Khamis, 9 Oktober 2014

BATU MISTERI DIPERCAYAI TAHI BINTANG JATUH DI KUARI BOSNIA.

Anda di sini: Laman Utama | Dunia »

Batu misteri jatuh di kuari Bosnia

email
comments
Batu misteri jatuh di kuari Bosnia
KOSTAJNICA: Seketul batu misteri dipercayai meteor atau tahi bintang dilaporkan jatuh di sebuah kuari di Bosnia.

Pemilik kuari, Dimitrije Tatic berkata, berat batu berkenaan dianggarkan kira-kira tujuh tan.

Ia menarik perhatian ramai dan dikatakan jatuh ke bumi dalam insiden letupan meteor di Rusia minggu lalu.

Sebaik kehadirannya diketahui umum, ia menjadi tumpuan ramai sepanjang masa khususnya saintis dan pelajar sekolah.

Menurut Tatic, masyarakat setempat mempercayai kejadian batu jatuh dari langit kerana kisah itu disampaikan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

“Mengikut cerita orang tua ada batu besar yang jatuh di sini dari langit kira-kira 200 tahun yang lalu. Mereka percaya bahawa ia jatuh dari bulan. Ia begitu panas sampai mustahil untuk mendekati dan apabila ia jatuh dekat rumah."

Tatic juga mendakwa, pekerja di kuari tersebut pernah menemui batu yang serupa ketika melakukan kerja-kerja menggali beberapa tahun lalu.

Pada minggu lalu, kira-kira 1,500 orang cedera selepas sebuah meteor meletus di ruang udara pergunungan ural di Rusia.

Ia dianggarkan seberat 10 tan, memasuki atmosfera bumi pada kelajuan 54,000 kilometer sejam sebelum pecah dan bertaburan kira-kira 30 hingga 50 kilometer dari bumi.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan