Isnin, 1 September 2014

KEWUJUDAN SEEKOR NAGA PUTIH DI TEMBAK MATI DI DUSUN MILIK BOON CHIN YO ?.

Siva Das telah menambah 4 foto baru — bersama Ika Brsagala.
ejak kebelakangan ini selalu kehilangan beberapa ekor arnab yang diternak di dalam kawasan dusun tersebut. Pemilik dusun Boon Chin Yo sedang tidur di bilik tingkat 2 rumah tersebut terjaga apabila terdengar bunyi jeritan arnab dan bunyi ganjil seakan bunyi harimau. Pemilik dusun terus intai daripada tangga dapati seekor haiwan ganjil yang mempunyai sepasang tanduk dan misai panjang sedang meratah seekor arnab jantan. Oleh kerana cemas, beliau terus mengambil senapang auto dan melepaskan 8 das tembakan menyebabkan haiwan ganjil tersebut tersungkur ke lantai. Setelah mempastikan haiwan tersebut benar-benar telah mati beliau amat memperanjatkan apabila mendapati ia adalah seekor naga putih berbulu seakan-akan bulu arnab. Beliau yang ditemui pemberita berkata, "betapa saya tidak menyangka haiwan itu seekor naga putih. Amat mengejutkan saya" kerana menurut kepercayaan cina apabila seekor naga memasuki rumah akan membawa 'ong' dan tanduknya boleh mencecah harga jutaan ringgit. Walaubagaimanapun, beliau tidak bercadang untuk menjual mana-mana bahagian anggota badan haiwan ajaib tersebut kepada mana-mana pihak dan akan mengawet bangkai haiwan tersebut untuk tatapan umum.
SukaSuka ·  · 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan