Sabtu, 10 Mei 2014

TIP MELANCONG MENAIKI KERETAPI .

Tip melancong: Berlibur naik kereta api

Oleh Suliati Asri
Sepanjang perjalanan, pemandangan yang disajikan memang memukau. Lebih menarik jika perjalanan itu merentas beberapa negara yang memiliki keindahan alam dan muka bumi menakjubkan.
Perjalanan yang mengambil masa panjang itu pastinya tidak membosankan dengan panorama menarik. 
Itu yang pastinya akan dirasai anda saat bercuti menggunakan kereta api. Perjalanan juga lebih santai kerana memberi peluang anda berehat. 

Namun, bercuti dengan kereta api memberikan situasi berbeza berbanding menaiki kenderaan peribadi atau pesawat.
Foto
PEMANDANGAN indah dipertontonkan saat bercuti menaiki kereta api.

Jika menaik kereta peribadi, anda bebas membawa seberapa banyak barang yang diinginkan dan apabila menaiki pesawat, anda tidak perlu risau memikirkan soal barang.

Jika menaiki kereta api, barangan yang dibawa adalah tanggungjawab sendiri dan perlu sentiasa dijaga. 

Justeru, mengemas barang yang dibawa ketika bercuti dengan kereta api perlu dititikberatkan dan mempunyai teknik tersendiri. 

Supaya tiada barang yang hilang serta memudahkan anda menguruskan barangan saat menaiki kereta api untuk ke destinasi percutian, cuba semak tip melancong untuk mengemas barang. 

Ia bagi mengelak menyusahkan anda terutama jika menaiki kereta api kelas ekonomi. 

Ia mungkin dapat membantu anda, sekali gus mengelak sebarang masalah nanti. 


Gunakan beg yang ringan dan mudah dibawa 

Mengangkut beg yang besar dan berat sepanjang berada di stesen kereta api sememangnya merimaskan. Apalagi ketika ramai orang. Situasi itu boleh saja membuatkan anda kehilangan ‘mood’ percutian yang indah saat menaiki kereta api. 

Justeru, bagi mengelak keadaan itu, gunakan beg yang ringan dan mudah dibawa. Penggunaan beg beroda dan mempunyai pemegang yang kuat amat membantu kerana ia menyenangkan anda mengendalikannya. 

Namun, biar beg itu tahan lasak supaya jika terjadi sebarang masalah seperti beg terjatuh, barang dan beg anda tetap selamat. 

Bagi memudahkan anda mengangkat dan menjaga barangan yang dibawa, peng­gunaan beg sandang adalah pilihan tepat. 

Membahagikan bara­ngan yang dibawa kepada dua beg kecil supaya lebih mudah dibawa juga adalah satu langkah bijak. Dengan pembahagian barang itu kepada dua beg kecil memudahkan anda mengendalikannya dan tidak perlu ke hulu hilir dengan satu beg yang sangat besar. 


Pilih barangan yang perlu dibawa 

Jika sudah menentukan saiz dan jenis beg yang akan digunakan untuk percutian dengan menggunakan kereta api, periksa pula barangan yang perlu anda bawa. 

Pertama pakaian.Bawa baju yang berwarna gelap seperti hitam, senang kering dan sesuai untuk semua keadaan atau tempat yang dituju sepanjang anda bercuti. 

Pemilihan pakaian berwarna hitam adalah pilihan tepat. Ini kerana anda boleh mencuci dan memakainya berulang kali dan hanya menggantikan aksesori. 

Selain itu, kelengkapan mandi seperti sabun mandi, sabun cuci muka, berus gigi termasuk krim muka dan minyak rambut biar berukuran kecil. 


Bawa beg kecil bersama anda 

Barang tercicir atau kecurian mungkin boleh berlaku bila-bila masa. Justeru, jika meletak barang di atas tempat duduk ketika berada dalam kereta api, sebaiknya anda menguncinya terlebih dulu bagi mengelak kecurian. 

Sebaiknya, barangan berharga seperti dompet, telefon bimbit, kad pengenalan atau pasport, tiket kereta api dan benda penting lain disimpan dalam beg kecil supaya anda boleh menjaganya dengan mudah. 

Selain anda akan sentiasa memegangnya, ia juga memudahkan anda untuk mencari barangan yang penting itu apabila diperlukan. 


Jaga barang berharga anda 

Bila anda ke bilik air atau turun dari kereta api sebentar untuk merenggangkan otot-otot kerana perjalanan jauh, bawa bersama beg kecil yang mengandungi barangan berharga. 

Selain itu, sentiasa berhati-hati dengan penyeluk saku dan mereka yang berniat jahat. 


Bersiap untuk perjalanan malam yang panjang 

Bercuti dengan kereta api biasanya akan mengambil masa lama dan kereta api biasanya akan berlepas pada waktu malam. 

Oleh itu, untuk memberikan keselesaan, sediakan ruang kosong dalam beg anda untuk menyimpan bantal kecil dan selimut nipis yang dapat digunakan apabila tidur malam dalam kereta api. 

Mahu lebih selesa, jangan lupa membawa penutup mata serta pemain MP3 untuk mendapatkan tidur lebih selesa dan nyenyak.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/01

MOHD MARHAN MILIKI AL-QURAN HASIL TULISAN TANGAN.

Miliki al-Quran tulisan tangan
  • Miliki al-Quran tulisan tanganMohd Marhan menunjukkan al-Quran tulisan tangan yang diperolehnya daripada kenalan yang tinggal di Indonesia.
 1 / 1 
BATU PAHAT - Seorang pemuda di Parit Raja, di sini, mendakwa memiliki al-Quran ditulis tangan yang diperolehnya daripada kenalan di Indonesia.

Dia turut mendakwa pihak Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah melihat al-Quran berkenaan yang dipercayai berusia lebih 200 tahun.

Pemiliknya, Mohd Marhan Lazim, 29, berkata, dia memperoleh kitab suci itu dua tahun lalu ketika mengunjungi kenalan yang tinggal di Cerebon, Indonesia.

Menurutnya, keadaan kitab suci itu cukup berbeza kerana selain ia dihasilkan dengan tulisan tangan, ia juga tidak mempunyai baris tertentu seperti al-Quran biasa.

“Al-Quran ini mempunyai huruf sahaja seperti tulisan jawi. Hanya orang tertentu boleh membacanya dan saya sekarang masih belajar untuk membaca ia.

“Pernah satu ketika, ada individu ingin menawarkan harga tinggi untuk mendapatkan ia daripada saya, tetapi saya belum terfikir untuk menjualnya buat masa ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia juga nekad untuk khatam membaca al-Quran itu dahulu dan beranggapan ia peninggalan cukup berharga daripada orang terdahulu dalam meluaskan syiar Islam di rantau ini.

Mohd Marhan berkata, YWJ masih melakukan kajian terperinci terhadap kitab suci berkenaan.

“Selain al-Quran lama berkenaan saya juga menyimpan beberapa barangan lama yang lain, seperti syiling lama, keris, tombak dan pelbagai barangan yang lain yang saya peroleh dari pelbagai tempat.

“Antaranya ialah Kota Tinggi, Melaka, Gunung Ledang, Gunung Jerai, Minyak Beku serta mendapatnya daripada kenalan saya yang mempunyai minat yang sama dengan cara bertukar barangan yang dimiliki,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN

PELUANG RAKYAT MALAYSIA LIHAT HUJAN METEOR 23, 24 MEI INI.

Peluang lihat hujan meteor pada 23, 24 Mei
  • Peluang lihat hujan meteor pada 23, 24 Mei
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear pada 23 dan 24 Mei ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam itu.

"Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," kata    Angkasa dalam kenyataan hari ini.

Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.

Selain keadaan cuaca dan awan tebal, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada tarikh hujan meteor itu.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaranberbuat demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau Observatori Negara Langkawi di talian 04-9668870. - Bernama
 
ARTIKEL BERKAITAN

Khamis, 8 Mei 2014

MALAYSIA BAKAL BERDEPAN DGN EL NINO JUN INI DIRAMAL.

El Nino diramal landa Malaysia mulai Jun ini

SEBAHAGIAN bot penambang tersadai dan penumpang terpaksa menangguhkan perjalanan akibat kemarau di Hulu Tembeling, Jerantut pada 2010.

KUALA LUMPUR - Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom (UK) meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.
Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini, namun jika ia berlaku kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini.
Bagaimanapun, mereka mengingatkan pihak berkuasa terutamanya yang berkaitan pengurusan bekalan air supaya membuat persediaan awal menghadapi fenomena El Nino itu bagi mengelakkan krisis bekalan air yang serius.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/

HUKUM PAKAI LOCENG KAKI BAGI PEREMPUAN ISLAM.

Thursday, May 8, 2014

Pemakaian Loceng Kaki Dilarang


Soalan
Saya ingin mengetahui dengan lanjut pemakaian gelang kaki bagi wanita Islam yang mana bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja lain untuk berpaling melihat ke arahnya?


Adakah salah jika saya memakaikan gelang kaki kepada anak perempuan saya yang berumur tiga tahun? Tujuan saya memakaikannya gelang adalah kerana mudah untuk memantau pergerakannya di rumah.

Jawapan
Setiap Muslim dan Muslimah hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja.

Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.
Itu sebabnya ia dihukum haram apabila bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): 31)
Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.
Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus.
Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.
*Sumber dari www.islamituindah.my

PUTING BELIUNG YG DIGELAR '' API SYAITAN ''.

Pelik! Foto Puting Beliung Api Digelar "Api Syaitan" Dirakam.

GAMBAR puting beliung api berjaya dirakamkan Copelin di Chilicothe, Missouri pada Sabtu lalu.

CHILICOTHE, Missouri - Satu kejadian yang kadangkala dikenali sebagai 'api syaitan', lapor portal berita KMBC.com kelmarin.

Gambar 'api syaitan' itu merupakan puting beliung api berlaku apabila seorang petani membakar kawasan tanamannya pada Sabtu lalu.

Seorang pemandu, Janae Copelin sempat merakamkan gambar tersebut dan menyiarkannya di laman bergambar Instagram.

Ketika kejadian, Copelin memandu sebuah kereta di sebuah lebuh raya.

Puting beliung itu berlaku apabila terdapat angin kencang. - Agensi


Jom saksikan video berikut ini:
 

BANDAR MEWAH TIDAK BERPENGHUNI.

Meskipun Berstatus Mewah Namun Bandar Ini Tidak Berpenghuni.

 Penduduk tempatan menyebutnya sebagai ' Bandar Mati ' . Ini adalah sebuah ' bandar hantu ' di mana tidak ada penduduk hidup di dalamnya . Lebih dari seratus bangunan berdiri kosong , setelah dibina enam tahun lalu untuk penduduk di Bandar Beihai , di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang .

Bandar itu dibina untuk memenuhi peningkatan kelas orang kaya baru , yang dijangka bakal melabur dan membeli dengan cepat hartanah di bandar tersebut . Banyak di antara bangunan di bandar itu dijual.

Penduduk China tidak dibenarkan untuk melabur di luar negeri , sehingga ada letupan nyata dalam dunia hartanah di saat orang mencari pelaburan yang selamat untuk kekayaan mereka .

Dalam usaha untuk melayani mereka ingin melabur di bidang hartanah , seluruh bandar telah dibina lengkap dengan bangunan pencakar langit , pusat membeli-belah , jalan raya , dan taman . Namun , dengan tidak adanya penduduk , bandar itu berubah menjadi ' bandar mati ' kerana jauh dari pusat - pusat ekonomi penting .

Beberapa pekerja di China  telah melabur tabungan mereka hingga ke tiga generasi dari satu keluarga hanya untuk membeli hartanah di bandar itu . Tetapi mereka tidak mahu membeli salah satu rumah di sana kerana bandar itu terlalu jauh dari pusat - pusat bandar utama dan membuat kota itu dibiarkan tanpa penduduk sama sekali .

Kebanyakan dari mereka , yang berharap adanya pertumbuhan dalam nilai hartanah , beranggapan melabur di sana akan berisiko . Para pemerhati percaya China telah kelebihan harta , yang boleh menyebabkan berlakunya gelembung perumahan dari harta - harta yang kosong .

Namun , pihak lain mengatakan pemodenan di China merupakan kisah urbanisasi terbesar yang pernah ada di dunia , dan bandar - bandar ' mati ' seperti itu akan segera menjadi wilayah metropolitan yang berkembang .

Selepas enam tahun dibina dan dengan tidak ada manusia hidup di dalamnya , beberapa bangunan di bandar itu akan memerlukan lebih banyak wang yang akan dibelanjakan untuk melindungi mereka daripada kerosakan .

Proses pembinaan bandar itu tidak hanya menggaji ratusan ribu penduduk China , tetapi juga telah membuat ratusan ribu penduduk tempatan terpaksa harus pergi dari tanah dan rumah mereka agar dapat membuat jalan bagi projek - projek pembinaan .

" Ini suatu kegilaan , rumah - rumah dibina hanya untuk dibiarkan kosong ! " kata salah satu penduduk tempatan yang terpaksa harus tinggal di sebuah pondok kayu .





HUKUM JUAL AIR ZAM-ZAM - USTAZ AZHAR IDRUS.

Ustaz Azhar Idrus – Hukum Jual Air Zam-Zam

Assalamualaikum wbt,
ustaz-azhar-idrus-hukum-men
Masih ramai yang bertanya apakah hukum menjual / mengedar air zam zam? Bukankah ianya percuma? Jom kita dengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus – Hukum Jual Air Zam-Zam:
Tagged with: ,,

BATU KONO DIJUMPAI OLEH PETER LINDBERG DASAR LAUTAN BALTIK.

struktur kuno berbentuk disk di dasar lautan baltik...seperti batu tapi bukan batu... panjang 60 meter tinggi 8 meter...ditemui oleh peter lindberg, dennis asberg dan tim 'ocean x' dari sweden pada jun 2011...dianggar lebih 140,000 tahun...kemungkinan tinggalan leluhur tamadun melayu atlantis... (4 gambar)

Sabtu, 3 Mei 2014

KUBUR SEORANG WANITA BERCAHAYA KETIKA HENDAK DIKEBUMIKAN.

5 Gambar kubur jenazah wanita bercahaya ketika hendak dikebumikan

on Thursday, April 24, 2014 



Subhanallah... Satu keajaiban telah berlaku di Tanah Perkuburan Changkat Jering apabila seorang Jenazah Wanita yang hendak dikebumikan dikatakan bercahaya.

Jenazah Wanita bernama Haslinatul Adzlin itu berasal dari Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak meninggal dunia pada 20 April 2014 lalu berpunca daripada kanser payudara.

Malah, gambar wajah Allahyarham Haslinatul kelihatan tenang, berseri-seri dan seakan senyum selepas dimandi dan dikafankan.

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Mungkin juga ia adalah ganjaran yang diterima untuk apa yang beliau lakukan ketika hidupnya.

Sebagai umat Islam, semoga kita mendapat sedikit iktibar daripada gambar-gambar ini dan kita doakan Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Al-Fatihah