Khamis, 6 November 2014

DIFAHAMKAN ADA MAKHLUK LAIN YG TERLIBAT DI GUNUNG GAJAH TEROM.

MISTERI ! MAHLUK LAIN TERLIBAT DALAM MARATHON GUNUNG GAJAH TEROM



Hasil laporan bedah siasat ke atas pelajar yang ditemui maut selepas empat hari hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dikatakan berpunca akibat lemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Rosli Mohd Amir berkata menerusi bedah siasat di Hospital Hulu Terengganu, pihaknya tidak menolak mangsa telah meninggal sekitar 72 jam (3 hari) sebelum mayatnya ditemui di celah batu oleh anggota penyelamat petang semalam.

"Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa lemas namun tidak terdapat kesan kecederaan serius pada anggota badan mangsa,". SUMBER

Makluk Lain Juga Penghuni Hutan :

Memang benar apa yang dibuat oleh unit forensik hospital Hulu Terengganu dengan teknologi masa kini yang canggih serta tepat pada Sains nya akan tetapi kita tidak boleh menolak akan kewujudan MAKLUK lain didalam hutan tersebut.

Didalam Al-Quran juga ada menyatakan tentang kewujudan Jin dan Iblis yang mana manusia tidak boleh nampak dalam bentuk asalnya dan hanya  akan melihat dalam jelmaan yang pelbagai bentuk.

Oleh yang demikian sesuatu kejadian itu adalah kehendak ALLAH SWT dan ia telah tertulis kepada setiap  MaklukNYA yang berada diatas muka bumi ini dan tidak mustahil dengan apa yang berlaku kebelakang ini.

Jadi admin akan berkongsi sekeping gambar yang telah disebarkan di media sosial dan admin cuba meneliti gambar tersebut bahawa ia nya benar akan kewujudan makluk lain.

Masyaallah... Nauzubillah... - infohub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan