Jumaat, 16 September 2016

LEGASI ALLAHYARHAM DATUK HARON DIN BUKAN HANYA DLM POLITIK.

BERITA  |  POLITIK

'Legasi Allahyarham Haron Din bukan hanya dalam politik'

Hafiz MarzukhiAstro Awani | Diterbitkan pada September 16, 2016 19:43 MYT

'Legasi Allahyarham Haron Din bukan hanya dalam politik'
Allahyarham Datuk Haron Din bukan sahaja tokoh politik ternama tetapi juga seorang ulama yang dihormati masyarakat. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din bukan sahaja satu kehilangan buat parti itu, tetapi juga kepada perjalanan dakwah Islam dalam negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan berkata ini kerana Allahyarham bukan sahaja tokoh politik ternama tetapi juga seorang ulama yang dihormati masyarakat.

"Beliau bukan sahaja tokoh politik tetapi sejak awal lagi dikenali sebagai seorang pendakwah yang mendidik masyarakat.

"Jadi, jasanya lebih besar daripada bidang politik semata-mata," kata Wan Saiful ketika dihubungi Astro AWANI.

Apabila ditanya sejauh mana dinamik politik dalam PAS akan terjejas selepas pemergian Allahyarham, Wan Saiful berkata, walaupun agak sukar untuk mencari pengganti yang mempunyai pengaruh yang sama besar seperti Datuk Dr Haron, namun terdapat ramai pemimpin dalam parti yang layak menggalas tugas tersebut.

"Banyak tokoh yang boleh dipertimbangkan untuk menggantikan Allahyarham. Antaranya termasuklah Presiden PAS kini iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang," kata Wan Saiful.

Selain Wan Saiful, bekas Editor akhbar rasmi PAS, Harakah Zulkifli Sulong turut berkongsi pendapat sama dengan Wan Saiful mengenai tahap pengaruh Allahyarham.
"Selain daripada menjadi pelopor perubatan Islam iaitu Darussyifa', Allahyarham juga memiliki pengaruh besar dalam menggembleng sokongan daripada masyarakat terhadap perjuangan tertentu," kata Zulkifli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan