka, apabila mereka berjaya mencapat kata sepakat...Israel rasakan ini satu ancaman kepada mereka.

"Israel tahu kerajaan perpaduan ini akan menjadi pencabar dan menimbulkan banyak isu yang menyusahkan mereka," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Awal Jun lepas, pergerakan Hamas dan Fatah akhirnya membentuk kerajaan perpaduan baharu Palestin dalam satu majlis angkat sumpah di hadapan Presiden, Mahmoud Abbas selepas 10 tahun terlibat dalam pertelagahan.

Majlis ringkas yang diadakan di ibu pejabat Abbas di Tebing Barat itu, turut menyaksikan pembentukan barisan Kabinet baharu yang terdiri daripada 17 anggota dari kalangan teknokrat, diketuai Perdana Menteri, Rami Hamdallah.

Pada 2007, Hamas merampas Genting Gaza menyebabkan pergerakan Fatah pimpinan Abbas hanya mentadbir Tebing Barat.

Penubuhan kerajaan perpaduan tersebut akan menjadi langkah terbaik untuk menamatkan perpecahan politik dalam mencapai pembentukan negara Palestin di Tebing Barat, Gaza dan timur Baitulmaqdis, yang dirampas Israel pada 1967.

Pada Rabu, serangan udara Israel di selatan dan tengah Semenanjung Gaza meragut 20 lagi nyawa pada Khamis termasuk tujuh wanita dan kanak-kanak menjadikan jumlah korban sejak tiga hari lalu kepada 70 orang.

Dalam pada itu kata Dr. Hafidzi, pertarungan merebut kuasa politik di antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman turut dilihat persaingan yang memburukkan keadaan di Gaza.

Jelasnya, Netanyahu kini dilihat cuba menjadi 'hero' di mata rakyat Israel dengan mengerahkan peningkatan serangan di Gaza.

"Masing-masing hendak buktikan tentang semangat membela dan melindungi rakyat Israel.

"Cabaran antara dua pemimpin ini disifatkan terbuka dan cubaan mengaut sokongan rakyat Israel dilihat dapat ditunjukkan dengan menyerang Gaza," ujarnya.

Dr. Hafidzi menambah, tuduhan Israel dalam kes penculikan tiga remaja di Tebing Barat dijadikan justifikasi yang memberi gambaran seolah-olah penduduk Gaza merupakan penjenayah.

"Israel menuduh dan tidak menyedari mereka sendiri telah memasukkan dalam penjara dan membunuh lebih 40,000 rakyat termasuk kanak-kanak Palestin selama ini," jelasnya.

Sementara itu, Mahmoud pada Selasa  menggesa supaya serangan tersebut dihentikan dengan segera.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my


ANGKA KEMATIAN ORANG AWAM LEBIH RAMAI AKIBAT SERANGAN ISRAEL DI GAZA.


Angka kematian mungkin lebih dari yang dilapor media asing - wartawan

email
comments
Angka kematian mungkin lebih dari yang dilapor media asing - wartawan
Gaza: Angka kematian mungkin lebih dari apa yang dilaporkan media antarabangsa - wartawan
GAZA: Angka kematian akibat serangan udara Israel mungkin lebih daripada angka yang telah dilaporkan oleh media antarabangsa.

Wartawan dan aktivis dari Gaza, Omar Ghraieb, berkata angka kematian pada hari kedua sahaja sudah mencecah 72 orang dengan lebih 500 orang tercedera.

Sementara itu, AFP melaporkan 70 orang terbunuh apabila serangan memasuki hari ketiga.

"Tentera Israel mensasarkan 50 buah rumah pada hari pertama. Mungkin 50 buah lagi semalam. Oleh itu, jumlah kematian pasti terus meningkat. Sudah terlalu banyak kematian dan kecederaan yang berlaku di hadapan mata.

"Apa yang pelik ialah bagaimana Israel akan mengebom sekali lagi rumah-rumah yang sudah dibom dan terus mengebom berulang kali Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza walaupun ia telah dibom dan dimusnahkan beberapa tahun lepas," tulis Ghraieb dalam blognyaGazaTimes.blogspot.com sebagai satu cara untuk berkongsi pandangan peribadinya tentang apa yang sedang berlaku di Gaza.

Beliau menambah, penggunaan kereta kebal, kapal perang, dan pesawat seolah-olah seperti satu peperangan yang besar.

"Israel mengebom sebuah kereta media di Rimal, pusat bandar Gaza. [Israel] juga mengebom ambulans milik Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di utara Gaza di mana tiga kakitangan perubatan tercedera.

"Kebanyakan yang mati dan cedera ialah wanita dan kanak-kanak. Itu menyakitkan hati saya," tulis Omar.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my
 

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH SELURUH NEGERI DI MALAYSIA UTK 2014.


APA NAK JADI DENGAN MELAYU MELAYU, JIKA MELAYU ISLAM MEREKA AKAN TAHU BATASAN AURAT.JIKALAU MELAYU....MELAYU..?.




Jika tadi kita dihidangkan dengan kisah berkemban ke bazar ramadan, kini ada pula kisah yang seakan-akan menyerupai kisah berkemban tadi, tapi yang ini berpakaian, tapi nampak 'isi kat dalam'.

Lebih menyedihkan, wanita ini dilihat memimpin tangan seorang kanak-kanak yang masih kecil manakala sebelah lagi tangan kanak-kanak tersebut dipimpin oleh orang lain. Jalan sebelah-sebelah takkan tak perasan baju jarang yang teramat tu.

Kepada kaum hawa di luar sana marilah kita sama-sama menjaga adab ketika berpuasa. Apa guna puasa kalau cuma dapat lapar dengan dahaga saja?  SiakapKeli.com

YAHUDI ISRAEL SUDAH SIAP SEDIA TENTERA DARAT UTK SERANG PLASTIEN DI BULAN RAMADHAN.NEGARA YG MENGAKU ISLAM BILA HENDAK BANTU SAUDARA SESAMA ISLAM LAGI ?.



Gaza : Israel mengesahkan sedang melakukan persiapan bagi melancarkan serangan darat di Semenanjung Gaza.

Persediaan itu dibuat ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bersiap sedia mengadakan mesyuarat gempar membincangkan isu keganasan yang semakin meningkat di kawasan itu.

Presiden Israel Shimon Peres memberitahu CNN serangan boleh berlaku dalam masa terdekat.

"Jika pelancaran roket berterusan, kita tidak akan menolak kemungkinan serangan darat," katanya.

Kereta kebal Israel sudah kelihatan berkumpul di sempadan Gaza dan Israel juga telah memanggil 40,000 anggota pasukan simpanannya.

Menurut penganalisa, tentera Israel yang memasuki Gaza berkemungkinan besar menghadapi senjata pembinasa kereta kebal oleh Hamas termasuk peluru Kornet yang diguna oleh Hezbollah ketika perang Lebanon 2006 selain bahan letupan buatan sendiri.

Kemungkinan juga anggota tentera Israel akan ditangkap bagi pertukaran tawanan perang.

Sekurangnya 74 warga Gaza terbunuh sejak Israel melancarkan Operasi ‘Protective Edge’ awal Selasa lalu untuk menghalang pelancaran roket.

Sehingga kini, tiada warga Israel yang maut.

Mesir juga telah membuka sempadannya di Rafah dan hospital di utara Sinai bersiap sedia merawat mangsa serangan itu, menurut agensi berita Mesir MENA.

Sementara itu, Ketua PBB Ban Ki-moon memberi amaran krisis ini boleh bertambah buruk dan menjadi tidak terkawal dalam sekelip mata dan berkata, risiko keganasan akan berleluasa menjadi semakin nyata. 

"Kawasan Gaza tidak mampu terlibat dalam satu lagi peperangan besar," katanya.

Ban sudah bercakap dengan Peres, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi serta Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry mengenai krisis ini.

Majlis Keselamatan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan
krisis ini, malam ini.

Keganasan kali ini adalah yang paling buruk di Gaza sejak November 2012 dengan 750 serangan udara Israel dalam tempoh 48 jam. - AFP

Selasa, 8 Julai 2014

UGUT BUNUH IBU KRN SOLAT DAN MENGAJI AL-QURAN..

Lelaki ugut bunuh ibu kerana marah dengar ibu solat dan mengaji di Tepoh

Ismail mengaku salah membuat ugutan terhadap ibunya di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam.
Seorang penganggur mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengugut mahu membunuh ibunya kerana bengang dan melarang mangsa menunaikan solat serta mengaji al-Quran. Tertuduh, Ismail Mansor, 34, dari Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayahdibacakan di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah.
Ismail didakwa melakukan kesalahan jenayah dengan mengancam mahu mendatangkan cedera kepada ibunya, Mek Azizah Yusof, 55, dengan niat menyebabkan mangsa merasa cemas. AT-M Ad Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman mereka di Tepoh, di sini, jam 9 malam pada 13 Jun lalu.
Bagi kesalahan itu, Ismail yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Sejurus pengakuan bersalah Ismail direkodkan, Nurunaim menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan Ismail diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.
Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu menonton televisyen didatangi Ismail yang hendak menghentak kepalanya dengan lesung batu sambil mengugut mahu membunuh mangsa beberapa kali. Terkejut dengan situasi itu dan melihat keadaan Ismail yang seperti dirasuk itu, mangsa masuk ke dalam bilik tidurnya sebelum mengambil keputusan melarikan diri ke rumah jirannya bagi mendapatkan bantuan. Bimbang keselamatan diri dan ahli keluarga pada masa akan datang, mangsa nekad membuat laporan polis dan tertuduh ditahan di rumahnya pada jam 2.15 pagi pada 15 Jun lalu.-Harian Metro

UMAT ISLAM MULA DIZALIMI OLEH ORG KAFIR MUNGKIN AKAN MENULARKAN KE NEGARA LAIN JIKA TIDAK DIBENDUNG DPD SEKARANG ?.

Buddhis: “Akan Kami Bunuh Semua Muslim di Myanmar”


Menggenggam pisau, parang, dan bambu, ratusan ekstremis Buddhis berpatroli ke sekujur Mandalay -- kota terbesar kedua di Myanmar -- seraya meneriakan ancaman akan membunuh semua Muslim.

"Kami akan bunuh semua umat Islam," teriak mereka saat berbaris di jalan-jalan, setelah menghadiri pemakaman seorang pria Buddha tewas saat kerusuhan Muslim-Buddhis, Rabu (3/7).

Kerusuhan juga menewaskan seorang pria Muslim, yang dikeroyok disergap dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan shalat subuh. Muslim yang tewas adalah warga asli Myanmar, dan aktivis Dialog antar-Iman.

Kekerasan Muslim-Buddhis meletus awal pekan ini. Sekitar 300 umat Buddha, termasuk 30 biksu, menyerang sebuah warung teh milik warga Muslim yang diduga memperkosa wanita Buddhis.

Umat Buddha melempari properti Muslim dengan batu, merampok toko, rumah, merusak masjid dan mobil, serta melukai beberapa Muslim dengan pisau.


Polisi Myanmar mengerahkan ratusan personel, dan membuat perintang kawat berduri, serta memblokir jalan-jalan ke lingkungan mayoritas Muslim. Pengamanan pasif ini diharapkan dapat mencegah sepeda motor dan mobil penyerang mendekati properti Muslim.

Namun tidak ada upaya kepolisian melucuti senjata umat Buddha, atau menangkap biksu penggerak kerusuhan. Bahkan polisi tidak melakukan apa-apa ketika umat Buddha berparade di jalan-jalan dengan senjata tajam di tangan.


Yang terjadi adalah polisi menggeledah rumah-rumah warga Muslim, menangkap lima orang dengan tuduhan menyimpan senjata tajam. Padahal, pisau yang disimpan adalah pisau upacara.

"Polisi pasti tahu itu pisau upacara," ujar Ossaman, imam masjid terbesar di Mandalay. "Mereka tidak melanggar hukum."

Muslim Myanmar terdiri dari berbagai latar belakang; India, Tiongkok, dan Bangladesh. Mereka telah ada di Myanmar sejak ratusan tahun. Jumlah mereka mencapai empat persen dari 60 juta penduduk Myanmar.




Tahun 2012, kerusuhan anti-Muslim hanya terjadi di Rakhine. Mayoritas penduduk Buddha berusaha mengusir keluar Muslim Rohingya, yang dianggap pengungsi Bangladesh.

Belasan Muslim Rohingya menjadi korban, ribuan lainnya mengungsi. Kelompok HAM menuduh pasukan Myanmar memperkosa, membunuh, dan menyiksa, Rohingya.

Kerusuhan juga terjadi di Meikhtila. Sekitar 40 Muslim terbunuh, dan beberapa masjid dibakar. Tidak ada reaksi keras dari negara-negar mayoritas Muslim seperti Indonesia. (*

BARU BERUSIA 10 TAHUN SUDAH TERLIBAT DGN 23 KES KECURIAN DAN PECAH RUMAH , BAGAIMANA JIKA BERUSIA LEBIH LAGI ?.

‘Toyol’ 10 Tahun Terlibat 23 Kes Kecurian, Pecah Rumah

PETALING JAYA – Dia bukan anggota geng kongsi gelap, bukan penyamun, jauh sekali perompak. Kalau dilihat dari luaran dia hanyalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.
Namun, siapa sangka dalam usia semuda itu dia mendapat gelaran Raja Toyol selepas terbabit dalam tidak kurang daripada 23 kes kecurian membabitkan kes pecah rumah, kecurian tabung masjid dan kedai runcit di kawasan Kampung Sungai Ara, Damansara, di sini, sejak setahun lalu.
Meskipun sudah acap kali ditangkap penduduk kampung kerana mencuri, bahkan pernah dibelasah kerana perbuatannya itu, budak lelaki yang sudah tidak bersekolah ini tidak serik, malah bertambah aktif seolah-olah mencuri menjadi kerjaya sepenuh masanya.
Difahamkan kanak-kanak ini hanya memerlukan tempoh yang singkat untuk melarikan wang yang disimpan di dalam rumah tanpa disedari oleh pemiliknya. Sudah beribu ringgit masuk ke sakunya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Sungai Kayu Ara, Ramli Daud berkata, kanak-kanak itu pernah diserahkan kepada polis tetapi dibebaskan semula kerana dia di bawah umur.
“Dia bergerak seorang diri di dalam kampung dan sasaran utamanya adalah wang.
“Baru-baru ini dia pernah ditangkap dan apabila ditanya ke mana wang curi itu dibelanjakan, dia dengan selamba memberitahu wang itu digunakan untuk berhibur di pusat siber. Saya yakin dia berkawan dengan budak yang lebih besar dan di situlah wang itu dibelanjakan,” katanya.
Menurut Ramli, kanak-kanak ini melakukan kerja tidak kira siang ataupun malam. Jika ada peluang dia akan masuk ke dalam rumah sesiapa sahaja tanpa disedari.
“Dia akan sasarkan wang yang disimpan di dalam rumah, tidak kira di dalam poket seluar, almari mahupun laci.
“Peliknya dia boleh tahu di mana wang itu disimpan dan dengan tubuhnya yang kecil dia boleh masuk ikut lubang kecil selain tahu membuka gril pintu rumah,” katanya.
Jelas Ramli lagi, masalah itu sukar diselesaikan kerana keluarga kanak-kanak ini langsung tidak mengambil berat terhadapnya.
“Dia anak ketujuh daripada lapan adik-beradik dan tinggal bersama ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Keluarganya sudah lali dengan cerita kanak-kanak itu ditangkap.
“Ramai yang nasihat ayahnya supaya tidak membiarkan anaknya terus begitu, tetapi tidak diendahkan,” katanya. -sinar

PENDUDUK KAMPUNG MURTAD KRN SURAU TIDAK BERAZAN SEJAK 1996.

Masjid Ini Sudah Tidak Berazan Sejak 1996, Seluruh Penduduk Kampung Murtad!

Laporan Jemaah Doktor Rosmadi Nawi 07-07-14
SEJAK 1996 MASJID TIDAK DIAZANKAN LAGI
100% Penduduk Kampung itu telah di murtadkan
KITA ASYIK GADUH PASAL PENGEMIS..SAUDARA KITA LUPAKAN
Kita asyik berpolitik mencari salah musuh politik kita. Tapi nasib umat Islam di pedalaman Sabah kita lupakan. Jika mahu bersedekah, di sinilah tempatnya. Kita gagal pertahankan agama saudara kita kerana kita tidak pedulikan iman, makan minum mereka. Mari kita ikuti kisah Dr Rosmadi yg kini di bulan Ramadhan sedang berdakwah di negeri Sabah.
Doktor Rosmadi Nawi salah seorang Doktor Mata yg byk menghabiskan masa berkorban di jalan Allah dan jemaah Doktor Rosmadi sekarang sdg bergerak selama 40 hari di Sandakan.
Ceritanya, “Menjejaki masjid yg sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan. Kampung tersebut terletak kira2 setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dlm hutan tersebut ada tinggalan masjid. Setelah meredah semak sejauh kira2 70m dari jalan ternampak samar2 bangunan usang di sebalik semak samun.
“Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dlm dgn terpaksa meredah serpihan bumbung yg runtuh dan kotoran yg bertimbun di dalam masjid tersebut. Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dlm masjid itu. Jemaah kami, Badrul Munir melaungkan azan dgn sayu kemudian kami solah sunnat 2 rakaat di rumah Allah yg telah hampir 20 tahun kesepian. Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yg termampu, kami beredar dgn perasaan sedih.”
Usaha gigih missionary Kristian yg bertubi2 di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri. Masjid itu kali terakhir digunakan pada tahun 1996. Mengapa ia berlaku?
Ianya berlaku apabila umat Islam sbg pendokong agama yg haq tidak menjalankan tugas mereka yg sebenarnya sebagai Dae’i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak dan memainkan peranan mereka. Kita alpa mencari salah musuh politik hingga agama lain mengambil kesempatan ke atas kita.
Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae’i…… InsyaAllah…
Coretan Dr. Rosmadi Nawi (Disunting oleh saya sendiri)..Jazakallah Maulana Ali.