Jumaat, 6 Februari 2015

BERSIAR DI TASIK NAIK KAPAL KERTAS.

Bersiar di tasik naik sampan kertas

LONDON – Sepasukan jurutera di Britain mencipta sebuah sampan diperbuat daripada kertas yang boleh dinaiki oleh seorang manusia selama dua jam.

Sampan seberat sekitar 100 kilogram itu dihasilkan daripada segulung kertas khas sepanjang 93 meter yang dicantumkan dengan menggunakan 10 liter gam dan 150 meter pita pelekat.

Sampan berkenaan kemudiannya digunakan untuk bersiar-siar di sebuah tasik di selatan bandar raya ini. Sampan unik itu terapung selama dua jam sebelum tenggelam.




Seorang jurutera, Morwenna Wilson berkata, dia dan rakan-rakannya menggunakan kertas yang lebih kuat dan lebih kalis air untuk memastikan sampan itu mampu kekal lama dalam air.

“Kami membina sampan ini kerana mahu menarik minat kanak-kanak mengenai sains dan memberi inspirasi kepada mereka,” katanya.

Ujarnya, sampan itu juga merupakan salah satu promosi untuk acara tahunan Bing Bang Fair yang mempromosi kerjaya dalam bidang sains, teknologi dan matematik. – Agensi

GAMBAR-GAMBAR KEADAAN SEGITIGA BERMUDA SETELAH KERING.

Gambar- Gambar Keadaan Segitiga Bermuda Setelah Kering

 5 comments :
Menggunakan bantuan teknologi terkini yang dipanggil Sonar Mapping, sekumpulan pengkaji Barat berjaya menggambarkan rupabentuk muka bumi di dasar lautan paling misteri di dunia, Segitiga Bermuda. Berikut adalah antara snapshot yang dipetik daripada dokumentari National Geographic, Drain The Bermuda Triangle.















Dan ini pula adalah Great Bahamas Banks, ketinggiannya adalah tiga (3) kali ganda ketinggian gunung-ganang di Grand Canyon.









Ramai di antara kita yang mengaitkan kehilangan pesawat terbang dan kapal-kapal di Segitiga Bermuda ini dengan tarikan magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda. Persoalan mengenai daya kuasa magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda boleh jadi juga telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak berkepentingan atas sebab-sebab tertentu. Atau, mungkin memang benar 
daya tarikan magnet di Segitiga Bermuda sememangnya lemah bahkan tiada langsung. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui segala isi-isi di langit dan di bumi-Nya.




Namun ingin sekali saya kongsikan kepada anda sebuah hadith berkenaan Ibnu Sayyad. Hadith ini tergolong dalam hadith-hadith Dajjal. Para ulama berselisih pendapat mengenai Dajjal - antara pendapat yang diperdebatkan adalah samada Dajjal itu adalah sebuah sistem, bangsa atau Dajjal itu ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih manusia dan jin yang kini sedang disembunyikan di alam ghaib. Ulama yang berpegang kepada pendirian bahawa Dajjal itu adalah sebuah sistem dan bangsa, merupakan ulama moden dan teori ini mula diketengahkan ketika era kemerdekaan negara-negara Timur Tengah daripada empayar British. {1} Namun, ulama Islam sedunia secara rasminya berpegang kepada pendapat bahawa Dajjal itu ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih manusia dan jin. Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal, namun mempunyai sifat-sifat Dajjal sehinggakan para sahabat Nabi Muhammad SAW juga menyangka bahawa beliau adalah Dajjal yang sering disebut-sebut oleh para Nabi dan Rasul sebelum itu. {2}

Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a, dia berkata;

"Bahawasanya ada seorang wanita Yahudi di Madinah melahirkan anak lelaki dalam keadaan (sebelah) matanya terhapus dan taringnya nampak (panjang). Rasulullah SAW khuatir kalau-kalau anak lelaki itu Dajjal. Lalu Baginda mencarinya, dan didapati dia sedang mengdengkur di balik selimut. Melihat kedatangan Rasulullah SAW, ibu anak itu memberitahu; "Hai Abdullah, ini ada Abul Qasim datang. Keluarlah dari selimut, temui dia!" kata Rasulullah SAW. "Kalau saja ibunya membiarkan, tentu anak itu akan berbicara berterus terang." Namun demikian tetap juga beliau bertanya, "Hai Ibn Sayyad, apa yang kamu lihat?" dia jawap, "Saya melihat kebenaran dan melihat kebatilan. Saya juga melihat 'Arsy di atas air." Rasulullah SAW bertanya, "Apakah  kamu percaya bahawa aku Rasul Allah?" Dia malah balik bertanya, "Apakah kamu juga percaya bahawa aku Rasul Allah?" Rasulullah SAW menyatakan, "Aku beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya." Kamudian Baginda pergi meninggalkannya. Rasulullah SAW datang mencarinya lagi di kebun korma mereka. Kali ini pun ibunya memberitahu, "Hai Abdullah ini ada Abul Qasim datang." Oleh kerana itu Rasulullah SAW pun berkata, "Ada apa dengan perempuan ini?" Semoga Allah memeranginya. kalau saja dia membiarkan, pastilah anak itu akan berterus-terang." {3}
Dari Abi Sa'id; berkata Abi Sa'id, "Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar bertemu dengan Ibn Sayyad di suatu jalan di Madinah, maka Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah" ia bertanya kembali, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku utusan Allah?" Baginda bersabda, "Aku beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya. Apa yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat singgahsana di atas air." Baginda bersabda, "Kamu melihat singgahsana iblis di atas laut. Apa lagi yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat orang-orang jujur dan pendusta." Bersabda Rasulullah SAW, "Kesamaran atas dakwaannya ini. Biarkan dia." {4}

Mungkin apa yang kita lihat adalah sesuatu yang 'hanya perlu' untuk kita lihat. Dan apa yang belum kita lihat adalah sesuatu yang 'tidak pelu' untuk kita lihat. Wallahu A'lam Bishawab.

ps: Fakta mengejutkan yang penulis perolehi selepas menonton dokumentari ini, adalah Tsunami yang melanda sebahagian kawasan di Asia pada tahun 2004 berpunca daripada sebuah 'insiden' di dasar lautan Segitiga Bermuda.

Sumber aku-macjay

Jumaat, 30 Januari 2015

OASIS BERUSIA 2,000 TAHUN DITEMUI .

Oasis Berusia 2,000 Tahun Yang Hampir Ditelan Oleh Gunung Pasir Author : 

















Ida Scripters Pemerintah China berusaha untuk menyelamatkan sebuah oasis yang berusia 2,000 tahun yang terletak enam kilometer dari bandar Dunhuang, selatan China. Oasis yang merupakan kawasan berair di sebuah kawasan padang pasir itu kini dalam bahaya kerana ia boleh ditimbus dengan pasir. Kawasan oasis itu dikenali sebagai Tasik Bulan Sabit kerana bentuknya seperti bulan sabit. Paras air di kawasan berkenaan surut sejak beberapa dekad lalu sebelum pihak pentadbiran tempatan mula bertindak memasukkan air ke dalam tasik tersebut pada tahun 2006. Sumber: dailymail.co.uk 





MENAKJUBKAN KOMPUTER KUNO BERUSIA 2200 TAHUN DITEMUI.

Menakjubkan! Komputer Kuno Berusia 2200 Tahun Ditemui.



Mesin mekanikal yang ditemui di Antikythera, merupakan alat yang cukup kompleks pada masa 2200 tahun yang lalu, yang ditemui kira-kira tahun 1900 dari runtuhan kapal karam purba di Greece. Alat yang disebut "komputer" pada masanya itu, menjadi teka-teki lebih dari 100 tahun.

Kini, ahli arkeologi ingin menyelam kembali di runtuhan kapal karam kuno di Antikythera di mana mesin mekanikal ini dijumpai.Kali ini arkeologi Greece dan Amerika bekerja sama, menggunakan alat yang lebih canggih lagi yang disebut Exosuit.

Mesin yang cukup kompleks tersebut, terdiri dari 40 bahagian yang diperbuat daripada gangsa, di mana terdapat lingkaran bergerigi. Dipercayai arkeologi sebagai sistem untuk mengetahui perputaran tata suria.

Dengan pakaian Exosuit, yang boleh menyelam hingga kedalaman cukup ekstrem, penyelam akan dilindungi daripada tekanan air laut yang kuat. Sehingga pencarian alat-alat kuno lain boleh didapati kembali.



Exosuit ini boleh dibawa menyelam hingga kedalaman 150 meter, dan dibuat di Kanada oleh Nuytco. Baju menyelam ini juga dilengkapi dengan lampu, yang boleh memberikan cahaya di kegelapan laut.

"Dipekirakan ada lebih daripada satu dozen alat yang tertinggal di dalam sana, kapal ini membawa barang-barang berharga dari Asia kecil kala itu," ucap Dimitris Kourkoumelis, ahli arkeologi yang tergabung di dalam pasukan menyelam.

Jalur laut penemuan mesin ini, kala itu merupakan pusat perdagangan yang cukup ramai. Namun juga, disertai perampas yang senantiasa mengancam para pedagang kala itu.


Anda mungkin juga meminati:

Isnin, 19 Januari 2015

PUSARA PERANG DUNIA KEDUA.

Pusara Perang Dunia Kedua

Susunan Farhin Bohari 

am@hmetro.com.my

Lebih seribu kilometer dari negara terdekat, di dasar Lautan Pasifik, terdampar ratusan rangka kapal dan pesawat yang tenggelam ketika kemuncak Perang Dunia Kedua.
Lebih 40 kapal Jepun dan 250 pesawat ‘berkubur’ di dasar Truk Lagoon yang terletak kira-kira 1,800 kilometer dari Micronesia, menjadikannya yang terbesar seumpamanya
Kapal dan pesawat berkenaan karam dalam Operasi Hailstone yang dilancarkan tentera bersekutu selama dua hari 16 dan 17 Februari 1944 memberi tamparan hebat kepada kehadiran Jepun di Lautan Pasifik.
Sepanjang peperangan yang berakhir 70 tahun lalu, Jepun menggunakan kepulauan sekitar Truk Lagoon yang kini dikenali sebagai Chuuk sebagai pangkalan untuk menentang pasukan bersekutu di New Guinea dan Kepulauan Solomon.
Tujuh puluh satu tahun kemudian, kubur dalam laut itu kian popular dalam kalangan penyelam. Rangka pesawat itu menjadi tukun untuk membolehkan hidupan air seperti ikan membiak.
Nick Blake, 49, dari Woking, menyelam di kawasan berkenaan, Mei tahun lalu.
“Biasanya kami menyelam kira-kira sejam. Jika di kawasan lebih cetek, ia mungkin lebih lama. Selalunya kami melakukan tiga selaman sehari dan ketika berada di situ Mei lalu, saya menyelam 30 kali.
“Apa yang mengejutkan saya ialah kepelbagaian hidupan pada setiap rangka. Selain rangka pesawat dan kapal itu dan hidupan yang hidup di dalamnya, ada juga batu karang yang memberikan peluang untuk merakam gambar hebat.
“Tidak syak lagi, ia destinasi yang menakjubkan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:05 AM

 
LEBIH 40 bangkai kapal dan pesawat perang Jepun terdampar di dasar Truk Lagoo